Bab 44

134 3 0
                                    

Zinnirah Rasyiqah bergerak keluar dari rumah untuk melakukan rutin bulanannya dengan berjumpa dengan Doktor. Kandungannya itu sudah pun mencecah 4 bulan. Kandungannya sudah jelas terlihat. Tidak mampu disorok lagi. Begitu tajam mata Qistina. Sehingga nampak setiap inci kelainan tubuhnya itu.

"Zien... Kau mengandung ke? Kenapa aku tengok kau lain macam je sekarang ni?" Soalan Qistina apabila melihat kelainan susuk tubuh Zinnirah Rasyiqah.

Selama ni hanya Azary Azzri seorang sahaja yang tahu. Kini tidak. Seluruh keluarganya juga tahu. Mak siah dan Pak Zaini juga. Siapa lagi yang menyebarkan berita itu jika bukan Qistina. Qistina memang seorang yang tidak boleh menyimpan rahsia. Segala rahsia dia akan selongkar dan sebarkan kepada semua orang. Dasar mak cik bawang. Zinnirah Rasyiqah tersenyum sambil menggeleng kepala. Keletah Qistina sememangnya akan buat dirinya terhibur. Boleh membuatkan dia terlupa seketika kedukaan yang dialami. Kereta yang dipandu meluncur laju ke klinik kesihatan. Rutin bulanannya sekarang. Dia lebih senang bersendirian berbanding berteman. Lebih ringkas.

"Puan... Babies sihat... Tiada apa yang nak di risaukan... Puan jaga diri... Jaga makan... Jangan banyak berfikir... Okey, kita jumpa lagi bulan depan ye..." Jelas Doktor yang merawat. Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk dan bergerak keluar dari klinik tersebut.

Tangannya mengusap perut yang kelihatan sedikit memboyot. "Abang... Alhamdulillah... Anak-anak abang sihat... Rasy akan jaga anak-anak kita..." Zinnirah Rasyiqah berkata sendirian. Kakinya melangkah laju menuju ke arah kereta. Hatinya mulai tidak sedap. Seperti ada susuk tubuh mengikuti dirinya. Zinnirah Rasyiqah mempercepatkan langkah. Tangannya mencari telefon bimbit. Panik. Tidak tahu siapa yang boleh membantu. Tidak tahu siapa yang perlu di telefon.

Zinnirah Rasyiqah memasuki kereta. Keretanya itu segera dikunci. Telefon bimbitnya di dail. Nombor yang pertama ada di phone book di dail. Ternyata Azary Azzri.

"Tolong saya... Saya takut... " Hanya itu yang keluar dari mulut Zinnirah Rasyiqah sebelum terbabas melanggar pokok. Kereta yang mengikuti keretanya itu melarikan diri. Zinnirah Rasyiqah tidak sedarkan diri akibat hentakan yang kuat.

Semuanya berlaku dengan pantas. Tidak pasti apa yang berlaku. Apabila Zinnirah Rasyiqah sedar, dia sudah berada di katil hospital. Berselirat dengan wayar. Azary Azzri berada di sebelah. Keluarganya... Entahlah tidak pasti. Tidak ingat apa yang berlaku. Kepalanya terasa berpinar-pinar. Tangan memicit kepala.

"Saya harap Puan dan Encik banyak bersabar ye... Nanti Encik jumpa saya..." Hanya itu yang diperkata oleh Doktor. Azary Azzri hanya mengangguk. Setelah itu, Doktor beredar dari bilik yang ditempatkan Zinnirah Rasyiqah.

"Rasy... Rasy nak pergi mana?" Ujar Azary Azzri apabila melihat Zinnirah Rasyiqah cuba untuk bangun. Tangannya pantas memegang tangan Zinnirah Rasyiqah . Zinnirah Rasyiqah cuba untuk mencabut wayar yang berselirat. Rimas. Zinnirah Rasyiqah menarik tangan dari genggaman tangan Azary Azzri.

"Saya kenapa?" Zinnirah Rasyiqah memegang perut. Perasaan pelik muncul. Seperti ada sesuatu yang penting dia lupa.

"Rasy kemalangan... Anak dalam kandungan meninggal... Rasy nak ke mana terburu-buru bawa kereta? Kenapa Rasy call saya... Tapi hanya minta bantuan? Selepas tu senyap... Saya call Qistina... Nasib baik Qistina tahu Rasy ke mana... Jadi saya pergi ke klinik kesihatan yang awak pergi untuk cari awak... Tapi sebelum sampai klinik tu, saya nampak kereta awak langgar pokok... Ramai kerumun kat situ... Apa yang dah jadi sebenarnya?"

"Anak?" Muka dikerutkan. Masih tidak dapat menangkap apa yang Azary Azzri cuba untuk sampai kan.

Zinnirah Rasyiqah memegang perutnya lagi. Tidak merasakan apa-apa. Kosong. Zinnirah Rasyiqah meraung. Seperti baru tersedar dari lena. Dia kehilangan segalanya. Untuk apa dia hidup. Zinnirah Rasyiqah mula meronta bagai orang gila. Azary Azzri cuba untuk menenangkan Zinnirah Rasyiqah. Akan tetapi Zinnirah Rasyiqah menolak tubuh Azary Azzri ke tepi. Azary Azzri akur. Berganjak sedikit ke tepi.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now