BAB 51

96 2 0
                                    

Zinnirah Rasyiqah termenung melihat luar jendela. Hatinya sunyi. Payah pula nak gerak ke mana-mana apabila kaki bengkak. Jika tidak bengkak dah tentu dia akan ikut ayahnya itu.

Zinnirah Rasyiqah cuba untuk bangun. Hatinya tidak sedap seperti akan ada sesuatu yang berlaku. Hatinya mulai terasa sayang dengan keikhlasan Azary Azzri. Terasa rindu bila sesaat berjauhan dengannya.

Tangannya memaut dinding kayu rumah ibunya itu. Terhencut-hencut memapah dinding bergerak keluar bilik.

"Ibu.... " Zinnirah Rasyiqah duduk bersebelahan ibunya itu.

"Ibu tak masak lagi ke? Lapar lar..."

Dahi Mak Siah dikerutkan.

"Anak ibu ni dah kenapa? Resah gelisah? Baru tinggal sekejap dah mula rindu ke? Anak ibu dah boleh terima Azzri ke?"

"Mana ada ibu... Orang lapar lah... "

Wajahnya merona merah. Mulutnya menafikan, hakikatnya dia mulai rasa rindu kepada Azary Azzri. Sikap Azary Azzri yang memahami membuatkan dia mulai jatuh cinta kali kedua.

"Memang lah lapar kalau tadi makannya sikit je bila dengar ayah kamu nak bawa suami kamu keluar..." Mak Siah menyakat.

Nasi di letak di dalam pinggan.
Tangannya menyuap nasi ke mulut. Kepalanya merewang jauh.

Usai selesai makan, Zinnirah Rasyiqah terhencut-hencut bergerak kembali ke bilik. Duduk kembali di birai katil.

Mengambil telefon bimbit dan membuka wordpad. Memulakan menaip isi hatinya.

Isnin (20 Jan 2020) - 11 Pagi
Dear Abang Az,
Mulai hari ini Rasy akan panggil Abang dengan panggilan Abang Az. Ni adalah bukti yang Rasy dah mulai terima Abang. Hati Rasy dah terbuka untuk Abang Az menjadi penghuninya sehingga Jannah. Hanya Abang Az. Tiada orang lain.

Rasy dah mulai rindu akan Abang Az.
Rasy dah mula sayang Abang. Sesaat Abang Az tiada di sisi, Rasy dah mulai rindu. Rasy tunggu Abang Az balik. Rasy akan tunaikan tanggungjwab Rasy. Rasy akan jadi milik Abang Az

Pintu biliknya itu tertutup sendiri.

Zinnirah Rasyiqah yang sedang menaip tersentak. Ayat yang hendak ditaip tergantung. Zinnirah Rasyiqah memandang ke arah pintu.

Hadi.

"Hai sayang..." Bisik Hadi.

"Hadi... Kau buat apa dalam bilik aku ni? Baik kau keluar sekarang? Ibu... Ibu..."

Zinnirah Rasyiqah mengeraskan suara. Dengan harapan ibunya mendengar. Dengan keadaan kaki yang bengkak, Zinnirah Rasyiqah tidak mampu untuk melawan atau lari.

"Hadi... Baik kau pergi sebelum aku menjerit... Ibu..." Zinnirah Rasyiqah menjerit.

Hadi mula merapati Zinnirah Rasyiqah. Tidak menghiraukan ugutan Zinnirah Rasyiqah.

"Sayang... Kau tak rindu aku ke? Aku rindu akan dikau... Aku rindu akan tubuh kau yang comel ni..."

Hadi berada rapat serapatnya. Rambut Zinnirah Rasyiqah dicuim penuh berahi. Zinnirah cuba mengesot ke belakang. Gerakannya terhenti apabila terasa badannya di kepala katil. Hadi makin menindih tubuh Zinnirah Rasyiqah. Terasa lekukan di tubuh Zinnirah Rasyiqah.

'Ibu... Abang Az... Mana Abang... Rasy takut...' Badan Zinnirah Rasyiqah mulai menggigil.

"Sayang... Kenapa kau menggigil? Kau takut aku ke? Aku janji aku tak akan cederakan kau... Aku sayang kau sangat-sangat... Aku Cuma tak tahan lar tengok tubuh kau... Aku tak sabar nalk rasa..."

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now