Bab 26

327 13 0
                                    

Mak Siah tidak senang duduk. Hatinya kuat menyatakan ada perkara yang berlaku kepada anak tunggalnya itu. Panggilan telefon yang di buat tadi tiba-tiba sunyi menyebabkan dia risau kepada Zinnirah Rasyiqah. Di dail sekali lagi, namun tiada jawapan. Mak Siah ke hulur dan ke hilir tanpa sebab.

"Siah oi... Awak ni dah kenapa? Dari tadi saya duk perati je... Meh sini..." Pak Zaini menepuk sebelah kerusinya.

Mak Siah melabuhkan punggung di sebelah suaminya itu.

"Abang... "

"Kenapa Siah? Cuba awak cakap terus terang dengan saya... Kalau macam ni... Pening kepala saya duk tengok awak... Macam mana saya nak tahu apa masalah awak...."

"Boleh tolong saya tak?"

"Tolong ape? Apa masalah awak sekarang ni?"

"Tolong call Ashram... Saya risaukan anak kita..."

"Ler.... Ingat apa tadi... Kenapa tak telefon anak kita tu terus? Kenapa nak telefon Ashram? Anak kita sihatkan?" Ujar Pak Zaini tanpa mensyaki apa-apa.

"Tapi..." Mak Siah takut untuk memberitahu suaminya itu perkara sebenar.

"Tapi apa?.... " Pak Zaini bagai dapat mengagak apa yang sebenarnya terjadi.

"Tadi saya ada telefon Zinnirah Rasyiqah... Lepas tu putus... Saya try call balik... Tapi dia tak jawab... Saya risaulah abang..." Pak Zaini memandang Mak Siah. Wajah Mak Siah bagai memberi semua jawapan bagi persoalan di benaknya.

"Awak ada bagitahu anak kita ye yang Hadi datang sini?" Mak Siah hanya mengangguk. Betul tekaan Pak Zaini.

"Ya Allah... Siah.. Kan saya dah pesan dengan awak jangan bagitahu Zinnirah Rasyiqah... Dia kan masih dalam trauma lagi... Betullah awak ni... Kenapalah awak cari pasal? Anak awak tu masih belum sihat lagi..."

Mak Siah menjadi lagi tidak tentu hala apabila Pak Zaini cakap begitu.

"Saya bukannya nak buat anak kita jadi takut.... Saya cuma nak dia tahu yang nyawa dia masih dalam bahaya... Hadi sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan dia..." Mak Siah mempertahankan apa yang dilakukan adalah betul. Dia melakukan mengikut kata hatinya itu.

Pak Zaini hanya menggelengkan kepala. Isterinya itu memang melakukan segala perkara dengan hanya mendengar kata hati tanpa memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

"Siah... Bila awak buat macam ni sekarang apa yang awak nampak berlaku? Apa natijah yang berlaku?"

"Bila anak kita dengan nama Hadi... Anak kita pengsan...."

"So?"

"Abang... Saya tak nak Hadi kacau anak kita lagi... Abang... Tolonglah... Saya betul-betul risaukan anak kita ni... Tolonglah" Mak Siah merayu.

Pak Zaini memegang bahu Mak Siah. Isterinya itu ditenangkan.

"Insya'allah.. Siah... Selagi ada Ashram... Selagi tu.. Hadi tak mampu buat apa-apa pada anak kita... Saya percayakan Ashram... Kalau tak, saya tak bagi Ashram mengahwini anak kita... Sekarang kita hanya mampu berdoa sahaja supaya keluarga kita di lindungi sentiasa... Ok...?"

Mak Siah hanya mengangguk.

***
Ashram keluar dari bilik. Terlihat keluarganya itu setia menanti di ruang tamu. Ashram melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Qistina.

"Abang... " Belum sempat sesiapa bersuara Qistina terlebih dahulu membuka mulut.

"Zien dah tidur eh?"

"Qis... Kenapa panggil kakak macam tu?"

"Adik tak biasa... Adik kawan baik dia..."

"Tak apa lah mak... Give sis time... Dia dah biasa panggil macam tu dekat Rasy... Biar sahaja dahulu..."

Qistina memeluk lengan abang angkatnya itu.

"Thanks my brother... I love you.."

"It's ok sis... " Ashram mencuit hidung adiknya itu. En Basir dan Pn Alia hanya menggeleng melihat telatah anak-anaknya itu. Memang tidak dapat di sangkal lagi bahawa kehadiran Ashram penyeri keluarga itu.

"Ha.. Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Kenapa isteri kamu pengsan? "

Ashram senyap.

"Ash... Apa yang jadi sebenarnya?"

