Bab 14

312 11 0
                                    

Telefon milik Zinnirah Rasyiqah berbunyi. Nama panggilan tertera.

"Assalamualaikum... Zien, macam mana ni? Kenapa lah kau cuti waktu-waktu begini? Kalau aku tak jumpa En Fattah mesti aku tak tahu yang kau cuti kecemasan. Apa yang jadi pada kau ni?"

"Waalaikummusalam.. Aku minta maaf.. Aku tak sengaja. Semua yang berlaku di luar jangkaan. Aiman, kalau kau ade masalah email je aku. Aku akan buat dari jauh. Aku mungkin akan cuti lama.. Dan aku minta maaf sebab menyusahkan kau."

"Tak apalah Zien.. Aku dah lama kerja dengan kau... Kau kuat... Insya'allah kau boleh.. Kau rehat lah.. Tabah la hadapi semuanya... Yang paling penting... Ingatlah ALLAH itu ada bersama kita...."

"Terima kasih Aiman..." Panggilan tersebut di putuskan.

Telefon miliknya berdering lagi. Hanya nombor sahaja yang tertera. Tangannya mulai bergetar. Perasaan takutnya kembali memuncak. Ketika ini hanya dia sahaja di tepi pantai. Ashram pergi membeli sedikit makanan. Zinnirah Rasyiqah mulai tidak senang duduk. Gelap malam membuatkan perasaan Zinnirah Rasyiqah menjadi takut. Dia merasakan seperti ada yang memerhatikannya dari jauh.

"Rasy... " Suara Ashram membuatkan Zinnirah Rasyiqah tersentak. Molek Ashram duduk di sebelah, Zinnirah Rasyiqah terus memeluk Ashram. Ashram dapat merasakan getaran di dalam dadanya. Ashram juga dapat merasakan gigilan daripada tubuh milik Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah menolak lembut tubuh Ashram.

" Abang..... Saya takut... Saya takut Hadi datang balik. Tadi saya dapat panggilan yang tak dikenali. Saya takut itu dia..." Kelihatan air jernih daripada mata milik Zinnirah Rasyiqah mengalir. Ashram mengelap lembut air mata tersebut. Air yang di beli sebentar tadi di buka dan di serahkan kepada Zinnirah Rasyiqah.

"Shh.. Sabar ye sayang.. Abang kan ada... Abang akan sentiasa ada di sisi Rasy... Rasy jangan takut ya..." Ashram cuba untuk menenangkan Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah merasa lega dan tenang apabila di samping Ashram.

'Hati ini sudah dapat menerima Abang Ash ke? Perlu ke aku terima dia...? Tapi sekarang hanya dia sahaja yang dapat menenangkan jiwa ini....' Zinnirah Rasyiqah bermonolog sendiri. Hatinya berbelah bahagi.

"Abang.. Saya takut.." Tangan Zinnirah Rasyiqah ketara menggigil. Ashram mengambil tangan itu dan mengenggam tangan itu.

"Meh sini... Abang bagi sedikit kekuatan abang untuk Rasy ye.. Dah.. Rasy jangan takut lagi.. Abang ada... Dah.. Jom balik bilik.. Rehat. Rasy ni penat ni... Pasal panggilan tu, malam ni Rasy jangan angkat panggilan dari nombor yang tak dikenali. Esok kita cari nombor baru... Ok..." Ashram bangun dan disusuli Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk dan bergerak ke biliknya. Ashram pula menyusul mengikut di belakang Zinnirah Rasyiqah dan masuk ke dalam biliknya.

***

Zinnirah Rasyiqah baring di atas katil. Nombor Qistina di dail.

" Assalamualaikum.. Qis..."

" Walaikummusalam... Zien.. Kau pergi mana dengan Abang Ram? Dah la pergi senyap-senyap..."

"Dia bawa aku.. Mana aku tahu..."

Prakkk. Zinnirah Rasyiqah terdiam. Bunyi asing terdapat di dalam kamar tersebut.

"Zien... Aku tengah cakap dengan kau ni.... Dengar tak?"

"Qis.. SOS.. Aku rasa dalam bilik aku ni ada something... Qis.. aku takut la..."

"Zien.. apa yang ada dalam bilik kau? Aku mana nampak.. Bagitahu la betul-betul.."Qistina mulai resah.. Risau memikirkan apa yang terjadi pada Zinnirah Rasyiqah.

"Qis... " Panggilan tersebut mati.

'Alamak... Apa aku boleh buat ni.. Fikir Qis.. Fikir... Dah tentu Abang Ram ada dengan Zien.. Kenapa tak terfikir nak call die dari tadi' Terus di dail nombor telefon Ashram.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now