Bab 29

276 9 0
                                    

Perjalanan ke Turkey terasa amat panjang. Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan diri. Riak wajahnya tidak seperti sewaktu Hadi muncul tadi. Wajahnya berkerut-kerut memikirkan sesuatu dengan mata yang tertutup.

"Rasy... Boleh tak kalau abang nak tanya sesuatu...? " Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Di biarkan matanya tertutup.

"Rasy... Apa yang Rasy cakapkan tadi... Masa dengan Hadi tadi.. Rasy betul-betul maksudkan ke?"

Zinnirah Rasyiqah membuka kelopak matanya. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dia dapat merasakan bahawa Ashram macam tidak percaya dengan kata-katanya itu.

"Rasy... Kalau Rasy tak mahu jawab soalan abang.. Tak mengapa... Abang tiada masalah... Abang terima.. Abang sanggup tunggu hati Rasy terbuka... Ikhlas... Bukan paksaan... " Ashram terus mendiamkan diri. Matanya di tutupkan kembali.

Zinnirah Rasyiqah menjadi serba salah. Sayangnya kepada Ashram sudah mula berputik. Tapi hatinya masih ragu-ragu. Dia tidak mahu di kecewakan kali kedua. Walhal dia sudah tahu yang Ashram sayangnya melebihi segalanya. Perasaan was-was tu perlu wujud dalam hidup.

Zinnirah Rasyiqah memandang wajah Ashram. Dia dapat merasakan getaran di hatinya itu. Wajah lelaki itu sentiasa tenang. Jarang dia melihat suaminya itu marah. Tangannya mula menyentuh pipi Ashram. Ashram membuka matanya. Mata mereka bertaut. Zinnirah Rasyiqah melarikan pandangan matanya. Tidak sanggup untuk bertentang mata.

"Hey... Kenapa kalih? Abang ada buat salah ke?"

Zinnirah Rasyiqah hanya menggelengkan kepalanya. Dengan pantas matanya di tutup kembali. Bimbang Ashram akan mula menanyanya pelbagai soalan. Ashram hanya tersenyum.

"Kenapa abang merahsiakan semua ni dari saya?"

"Rahsiakan ape?" Ashram tidak dapat menangkap apa yang di maksudkan Zinnirah Rasyiqah.

"Apa yang sekarang berlaku...?" Zinnirah Rasyiqah masih mahukan penjelasan. Ashram membuat istyarat dua jarinya ke bawah. Zinnirah Rasyiqah mengangguk.

"Oooo... Yang ni.. Kan tadi abang dah jelaskan...."

"Maaf.. Saya tak dapat terima apa yang jadi... Dengan kehadiran Hadi lagi... Macam seolah-olah di rancang."

"Sayang... Yang kita buat ni memamg abang dah rancang... Tapi yang part Hadi... Benda tu memang kebetulan... Abang tak rancang pun... Dan abang tidak tahu-menahu yang Hadi ada dekat sini....."

Zinnirah Rasyiqah rasa bersalah kerana serkap jarang.

"Abang... "

"Ye...."

"Maafkan saya...."

Ashram hanya menangguk.

"Abang.... "

Ashram memandang Zinnirah Rasyiqah. Pelik.

"Kenapa sayang?"

"Kalau kita pergi.. Macam mana kerja saya? En Fattah mesti marah... Kesian yang lain..." Ashram tersenyum. Memang isterinya itu sungguh menghiburkan.

"Sayang... Abang dah lama settle dengan En Fattah... Sayang dah berhenti... Abang minta maaf sebab buat keputusan tanpa bincang dengan sayang... Tapi En Fattah ada cakap... Bila-bila masa kalau sayang nak kerja boleh bagitahu dia... Sekarang pun jawatan sayang dia perlu bagi kat orang lain... Kalau sayang dah sihat, baru abang akan izinkan sayang kerja... " Panjang lebar penerangan dari Ashram.

Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk. Dia tahu waktu ni adalah waktu yang paling tidak sesuai untuk dia bekerja. Bayangan Hadi masih ada di mana sahaja. Zinnirah Rasyiqah menyandarkan badannya. Badannya mulai rasa penat. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil menyebabkan dia merasakan sentiasa letih. Terasa tangannya seperti di genggam erat. Dia hanya membiarkan sahaja. Ashram dapat merasakan Zinnirah Rasyiqah sudah mula jatuh cinta kepadanya.

***

'Wah.. Sekian lama aku mencari... Akhirnya aku jumpa Zien...' Hadi bermonolog sendiri. Hadi terpaksa pergi berjumpa keluarga Inayah atas desakan keluarga. Maknya itu sememangnya sangat sayangkan Inayah.

