Kereta di pandu Qistina meluncur laju ke kawasan rumah Azary Azzri. Hatinya sayu melihat keadaan rumah tangga sahabatnya itu. Mereka keluar dari kereta. Qistina membantu Zinnirah Rasyiqah memapah Azary Azzri yang masih lemah.
"Assalamualaikum umi..."
"Walaikumussalam... Dah sampai pun... Apa doktor cakap?"
"Kalau ye pun... Umi boleh tolong Rasy papah Abang tak? Rasy rasa kaki Rasy dah mula berdenyut..."
Zinnirah Rasyiqah menaiki anak tangga dan duduk di atas sofa. Hanya mampu melihat Puan Airis dan Qistina memapah Azary Azzri. Tidak mampu untuk membantu, kakinya mulai rasa berdenyut kerana banyak bergerak. Jika tidak mengandung sudah lama dah memakan ubat tahan sakit.
"Rasy... Kaki kau okey tak? Aku tengok dari tadi muka kau menahan sakit..." Qistina meninggalkan Azary Azzri bersama Puan Airis.
Azary Azzri yang berjalan dipapah Puan Airis mencuri pandang wajah Zinnirah Rasyiqah. Memang dia dapat melihat wajah Zinnirah Rasyiqah kemerahan menahan sakit. Hatinya menjadi gundah.
"Aku okey lar... Kau jangan risau sangat lar..."
"Mulut kau memang boleh tipu... Tapi muka kau tak boleh tipu... Muka kau tu menunjukkan kaki kau sakit... Aku ni kawan kau... Aku tahu bila kau sakit bila kau sihat... "
Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Tidak mampu untuk menipu kawan baiknya itu. Kawannya itu arif mengenai dirinya.
"Meh sini aku bantu urut kaki kau tu... Aku tahu, kau nak makan ubat tahan sakit... Tapi sebab baby kau pilih untuk tahan sakit kan..." Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk.
Walaupun sudah berada di dalam bilik, Azary Azzri masih boleh mendengar bait patah kata perbualan Zinnirah Rasyiqah dan Qistina. Telinganya dipasang supaya dapat mendengar suara isterinya itu. Rindu dengan suara itu.
"Ha... Apa doktor cakap?" Suara Puan Airis membuatkan Qistina dan Zinnirah Rasyiqah yang sedang leka berbual tersentak.
"Mak cik... Ada berita gembira"
"Apa panggil tadi? Umi..." Qistina senyum menunjukkan gigi.
"Umi..." Puan Airis mengulang sekali lagi.
"Umi... Kami ada berita gembira..." Qistina menyambung semula sambil tangannya memegang perut Zinnirah Rasyiqah.
"Alhamdulillah... Rasy mengandung... Alhamdulillah... Semoga anak ini mampu menjernihkan hubungan Rasy dan Ry... Aamiin... Umi nak ke dapur dahulu... Ry pun masih belum makan... Rasy pun tadi tak sempat nak menjamah makanan kan... Kesian baby...."
"Aamiin..." Qistina dan Zinnirah Rasyiqah mengaminkan sekali.
"Kesian baby... Mommy tak makan lagi... Baby lapar eh?" Qistina mengajuk kata-kata Puan Airis.
Panggg. Satu tamparan hinggap di bahu Qistina.
"Auuuchhh... Sakit lar... Kau ni kan... Makin ganas aku tengok..." Qistina mengusap lengannya itu.
Azary Azzri keluar daripada biliknya ke sofa ruang tamu. Duduk bersebelahan Zinnirah Rasyiqah.
"Qis... Biar saya je urut Rasy... Awak rehat lar... Umi dah sediakan bilik untuk awak..." Azary Azzri mengambil alih tugas Qistina dan mula mengurut lembut kaki Zinnirah Rasyiqah. Qistina hanya mengangguk dan masuk ke bilik.
"Sayang... Kaki sayang dah mula bengkak semula ni..."
Qistina yang mendengar hati mula berbunga-bunga. 'Semoga kau ada sinar kebahagiaan kawanku' Hatinya berbicara.
Zinnirah Rasyiqah hanya membiarkan kakinya diurut Azary Azzri. Rindu saat ini, mengingatkan memori ketika malam pertama perkahwinan mereka. Zinnirah Rasyiqah tersenyum bahagia.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Любовные романы"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...