Bab 21

344 16 0
                                    

Deruman enjin kereta Ford yang nyaring menyebabkan Inayah yang sedang memasak tersentak. Deruman enjin itu juga membingitkan dan mengejutkan Nini Aqila yang sedang lena di ulit mimpi. 

Pintu rumah di buka kasar. Hadi terus menuju ke bilik tanpa mempedulikan Inayah yang terpinga-pinga di pintu dapur.

Bajunya di masuk ke dalam beg. Kepalanya sakit. Suara nyaring Nini Aqila membingitkan segenap ruang rumahnya itu.

"Abang..."

"Kau nak apa? Pergilah​ senyapkan anak kau tu sebelum aku senyapkan dia selamanya..." Hadi merengus menyebabkan Inayah pergi mendapatkan Nini Aqila.

"Menyibuk aje... Anak menangis pun di biarkan..." Tangan Hadi lincah mengemas pakaian untuk di bawa. Dia menuju ke pintu keluar dan terus keluar.

"Abang.. Nak pergi mana tu?" Inayah memberanikan diri.

"Kau jangan menyibuk hal aku.... Aku nak ke mana itu semua urusan aku.... Kau jangan nak menyibuk... Kan kau dah nampak aku bawa beg baju.. Maknanya aku tak kan balik malam ni... Dan jangan tanye ke mana aku nak pergi... Penyibuk aja... Baik kau suruh anak kau diam... Sebelum aku ganyang mulut dia... " Hadi mulai berang dan terus melangkah ke dalam kereta.

Inayah terkedu. Kenapa dia boleh berani menanyakan soalan kepada suaminya itu sedangkan dia tahu suaminya itu akan mengamuk jika ditanya.

Kereta Ford di tekan laju. Tidak mempeduli keadaan sekeliling. Jiran tetangga memandang sinis. Yang dia tahu sekarang dia perlu pulang ke kampung. Berita mengenai perkahwinan Zinnirah Rasyiqah membuatkan dia sangat sakit hati.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba kahwin. Siap buat majlis bagai. Rasanya dia baru sahaja berjumpa Zinnirah Rasyiqah dua minggu lepas di chalet. Selepas kes kena tangkap khalwat cinta tiga segi itu dia tidak menjejaki Zinnirah Rasyiqah. Ini kerana dia mengetahui kedudukan di mana keberadaan Zinnirah Rasyiqah. Cuma dia tidak menyangka yang Zinnirah Rasyiqah berkahwin.

"Setan... Sial la... Kenapa kau kahwin Nira? Kau memang tak guna..." Hadi menghentak steering kereta. Geram dengan Zinnirah Rasyiqah. Keretanya diberhentikan di tepi jalan. Hadi turun. Kedengaran bunyi hon.

"Woi.. Dah lama hidup ke? Nak bunuh diri pun bukan dengan kereta aku la... Pergi tempat lain la..."

"Senyapla setan.. " Amarah Hadi makin membara.

Lelaki tersebut bergerak tanpa sebarang senyuman dan berang akan sikap Hadi.

"Siotla.. Kurang hajar punya betina.. Biadap... Dia boleh kahwin dengan jantan lagi.. " Hadi menjerit sekuat hati. Dendam dia semakin mendalam dengan Zinnirah Rasyiqah. Dendam lama masih belum terungkai. Sekarang bertambah dendam kepada Zinnirah Rasyiqah.

"Tak apa.. Aku akan buat sampai kau menyesal Nira... Kau takkan bahagia... Kau akan menyesal... Kalau aku tak dapat kau... Lelaki lain tak boleh memiliki kau... " Hadi masuk semula ke dalam kereta dan memecut laju.

***

"Ibu... Ayah... Kami gerak dulu... Nanti bila senang kami pulang sini lagi... Insya'allah..."

"Ye la... Hati-hati Ashram... Rasy... Kalau sampai call... Kalau ada apa-apa call... Jangan sembunyikan... Hadi masih lagi berlegar-legar di luar... Hati ibu masih tak senang... Rasy masih di burui..." Mak Siah sudah mulai risau. Hatinya tidak tenang.

"Insya'allah ibu.. Ash akan menjaga Rasy dengan penuh kasih sayang... Ash akan sayang Rasy seperti nyawa Ash sendiri... Insya'allah ibu.." Ashram menabur janji. Muka Zinnirah Rasyiqah berubah. Ashram dipandang penuh tanda tanya.