Masih sepi. Semua menunggu jawapan dari Ashram termasuk Qistina.

"Abang..." Qistina menyenggol tangan abangnya itu.

"Opps... Maaf..."

"Abang.. Kitaorang masih menanti... Kenapa dengan Zien?"

"Ya Ash... Tadi Ash call kami semua kata isteri kamu pengsan... Kenapa?" 

"Ayah... Mak... Sis... Masa Rasy pengsan, Ash tiada... Ash belum balik dari sekolah lagi... Kebetulan masa tu memang dah nak masuk kereta.. Nasib baik sekolah dah habis waktu tu... Ibu call... Katanya tadi dia berbual dengan Rasy... Tiba-tiba Rasy senyap bila ibu cakap Hadi datang rumah cari Rasy ..."

"Oh... Maknanya isteri kamu tu masih lagi trauma... Bayangan Hadi masih ada dalam diri dia.. Maknanya..."

"That's means... " Qistina cuba mencelah... Akan tetapi Ashram lagi cepat.

"Adik... Jangan menyampuk... That's means... Rasy can't be alone... " Ujar En Basir.

"Ayah ni kan... Adik pun nak cakap juga..." Qistina cuba untuk menceriakan keadaan. Semua memandang Qistina. Perangai tidak ubah seperti kanak-kanak ribena.

"Iye la... Lepas ni.. Rasy mesti ada seorang yang jaga dia di rumah. Semasa Ashram kerja.. Maknya tidak boleh pergi mana... Apabila Ash balik baru awak boleh keluar... Kita sekeluarga kena sepakat... Rasy dah jadi sebahagian dari keluarga kita... Jadi kita kena bantu Ashram... Kita tak boleh membebankan Ashram seorang diri... Buat masa ni... Ashram dengan Zinnirah Rasyiqah tinggal di sini dahulu... Sehingga Rasy pulih... Boleh?" En Basir menggunakan kuasa dia selaku ketua rumah. Semua isi rumah menangguk tanda setuju kecuali Ashram.

"Ayah... Can I discuss about this with Rasy... Ash bukan apa... Ash tak mahu Rasy rasa terasing... Ash takut Rasy tak setuju dengan apa yang kita rancangkan... "

En Basir mengangguk setuju. Dia tidaklah memaksa anak bininya dalam segala hal. Padanya semua boleh di bawa berbincang.

Zinnirah Rasyiqah berlari keluar bilik. Semua terkejut dengan keadaan Zinnirah Rasyiqah. Semua terpaku. Zinnirah Rasyiqah membuka pintu rumah.

"Abang... Zien..."Qistina menyentakkan semua orang di dalam rumah. Tetapi tidak kepada Ashram. Ashram seperti mengelamun.

"Abang... " Qistina menyenggol tangan Ashram. Ashram tersentak dan terus berlari ke arah Zinnirah Rasyiqah. Tangan Zinnirah Rasyiqah di tarik ke pangkuannya. Zinnirah Rasyiqah dipeluk erat.

"Jangan... Pergi... Jangan buat aku macam ni... Sakitlah..." Zinnirah Rasyiqah meronta-ronta. Badan tegap Ashram ditolak. Namun tidak berganjak sedikit pun dari tempat dia berdiri.

"Rasy.. Ni abang... Abang ada... Shhhh..." Ashram menenangkan Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah masih meronta-ronta. Pipi Zinnirah Rasyiqah di usap lembut.

"Ashram.. Tenangkan isteri kamu tu... Dia masih trauma tu..." En Basir menyuruh Ashram menenangkan Zinnirah Rasyiqah.

"Rasy... Bukalah mata... Abang ni... Bukan Hadi..." Ashram menepuk perlahan pipi Zinnirah Rasyiqah.

Kelihatan Zinnirah Rasyiqah membuka mata.

"Abang... Hadi... Dia datang... Dia nak rogol saya... " Zinnirah Rasyiqah masih mengongoi.

"Shhhh... Kita di rumah mak.. Hadi tak tahu kat mana sayang... Sayang jangan risau ye.. Hadi takkan jumpa sayang..." Ashram menenangkan Zinnirah Rasyiqah. Isterinya itu dipeluk erat.

"Dah... Ash... Pergi bawa masuk isteri kamu tu..."

Ashram mencempung Zinnirah Rasyiqah ke dalam bilik. Di letak lembut Zinnirah Rasyiqah di atas katil.

"Abang..."

"Ya sayang..."

"Saya takut... " Tangan Ashram di tarik. Ashram di peluk. Ashram hanya membiarkan. Dan akhirnya mereka di buai mimpi.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now