Bab 53

115 3 0
                                    

Qistina keluar bilik dan menuju ke dapur. Perutnya berbunyi minta di isi. Seleranya putus apabila melihat Zinnirah Rasyiqah dalam keadaan yang serabut. Matanya tertacap pada tubuh yang sedang termenung di buaian di bawah pokok. Hasratnya di batalkan. Kakinya laju menuju ke arah tersebut.

"Zien... Kau buat apa kat sini? Kau jalan sini sorang-sorang dengan kaki kau yang bengkak tu? Bukan sikit-sikit bengkak kaki kau tu..."

"Owh... Qis... Kau dah makan?" Ujar Zinnirah Rasyiqah lemah. Wajahnya kelihata pucat tanpa setitik darah

"Aku tak nak makan lar... Tak ada rasa nak makan bila tengok keadaan kau macam ni... Kau kenapa ni Zien... Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah kau bagitahu lar aku? Dengan kaki bengkak, dengan demam, dengan muka pucat ni... Akukan dah macam adik kau... Aku sayang kau Zien... Kau tak pernah macam ni..."

Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng. Demamnya tidak dihiraukan. Hatinya sebak apabila suaminya menyatakan ingin pulang tanpa membawanya sekali. Apabila dia masuk ke bilik, beg pakaian suaminya sudah pun siap berkemas. Hanya tunggu masa untuk pergi.

"Zien... Baik kau cakap kau kenapa?" Qistina mendesak.

Zinnirah Rasyiqah masih menggeleng. Zinnirah Rasyiqah merasakan kepalanya berat. Puas menahan sakit. Bahang panas menyebabkan kepalanya makin berdenyut-denyut. Tangannya memicit kepala. Matanya tidak mampu dibuka lagi. Akhirnya gelap. Zinnirah Rasyiqah rebah. Mujur Qistina sempat menyambut tubuh Zinnirah Rasyiqah. Kepalanya dipangku.

"Ya Allah, Zien... Kau kenapa ni? Kenapa makin panas badan kau ni... Ibu... Zien pengsan..."

Jeritan Qistina membuatkan semua di dalam rumah keluar. Semua kelam kabut melihat Zinnirah Rasyiqah pengsan, tetapi bukan Azary Azzri. Dia hanya bergerak ke pintu dapur seperti tiada perasaan. Hatinya, perasaannya beku dikala ini.

"Az... Angkat isteri kamu tu... Bawa naik kereta ayah... Nanti kita bawa dia ke hospital..." Azary Azzri hanya menurut.

Kereta meluncur laju menuju ke hospital. Zinnirah Rasyiqah di bawa ke bahagian kecemasan.

"Ibu, ayah... Az, nak minta diri dulu ya... Az nak kena balik rumah umi... Az dah nak mula kelas..."

"Eh, takkan tak boleh tunggu isteri kamu sedar... Khabar isteri kamu dari dalam pun masih tidak tahu..." Ujar Pak Zaini.

Qistina memandang sinis, geram dengan Azary Azzri. Isteri sakit pun dia boleh perangai macam tu. Kebudak-budakan sangat.

"Maafkan Az ayah... Az memang tak boleh tangguh lagi... Az minta maaf sebab tak boleh tunggu..."

"Baiklah kalau macam tu... Ayah dengan ibu tak akan menahan..."

Usai bersalaman, Azary Azzri bergerak. Inilah waktu yang tepat untuk dia meninggalkan Zinnirah Rasyiqah. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan isterinya yang sedang sakit, namun apabila terbayang kemesraan isterinya itu dengan lelaki lain. Hatinya sakit. Mahu isterinya itu merana. Suka sangat menipu. Kalau sukakan hadi tu kenapa tak terima Hadi? Kenapa suruh aku untuk jadikan isteri? Kenapa suruh aku jadi pelindung dia?

"Ibu, kenapa Abang Azzri macam tu?"

"Macam tu macam mana Qis?" Mak Siah tak faham.

"Kenapa dia sanggup tinggal Zien, waktu-waktu macam ni? Zien perlukan dia ibu waktu ni... Kenapa sanggup dia tinggal Zien?"

Mak Siah hanya mendiamkan diri. Tiada jawapan untuk itu. Azary Azzri berubah sejak melihat Zinnirah Rasyiqah bersama Hadi di dalam bilik. Pak Zaini hanya melihat. Tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya juga sedih apabila anak kesayangannya itu diperlaku begitu.

Kelihatan doktor keluar dari pintu kecemasan.

"Siapa waris Zinnirah Rasyiqah?"

Mak Siah, Pak Zaini dan Qistina merapat.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now