Bab 34

233 8 0
                                    

Zinnirah Rasyiqah merasakan dirinya di perhatikan. Fobianya kembali. Dia meneruskan langkahnya tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Langkahnya di lajukan.

"Zinnirah... Are you Zinnirah? Isteri Ashram?"

Zinnirah yang tadinya laju melangkah terhenti. Suara itu biasa dia dengar. Dia menoleh. Dilihat wajah jejaka itu.

"Abang Azzri?" Zinnirah cuba untuk berani. Walaupun masih teragak-agak.

Azary Azzri hanya mengangguk. Senyum melihat Zinnirah Rasyiqah.

"Abang Ashram mana?" Zinnirah Rasyiqah memberanikan untuk bertanya.

"Abang tak pasti dia ke mana... Tadi memang tidak nampak dia di Fakulti..Tapi Zinnirah ni dari mana? Bahaya jalan di tempat orang seorang diri macam ni..."

"Saya nak cari lauk.. Tapi saya sesat... Saya masih lagi tidak tahu tempat ni.. Masih asing lagi... "

" Zinnirah ada telefon?" Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng. Patutlah dia tidak tahu di mana keberadaan suaminya itu.. Rupanya dia tidak mempunyai telefon.

"Ingat tak nombor Ashram?" zinnirah menggeleng lagi.

'Aduhai... Dia tak tahu langsung nombor suaminya di sini... ' Azary Azzri hanya menggeleng.

" Macam ni lah... Zinnirah..."

"Just call me Rasy" Zinnirah Rasyiqah memotong. Tidak selesa apabila orang panggil dia dengan nama penuh.

"Sorry... Jom.. Saya temankan.. Lepas tu saya hantarkan awak balik rumah ye..  Awak ingat alamat rumah tak?"

Zinnirah Rasyiqah mengeluarkan sekeping kertas. Tertulis alamat rumah. Kertas itu di tinggalkan oleh Ashram sebelum ke kelas pagi tadi.

"Boleh saya bahasakan abang?"

Azary Azzri hanya mengangguk.

"Abang Azzri..."

"Just call me Ry" Giliran Azary Azzri pula memotong.

"Abang Ry asal dari mana?" Zinnirah Rasyiqah memberanikan untuk bertanya.

"Malaysia" Azary Azzri menjawab ringkas.

"I know you from Malaysia... Bukan tu yang saya nak tahu... kampung abang di mana?"

Azary Azzri tersenyum. Dia tahu bukan jawapan itu yang Zinnirah Rasyiqah mahukan. Sahaja menyakat. Manis muka Zinnirah Rasyiqah ketika merajuk.

"Negeri Sembilan... Rasy pula asal mana?"

"Johor.. Abang Ry... Boleh saya tanya sesuatu?"

"Boleh... "

Mereka berjalan menuju ke supermarket berhampiran.

"Macam mana abang boleh ada di sini tadi? Kenapa abang tidak tegur saya awal-awal kalau abang nampak saya... Kenapa abang ikut saya?"

'Mak aih... Macam peluru berpandu soalan yang Zinnirah Rasyiqah ajukan kat aku.. Tak pe Ry.. Kau jawab je.. Seikhlas hati kau..' Azary Azzri bermonolog dalam hati.

"Rumah sewa saya ada dekat kawasan ni... Masa saya turun dari train tadi.. Saya nampak awak berlegar-legar kat kawasan ni... Macam orang tak tentu hala... Macam tercari sesuatu... Saya cuba tegur awak tadi.. Tp makin saya kejar.. Makin laju awak lari.. Tu yang saya panggil nama awak tu... Baru awak toleh.."

Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Faham dengan penjelasan Azary Azzri. Hatinya lega. Sekurangnya dia rasa selamat sekarang. Perasaan yang tadinya takut jadi kendur. Azary Azzri membuatkan dia tenang. Tidak setenang semasa bersama Ashram.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now