Bab 31

237 8 0
                                    

"Hi... "

"Hi..." Jejaka bermata sepet tersebut menjawab hanya menundukkan mukanya. Malu. Segan. Sombong. Matanya di sembunyikan di balik cermin matanya itu.

"Muslim?" Ashram meneka.

Jejaka tersebut hanya mengangguk. Masih tidak memandang Ashram. Ashram masih cuba untuk mengajak jejaka tersebut berbicara.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam... " Sepatah di tanya sepatah yang di jawab.

Tidak berminat. Niatnya ke mari hanya untuk belajar. Selepas enam bulan, dia mahu pulang ke kampung halaman. Sambung belajar dan bekerja di sana. Hatinya tidak senang meninggalkan ibu tuanya itu. Oleh kerana cita-cita, di gagahkan jua. Otaknya melayang mengingati wajah tua ibunya itu. Jika tidak di desak oleh ibunya, sudah pasti dia tidak mahu sambung belajar nun jauh di perantauan. Mahu sahaja berada di bawah ketiak ibundanya itu.

"Ashram... You?" Ashram menyambung kembali bicaranya itu. Tangannya di angkat untuk bersalaman. Jejaka tersebut tersentak. Lamunannya terhenti. Tangan tersebut di balas acuh tidak acuh. Bimbang dianggap sombong. Wajahnya masih tetap memandang prof. di hadapan yang berbicara.

"Azary.. Azary Azzri... " Ujarnya perlahan supaya tidak mengganggu konsentrasi pelajar lain.

"Malaysia?"

"Yes..." Jawab Azary Azzri pendek. Masih tidak berminat.

"Wow.. Nasib baiklah jumpa member di sini... Ada jugalah teman untuk bercakap bahasa melayu... How old are you? Because you like... " Ashram merasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya ada juga rakyat Malaysia yang sambung belajar dengannya. Maknanya die ada teman di Kolej ini.

"40 years" Azary Azzri memotong.

"Abang la ni ye? Dah kahwin?"

"Shhh... Boleh perlahankan sedikit tak suara.... Not yet..." Jawabnya acuh tak acuh. Konsentrasinya terhadap orientasinya itu terganggu lagi.

'Sibuk betullah mamat ni. Kan aku dah tak dengar apa yang Prof. cakap kat depan.. Suara dia je lebih... Fokus... Fokus Ry.... Fokus... ' Azary Azzri cuba meneruskan konsentrasinya. Gangguan tersebut cuba ditepis. Inilah impiannya... Kejar cita-cita. Walaupun sudah terlewat.

"Abang..."

"Shhh... Can't you stop talking for a while? I can't hear what they say... " Sambil jari telunjuknya di letakkan di mulut. Malas mahu melayan Ashram. Biarlah di kata dia sombong. Tapi dia memang tidak mahu berkawan dengan sesiapa. Menyusahkan. Semua yang dia kawan kebiasaannya akan mengambil kesempatan. Ambil kesempatan dalam apa juga keadaan. Dia sudah biasa bersendirian.

Ashram juga cuba untuk mendengar bait-bait kata daripada Frof. tersebut apabila Azary Azzri tidak melayan dirinya itu, tetapi tewas. Akhirnya tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Azary Azzri yang berada di sebelahnya itu hanya menggeleng. Membiarkan sahaja. Tidak kuasa untuk mengejutkan.

Pertemuan pertama inilah yang akan merubah segalanya. Perkara yang tidak di jangka akan berlaku.

***
'Inayah... Ke manalah kau pergi? Kau dah betul-betul menyusahkan hidup aku... Kalau tak kerana harta ayah aku... Tak hingin aku cari kau... Aku biar je kau dengan anak kau... Yang Nira ni ke mana pula dia pergi semalam? Naik flight bagai... Hish... Dengan mamat tu pulak tu... Dengan beg besar.. Bahagian International pula tu.... Ah.. Nira kita tolak tepi dulu.. Sekarang yang penting Inayah... Perjanjian yang dibuat harus di tunaikan... Aku tak mahu hidup susah... Aku tak biasa susah... Biar lah semua harta jatuh kepada tangan aku dahulu.... Apabila dah dapat harta tu.. Barulah aku boleh balas dendam...' Hadi bermonolog sendiri.