Tidak sangka yang dia akan terserempak dengan Zinnirah Rasyiqah. Tetapi malangnya dia tidak tahu ke mana Zinnirah Rasyiqah pergi. Ashram betul-betul menganggu rancangannya. Ashram perlu di hapuskan. Dendam Hadi semakin mendalam. Dendam yang tidak berkesudahan.

Pengumuman penerbangan yang berkumandang menyebabkan Hadi tersentak. Nasib baik dia tidak terlepas penerbangan. Maknya itu mempunyai taste yang tinggi. Mahu menantu jauh. Kesudahannya bila begini pasti susah untuk menjemput kembali. Niat hatinya tidak mahu untuk memujuk. Dia bangun dan terus bergerak untuk memasuki perut kapal terbang yang akan membawanya kepada keluarga Inayah.

Setibanya di seat, dia terus duduk. Apa yang keluarganya itu katakan memang tidak patut. Hadi tidak dapat menerima setiap patah kata yang di luahkan oleh keluarganya. Sepertinya dia yang bersalah.

"Hadi... Baik kau cakap dengan mak betul-betul... Apa yang berlaku antara kau dengan Ina?" Mak Eton berang. Anaknya itu dirasakan tidak bersyukur.

Hadi tidak menjawab. Sepi.

"Hadi.. Kenapa benci sangat dengan Ina? Ayah rasa Ina ok je.. Baik je... Apa masalah kau sebenarnya? Ayah dengan mak tak faham lah... "

Melur dan Aidil hanya senyap dan hanya memerhati sedari tadi.

"Ayah dengan mak tak faham... Hadi tak sayangkan Ina... Hadi sayangkan Nira... Sejak dari sekolah lagi... Tapi mak dengan ayah tak pernah suka dengan Nira... Kenapa?"

"Sebab aku tahu budak tu tak sukakan kau... Kalau betul budak tu sukakan kau... tidaklah pada masa lamaran pertama kita... dia tolak... Dia tolak kau mentah-mentah.... Dia memang tak suka kat kau... Kali kedua tu dia terima pun sebab ayah dia berhutang dengan ayah... Kau tahu tak?" Pak Muiz meninggikan suara. Hadi memang dah melampau.

"Ayah ni tahu atau tak yang saya ni kena tangkap basah dengan Inayah tu hanyalah plan mak?" Hadi menjadi kurang sabar. Pak Muiz seperti terkejut. Riak wajahnya menunjukkan yang dia tidak tahu apa-apa. Mak Eton pula hanya menyepi. Gerun apabila melihat wajah singa suaminya itu.

"Ayah tahu tak... Yang merancang apa berlaku pada Hadi selama ni mak?"

"Ayah memang tidak tahu dah tidak mahu tahu... Yang ayah tahu sekarang Hadi kena pergi rumah mertua kamu dan bawa balik menantu dengan cucu aku..." Tegas Pak Muiz.

"Bagaimana kalau saya tak nak?" Hadi cuba menduga.

"Kau jangan jejakkan kaki kau kat rumah ni lagi... "

"Abang... Takkan sampai macam tu sekali?"

"Ini keputusan aku... Jangan ada sesiapa pun yang berani membantah... " Kecut perut Aidil dan Melur. Tidak pernah lagi Pak Muiz tegas sebegini rupa.

Hadi tidak berani melawan kata-kata ayahnya itu. Mak Eton hanya membatu. Tahu apa masalah yang dia timbulkan.

Pengumuman pesawat akan mendarat tidak lama lagi menyebabkan Hadi tersentak dari lamunan. Kepalanya kusut. Hatinya mulai geram apabila Inayah membuat perangai sebergini.

'Menyusahkan betul perempuan ni... Siaplah kau nanti aku kerjakan.... ' Hadi berkata di dalam hati. Masih lagi menyumpah seranah sementara menunggu pesawatnya siap mendarat. Bumi Langkawi di pijak. Jika tidak kerana jauh, tidak ingin dia menaiki kapal terbang untuk menjemput isterinya itu. Membazir duit sahaja. Dah la tiket pesawat sekarang masih mahal. Utara dengan Selatan Semenanjung Malaysia masakan tidak jauh. Buat penat drive je.

'Masa-masa ni juga kau nak merajuk Ina...'

Hadi turun dari pesawat dan terus mencari teksi untuk ke rumah mertuanya.



Lelaki terakhir Where stories live. Discover now