Bab 18

311 11 0
                                    

Pranggg. Kedengaran bunyi kaca pecah di tingkat atas rumah tersebut. Inayah tersentak. Hatinya semakin tidak senang duduk. Dia tahu apa yang bakal berlaku pada dirinya. Suaminya itu sudah naik hantu. Inayah menangis di tikar sejadah.

"Kenapa kau buat aku macam ni Zinnirah Rasyiqah? Aku sayang kau sangat-sangat... Hanya kau sahaja ada dalam hati aku.... Aku sayang kau dari zaman sekolah lagi.. Tapi kau tak pernah pun pandang aku...waaarggghhh..." Jeritan Hadi. 

Inayah menangis. Hatinya selama ini kuat menyatakan yang suaminya itu masih sayangkan Zinnirah Rasyiqah. Nalurinya sebagai seorang isteri dapat merasakan yang Hadi memang tidak menyayanginya. Tapi dia menyangkal kerana Hadi memberi layanan yang baik semasa dia mengandungkan Nini Aqila. Dia tidak menyangka suaminya itu sanggup mengetepikan dia sebagai seorang isteri. Perbelanjaan dapur pun di tanggung keluarga Inayah. Suaminya tidak pernah mengeluarkan sesen pun nafkah zahir.

"Ina... " Jeritan tersebut memenuhi segenap ruang rumah tersebut. inayah tersentak. Perasaan takut Inayah memuncak.

"Ina.. Aku panggil kau ni? Pekak ke? Woi..... Berapa kali aku nak panggil kau? Ina...." Jerkahan Hadi menyebabkan Inayah terus berlari mendapatkan suaminya itu.

"Aku nak kau kemas bilik aku ni.. Aku nak keluar.. Aku tahu bilik ni dah berkemas semasa aku balik nanti.. Faham..?" Arahan Hadi sebaik muncul Inayah. Inayah hanya mengangguk faham.

"Lagi satu.. Apa pun barang aku yang  kau lihat... Kau jangan persoalkan. Aku tahu kau akan ada banyak soalan.... Dan jika perkara ini sampai ke pengetahuan keluarga aku... Lagi-lagi mak aku... Siap kau... Aku kerjakan..."

"Mak tak pernah pun tanya apa-apa.."

"Siapa?"

"Mak.."

"Mak siapa... Ina... Kau jangan harap boleh panggil mak aku tu mak... Aku tak izinkan. Dia bukan mak kau dan selamanya tak akan jadi mak kau... Faham.." Air mata Inayah berjujuran lagi. Suaminya itu semakin lama semakin tiada hati perut. Sampaikan dia tidak layak menjadi sebahagian dari keluarganya itu.

"Dah... Kau jangan nak buat drama astro kau kat depan aku... Menyampah aku tengok... Aku bukan Fattah Amin... Bukan Alif Satar... Bukan Syafiq Kyle yang kau gilakan tu... Tak sedar di untung... Aku dah bagi kau tengok drama tu pun dah cukup baik... Kalau aku terus tak bagi kau tengok tv lagi... Padan muka kau... Ha... Hello.. Mana? Ok... Tunggu je aku kat sana ye... Aku On da way dah ni..." Suaminya itu keluar selepas menerima panggilan. Dia tidak mempedulikan Inayah.

Inayah terduduk di sudut bilik itu. Bilik yang dia tidak di benarkan masuk. Barulah dia tahu kenapa dia selama ini tidak dibenarkan masuk. Rupanya setiap sudut bilik itu mempunyai gambar Zinnirah Rasyiqah. Terdapat pelbagai posing oleh Zinnirah Rasyiqah yang di ambil secara sembunyi. Sedih hatinya itu diperlakukan begini. Suaminya itu tiada hati dan perasaan.

'Ina.. Kuatkan hati kau.. Ina... Kau isterinya.. Zinnirah Rasyiqah hanya bayangan sahaja.. Zinnirah Rasyiqah tak layak buat Hadi.... Bukan.. Hadi tidak layak untuk Zinnirah Rasyiqah....' Inayah menyedapkan hati. Air matanya berjujuran jatuh lagi.

***

"Jangan....." Jeritan itu membangunkan Ashram dari lena.

"Jangan... Tolong... Jangan buat aku macam ni Hadi... Sakit... Kau pergilah Hadi... Aku tak suka kau.." Igauan itu kerap berlaku pada diri Zinnirah Rasyiqah.

"Rasy... Bangun Rasy... " Ashram menggoncang lembut tubuh Zinnirah Rasyiqah.

"Jangan.. Pergi.. Jangan kacau aku..." Zinnirah Rasyiqah meronta. Ashram terus memeluk erat tubuh Zinnirah Rasyiqah.

"Sayang... Abang ni... Sayang selamat dengan abang....."

"Jangan... " Tubuh Ashram ditolak keras. Ashram mengeratkan lagi pelukan tersebut. Zinnirah Rasyiqah tiada daya untuk menolak lagi. Rontaan Zinnirah Rasyiqah makin perlahan.

"Sayang... Abang ni.. Abang akan jaga sayang selagi abang hidup.." Ashram menenangkan Zinnirah Rasyiqah.

