Bab 12

362 12 0
                                    

'Zinnirah Rasyiqah.. Kau tunggu lah. Aku akan menuntut janji aku pada kau.. Kau tidak akan terlepas dari aku..' Dendamnya terhadap Zinnirah Rasyiqah makin memuncak. Dia amat berterima kasih kepada maknya kerana membantu serba sedikit misinya membalas dendam.

Gambar Zinnirah Rasyiqah di dinding dilempar dart tepat mengenai dahi Zinnirah Rasyiqah. Gelak lelaki itu kuat menemborosi ruang kamar itu.

"Aku akan balas dendam aku.... Dendam yang kau cipta Nira.... Kau tidak akan selamat.... Satu tahun yang aku bagi masih tidak cukup untuk buat kau sengsara... "

Gambar Zinnirah Rasyiqah ditatap. Muka di dalam gambar itu di usap-usap manja.

"Aku dari zaman sekolah sayangkan kau.. Kenapa dulu kau tolak aku? Kenapa kau malukan aku? Hina sangatkah aku? Teruk sangatkah aku sampai kau reject aku..?"

Pisau di tangan ditusuk ke gambar tersebut. Lelaki itu tidak mampu mengawal dendamnya. Ikutkan hati hari ini juga dia mahu selesaikan. Tetapi dia masih ada beberapa rancangan yang dia mahu lakukan. Lelaki itu mahukan Zinnirah Rasyiqah sengsara seperti apa yang dia rasa.

Kedengaran pintu bilik di ketuk.

"Abang... Jom makan..."

"Ok.. Nanti abang turun."

Inayah bergerak menuju ke ruang makan. Kepalanya ligat berfikir.

'Apalah ada dalam bilik tu.. Abang selalu berkurung di dalam bilik tu. Bila abang pergi kerja.. Bilik tu selalu di kunci.. Ah.. mungkin abang perlukan privasi kot. Inayah berprasangka baik terhadap suaminya itu.

Makan malam terasa sunyi. Inayah cuba untuk memulakan bicara. Akan tetapi tidak berani. Muka suaminya kelihatan amat tegang selepas keluar dari bilik itu.

"Abang... Ina nak bawa Nini pergi check up esok.. Boleh temankan Ina tak?"

"Kau pergi sendiri tak boleh ke? Nini tu bukan anak aku.. Tah anak siapa-siapa je.. Kau dah sedap tidur dengan jantan lain.. Kau cakap budak tu anak aku...."

"Abang... Nini anak abang.." Inayah sedih. Suaranya masih dikawal. Ibunya mengajarnya syurga di telapak kaki suami. Meskipun begitu suaminya tetap tidak percaya yang Nini anaknya.

"Aku tak percaya. Kau kahwin dengan aku pun sebab kau dah mengandung... Jadi macam mana aku nak tahu itu anak aku? Silap-silap hari bulan anak orang lain yang kau mengandungkan dulu...." Hadi melepaskan apa yang terbuku. Selama setahun dia memendam. Dia terpaksa ikutkan kata maknya kerana hormat. Dan kerana maknya membantu dia melaksanakan misi dia untuk menjatuhkan Zinnirah Rasyiqah.

Inayah tidak mampu berkata apa-apa. Suaminya itu tetap tidak mengaku Nini anaknya.

"Abang.... Sumpah... Demi Allah.. Nini anak abang.. Ina tidak pernah tidur dengan mana-mana lelaki pun.. Sebelum kita kahwin pun Ina tidak pernah tidur dengan mana-mana lelaki... "

"Ah.. Kau kaum perempuan semuanya sama... Pembohong.  Kaki belit.. Aku tak percayakan kau langsung.. Ahh.. Hilang selera aku... Kau memang memutuskan selera aku... Malas aku nak layan kau.." Hadi bosan dengan sikap mendesak Inayah. Makan yang baru disentuh sesuap terasa pahit. Dia meninggalkan dan terus menuju ke bilik. Inayah tertunduk. Sepatutnya dia bahagia dengan suami dan anaknya. Mungkin salahnya juga kerana mengikut kata keluarganya itu. Kalau setahun yang lepas die tidak menurut kata keluarganya, semestinya dia bahagia dengan Halif iaitu bekas teman lelakinya. 

***

Bunyi notifikasi telefon milik Zinnirah Rasyiqah berbunyi.  

"Ok.. Abaikan bunyi itu.... Teruskan dengan perbincangan kita... Projek ni kita perlu selesaikan selewatnya hujung minggu ni. Kita tiada masa lagi... Kita tidak boleh tangguh lagi... Bos nak tengok... Aiman, bagaimana bahagian kau? Ok tak? Atau perlukan bantuan?"

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now