Qistina memandang wajah manis milik Zinnirah Rasyiqah. Dah tiga hari Zinnirah Rasyiqah masih tidak sedarkan diri. Tiga hari jugalah bayang Azary Azzri tiada. Qistinalah yang sentiasa bersama Zinnirah Rasyiqah. Doktor dah membuka oksigen bantuan Zinnirah Rasyiqah kerana kandungan oksigen dalam badan Zinnirah rasyiqah memberansangkan.
"Zien, kau seorang sahaja kawan aku dunia akhirat... Bila aku sedih, aku susah, aku senang... Kau sentiasa dengan aku... Aku sayang kau Zien... Sampai hati kau tak bagitahu aku masalah kau... Aku sedih tengok kau macam ni... Kenapa Abang Ry sanggup buat kau macam ni? Zien... Kau tahu tak, Abang Ram pernah tau cakap kat aku... Yang dia paling suka tengok masa kau tidur... Sebab masa kau tidur la muka kau tenang... Tenang setenangnya... Betul kata Abang Ram... Bila kau tidur, kau macam tak ada masalah langsung... Zien... Bangun lar... Aku rindu kau... Aku rindu kau sangat-sangat..." Air mata Qis gugur. Sayu hati melihat kawan baiknya itu begitu.
Jari Zinnirah Rasyiqah bergerak.
"Zien... Kau dah sedar? Doktor... Misi... Doktor..." Qistina menjerit.
Bergegas Doktor dan jururawat ke wad Zinnirah Rasyiqah untuk memperlihat perkembangannya.
"Zinnirah Rasyiqah, awak rasa apa sekarang?"
"Saya ada di mana?" Zinnirah Rasyiqah cuba untuk bangun. Tangan memegang kepala. Terasa kepalanya berat.
"Awak masih belum boleh bangun... Badan awak masih lemah... Awak perlukan rehat... Keadaan awak sangat lemah ketika ini... " Ujar Doktor yang merawat.
"Kenapa aku ada kat sini? Qis apa aku buat kat sini?" Zinnirah Rasyiqah meronta.
"Cik, sabar cik... Cik masih lemah... Nasib baik cik di bawa ke hospital awal tadi... Kalau lambat, cik ...."
"Dah apa doktor?" Zinnirah Rasyiqah memotong.
"Dah arwah ke? Qis kenapa kau bawa aku ke sini? Biar je la aku mati... Aku tak nak hidup... Apa guna aku hidup? Abang Az dah tak terima aku... "
Makin kuat rontaan Zinnirah Rasyiqah.
"Maaf cik, saya terpaksa bagi ubat penenang." Jelas doktor sambil mencucuk ubat penenang kepada Zinnirah Rasyiqah. Keadaah zinnirah Rasyiqah kembali tenang.
"Cik ni keluarga pesakit ye? Kita bagi dia berehat dahulu ye.."
Qistina hanya mengangguk.
"Cik boleh jumpa saya di bilik saya sekejap?"
"Baiklah... Sekejap lagi saya ke bilik doktor" Doktor itu hanya
mengangguk dan berlalu keluar.
Pintu wad dibuka. Kelihatan Mak Siah dan Pak Zaini masuk ruang wad tersebut."Qis... Qis balik dulu lar... Biar umi pula jaga... Qis balik dulu ye..." Ujar Mak Siah. Qistina dah semalaman menjaga Zinnirah Rasyiqah. Kini giliran Mak Siah pula. Qistina hanya menurut.
"Zien... Kau kenapa? Cuba kau cerita dengan aku... Macam mana kau boleh jadi macam ni? Aku balik dulu... Kalau kau dah bersedia, kau cerita lar dekat aku..." Ujar Qistina seolah-olah Zinnirah Rasyiqah dapat mendengar.
Tangannya di pegang oleh Mak Siah. Qistina menoleh."Kenapa umi?"
"Qis dah bagitahu mak dengan ayah yang Qis tak jadi balik Kuala Lumpur? Nanti risau pula mereka..." Qistina hanya mengangguk. Berlalu keluar dari pintu wad. Telefon bimbit milik Qistina berbunyi.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumusalam... Ya mak..."
"Qis... Apa khabar berita Rasy sayang?"
"Ubat tidur doktor dah berhentikan, Zien masih belum sedar sepenuhnya... Mungkin ada sisa-sisa ubat tu lagi kot dalam badan Zien..."
"Owh... Qis, mak dengan ayah akan ke sana ye... Qis tunggu mak ye..."
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Roman d'amour"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...