Hadi masih tidak serik. Hatinya sakit apabila Inayah lari. Hatinya lebih sakit apabila melihat Zinnirah Rasyiqah bahagia bersama Ashram. Melihat Zinnirah Rasyiqah bergelak ketawa bagai menyiat-nyiat hatinya itu. Semua perlu di hapuskan. Dendam kesumat Hadi semakin tinggi menggunung.

Deringan telefonnya itu mematikan lamunannya.

"Assalamualaikum...."

"Ha.. ada apa? Kenapa mesti telefon Hadi... Kalau ayah nak cakap dengan Ina... Baik ayah telefon Ina je..." Jawab Hadi tanpa membalas salam tersebut.

"Hadi... Kamu memang dah tak reti menjawab salam ye?" Hadi hanyabjat tidak tahu.

"Ayah tak mahu cakap dengan Ina.. Ayah nak tanya kamu ni.... Kamu dah jumpa ke belum isteri dengan anak kamu tu?"

"Isteri? Layakkah dia menjadi isteri Hadi?"

"Kamu siapa nak tentukan yang dia layak menjadi isteri kamu atau pun tak? Kamu tu dah bagus sangat ke? Kamu tu suami yang baik ke? Kalau kamu suami yang baik... Kamu tak kan biarkan isteri kamu menderita... Dan kamu kejarkan Zinnirah tu... Kamu tahukan si Zinnirah tu isteri orang? Kamu jangan main-main... Kalau kamu tak nak harta ayah jatuh ke tangan adik kamu... Baik kamu cari Ina dan anak kamu tu sampai dapat... Lupakan Zinnirah Rasyiqah... Selepas tu kamu jaga betul-betul isteri dan anak kamu tu... Kamu ingat kita ada perjanjian hitam putih... Kamu dah pun persetujui perjanjian tersebut... Perjanjian itu valid dan jika kamu langgar kamu akan di kenakan tindakan... Kamu ingat tu Hadi..." Panjang lebar bicara Pak Muiz. Geramnya dia kepada Hadi. Anak tidak sedar di untung. Hanya sayangkam harta sahaja. Mak ayah dia pun dia tidak sayang. Apatah lagi isteri.

"Aku tahu lah... Ayah tak payah nak mengajar aku... Aku akan ikut segala perjanjian yang telah di buat... Aku kan dah setuju... Jadi ayah tidak perlu risau... " Sinis. Hadi memang sudah kurang di ajar. Dia sudah berani melawan ayahnya itu. Anak tidak tahu adap.

"Hadi.. Kamu jangan lupa.. Kalau kamu tidak jumpa menantu dengan cucu aku... Jangan harap sesen pun harta dari aku... Aku akan bagi pada adik-adik kamu... Kamu ingat tu Hadi..." Ayahnya menekankan suara. Pak Muiz geram dengan tindakan Hadi. Tidak menghargai apa yang ada. Selalu mencari apa yang bukan miliknya dan akhirnya merosakkan hidupnya.

"Aku tahulah... Ayah tak payah menyibuk ye... " Hadi meregus. Telefon bimbitnya itu di matikan. Di campak. Gayanya seperti orang banyak duit. Main campak-campak. Maklumlah mahu terima harta daripada ayahnya itu. Berangan.

'Penyibuk betullah orang-orang tua ni semua.... Apa aku buat semuanya salah... Inayah yang betul... Diaorang tak nampak ke yang Inayah tu dah pun derhaka dengan aku? Kenapa diaorang tidak mahu nasihat Inayah? Kenapa aku juga yang kena?' Hadi mengomel di dalam hati. Hatinya panas. Semua menyalahkan dia. Mak. Ayah. Adik-adik. Keluarga Inayah. Semua menyalahkan dia. Hatinya panas.

Telefonnya diambil. Di buka what'sapp nama Inayah.

'Mana lagi aku nak cari kau Ina... kau betul-betul membuatkan aku lagi menyampah dengan kau... Kau ingat kau lari aku tak cari kau? Kamu betul-betul menyusahkan aku... Aku tak kisahlah kau nak lari ke mana... Tapi kau jangan menyesal apabila aku jumpa kau apa yang akan aku buat pada kau... Jangan kau menyesal masa tu... Ina...' Mesej tersebut di hantar. Telefonnya di tutup dan di campak ke atas meja. Hadi bergerak ke katil dan tidur.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now