"Awak ni Siah.. Insya'allah.. Ini takdirmya.. Insya'allah anak awak tidak akan apa-apa...." Pak Zaini menenangkan isterinya itu.

Ashram dan Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk tanda setuju.

Kereta mereka bergerak keluar dari perkarangan rumah. Zinnirah Rasyiqah termenung melihat pemandangan di luar kereta. Matanya semakin layu.

"Sayang.. Kenapa ni? Termenung saja..."

Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng. Suara Ashram menyebabkan dia tersentak.

"Sayang... Kalau ada apa-apa bagitahu abang... Jangan senyap macam ni... Abang tak suka sayang badmood macam ni... Abang nak sayang ceria.... Boleh?" Tangan Ashram menggenggam erat tangan Zinnirah Rasyiqah.

Zinnirah Rasyiqah hanya membiarkan dan hanya mengangguk. Ashram dapat melihat dari ekor matanya keresahan isterinya itu.

"Abang..." Tegur Zinnirah Rasyiqah.

"Ya... Sayang... Ada apa?" Jawab Ashram penuh dengan tanda tanya.

"Boleh tak kalau kita balik rumah sewa saya dulu sebelum kita balik rumah abang? Ada banyak barang yang saya nak ambil..."

Ashram tersenyum.

'Isterinya itu mulai buat perangai. Suka bertanyakan soalan yang tidak perlu. Apalah yang dia mahu ambil di rumah sewanya itu agaknya. Dah tentulah si Qis tu yang selalu jaga barang isterinya itu...' Ashram bermonolog sendiri.

"Abang... Boleh tak?" Zinnirah Rasyiqah mula menunjukkan muka comelnya.

Ashram mencuit hidung isterinya.

"Iye lah... Nanti kita singgah rumah sewa sayang ye... Kita ambil semua barang sayang... Lepas ni.. Sayang dah tak payah menyewa lagi... Ok..?"

"Tapi macam mana dengan Qis?" Zinnirah Rasyiqah terpinga-pinga.

"Alahai sayang ni.. Biarlah Qis yang duduk rumah tu... Kenapa sayang pula yang risau?"

"Ye la... Kesian Qis.. duduk sorang-sorang..."

Ashram senyum. Kepalanya di geleng.

"Sayang... Sayang... Zinnirah Rasyiqah... Qistina tu adik abang... Awak tu isteri abang... Takkan abang nak biarkan awak duduk rumah lain pula... Mestilah awak duduk dengan abang... "

"Ohhh.. Ye ke? Lupa pula..." Zinnirah Rasyiqah membuat muka blur.

"Sayang... Lama lagi ni kita nak sampai... Sayang tidur dulu..."

Zinnirah Rasyiqah hanya menangguk. Tidak sampai 5 minit Zinnirah Rasyiqah terlena di buai mimpi.

'Memang benarlah apa kata Qis.. Rasy ni memang kuat tidur kalau dia tak memandu...' Ashram bermonolog sendiri. Dia meneruskan pemanduan.

Deringan telefon membuatkan Zinnirah Rasyiqah terjaga dari lenanya itu. Matanya berat. Enggan di buka.

"Assalamualaikum... Yup sis ada apa?"

"Waalaikumussalam... Abang.. you singgah rumah I tak?"

"Singgah.. Sekejap... Ambil barang.."

"You balik rumah mama tak?"

" Ye... Balik rumah mama kot... Kenapa?"

"Kalau I ikut you boleh tak? I follow belakang je..."

"Oooo.. Meh la... Kemas lah sekali baju you... Boleh je... Tak ada masalah lah..."

"Ok... Assalamualaikum... Bye.."

Zinnirah Rasyiqah hanya memasang telinga. Dia tahu suaminya itu sedang bercakap dengan adik angkat kesayangannya itu tidak lain tidak bukan Qistina la.

"Ye... Ada apa-apa ke?" Ashram menanya soalan apabila melihat muka isteri kesayangan nya itu penuh dengan tanda tanya.

"Siapa?"

"My girlfriend.."Ashram menjawab dengan senyuman.

"Ok.." Zinnirah Rasyiqah tiada apa-apa perasaan pun.

"Tak la.. Qis... Dia tanya.. Kita singgah rumah ke tak... Kalau singgah dia nak ikut balik rumah mama... "

"Oh... Ok.." Zinnirah Rasyiqah kembali  melelapkan mata. Ashram meneruskan pemanduan dengan cermat dan berhati-hati.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now