Zinnirah Rasyiqah terlena semula di pangkuan suaminya itu.

"Apa pun yang akan jadi... Abang akan sayang dan jaga sayang sepenuh hati abang..." Bisik Ashram. Ashram terlena di samping Zinnirah Rasyiqah.

"Ashram... "

Ketukan pintu menyebabkan Ashram terjaga.

"Ya.. sekejap ye.." Ashram membuka pintu bilik.

"Ashram... Kenapa riuh?"

"Oh.. Ibu.. Ayah.. Rasy mengigau... Dia dah tidur balik.." Ashram bergerak ke ruang tamu bersama mertuanya itu.

"Maafkan ibu.. Maafkan ayah... Ayah tak patut libatkan Ashram... " Pak Zaini bersuara.

"Ayah.. Ibu.. Ayah dengan ibu tiada apa pun salah... Ini pilihan Ashram.. Setahun lepas Ashram dah lepaskan peluang ini. Peluang yang Allah bagi kali kedua tidak akan Ashram lepaskan... Ashram tak sanggup tengok Rasy menderita lagi..."

"Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.. masih ada yang sudi untuk menjaga anak ibu sepenuh kasih dan sayang.. Ashram.. Ibu tiada anak lain selain Zinnirah Rasyiqah... Dia sahaja anak ibu... Jangan sia-siakan dia boleh?"

"Insya'allah ibu..."

Zinnirah Rasyiqah berlari keluar bilik. Dalam keadaan kusut masai.

"Pergi.. Tolong.. Jangan kacau aku... Pergi..." Jeritan Zinnirah Rasyiqah memeranjatkan semua yang berada di ruang tamu. Ashram terus berlari mendapatkan Zinnirah Rasyiqah.

"Sayang... Ni abang ni... " Dakapannya itu dieratkan. Zinnirah Rasyiqah membuka matanya. Jelas wajah tenang Ashram di matanya itu. Wajah risau ibu dan ayahnya juga di pandang.

"Ibu... Ayah... Rasy takut.. Hadi nak rogol Rasy..."

"Rasy.. Hadi tiada di sini... Rasy selamat di sini.." Pak Zaini menenangkan Zinnirah Rasyiqah.

"Dengar tak apa yang ayah cakap? Sayang selamat kat sini... Ada ibu.. Ada Ayah.. Ada abang... Dah.. Jangan macam ni... Sayang buat ibu dengan ayah risau je... "

Pelukan Zinnirah Rasyiqah semakin erat. Menghuru-harakan perasaan Ashram sebagai seorang lelaki. Akan tetapi perasaan itu perlu di ketepikan demi kebaikan Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah perlu kembali seperti sedia kala semula. Dia perlu sihat dan menjadi ceria seperti dahulu.

"Ashram.. Bawa Rasy ke dalam. Dah.. Pergilah rehat..."

"Ibu.. Ayah.. Rehatlah juga ye.. Pasal Rasy ni... Ibu dengan ayah tak payah risau.. Ashram kan ada..." Ashram cuba menenangkan hati Mak Siah dan Pak Zaini.

Ashram mencempung isterinya itu. Isterinya itu di letakkan di atas katil. Wajah Zinnirah Rasyiqah di tatap penuh kasih sayang. Wajah yang membuatkan dia selalu dibuai mimpi.  Kasih sayang yang semakin hari semakin menebal. Kasih sayang yang di pupuk sejak zaman universiti lagi.

"Abang.."

"Ya.. sayang.." Ashram masih lagi menatap wajah pemaisuri hatinya itu.

"Saya takut... Hadi ada di mana-mana..." Zinnirah Rasyiqah masih pejam.

"Sayang.. Cuba buka mata sayang tu... Siapa ada kat depan sayang?" Zinnirah Rasyiqah membuka mata. Ternyata hanya Ashram yang tersenyum sahaja yang ada di hadapannya itu.

"Waaaaa... Pergi... Jangan kacau aku lagi... Abang.... Saya takut... Ada bayang-bayang kat tingkap tu..." Sambil tangannya menunjuk tingkap biliknya itu. Ashram bangun dan menuju ke tingkap itu. Ternyata tiada apa-apa. Hanya bayangan pokok sahaja. Ashram kembali ke Zinnirah Rasyiqah yang menggigil ketakutan.

"Sayang..  Mana ada.. Tu bayang-bayang pokok.. Bilik kita ni kan tingkat dua... Dah jangan risau ye sayang... Selagi abang bernyawa.. Abang akan jaga sayang..." Ashram cuba menenangkan Zinnirah Rasyiqah.

"Dah.. Jangan fikir apa-apa lagi... Tidur ye sayang.... Isteri abang ni kuat... " Sambil tangannya mencuit hidung isterinya itu.

"Abang..." Terhibur hati Ashram melihat Zinnirah Rasyiqah tersenyum. Senyuman yang dia rindukan. Selama ini dia hanya melihat senyuman itu dari jauh sahaja. Dan apabila dia berada dekat dengan Zinnirah Rasyiqah, senyuman itu sukar di lihat.

Akhirnya mereka berdua terlena di buai mimpi.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now