"Az... Anak ayah... Mari sini duduk dengan ayah..." Azary Azzri masih tidak mengerti apa-apa ketika itu. Dia yang tengah mengulangkaji pelajaran hanya menurut. Dia hanyalah budak yang berumur 10 tahun dan masih tidak mengerti apa-apa. Apa yang dia tahu hanyalah ayahnya itu sedang sakit. Tidak mampu bergerak. Dia masih tidak memahami apa yang berlaku.
"Ya ayah.. Ayah panggil Az ke?" Azary Azzri ke pangkuan ayahnya itu. Ibunya pula di dapur.
Ayahnya itu hanya menangguk. Tiada kudrat untuk bangun dari pembaringan. Sakit yang di alami semakin lama semakin parah. Badannya tidak mampu menerima ubat lagi.
"Az.. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada ayah.. Az jaga kakak dengan adik ya.. Az anak lelaki sulung ayah... Az belajar rajin-rajin... Buktikan dekat semua orang yang anak ayah boleh berjaya walaupun tanpa ayah... "
Azary Azzri masih tidak mengerti apa yang telah di beritahu oleh ayahnya itu. Kata-kata ayahnya itu masih tidak dapat di hadam. Azary Azzri hanya mengangguk tanda mengerti meskipun tiada apa yang dia mengerti ketika itu.
Seminggu setelah itu ayahnya itu kembali kerahmatullah. Ketika itu baru la Azary Azzri faham apa yang telah di perkatakan oleh ayahnya itu. Hidup keluarganya itu semakin hari semakin susah setelah kehilangan ayahnya itu. Ibunya terpaksa mengambil upah menoreh getah untuk menampung hidup seharian. Jika hari hujan, keluarganya itu terpaksa menagih simpati dengan meminjam beras.
Dia sudah terbiasa dengan hidup susah. Keadaan keluarganya itu sangat susah sehinggakan dia tekad untuk berhenti sekolah ketika semasa di tingkatan tiga. Dia tidak mampu untuk melihat ibunya itu menanggung beban seorang-seorang ketika itu. Akan tetapi setahun selepas itu dia menyambung persekolahannya itu dengan bantuan saudara mara. Ketika ini lah dia nekad untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga di tawarkan ke maktab perguruan.
Jika perkara yang sama berlaku pada Zinnirah Rasyiqah, Azary Azzri tidak tahu sama ada Zinnirah Rasyiqah kuat ataupun tidak. Lebih-lebih lagi berada di perantauan jauh daripada saudara mara. Risaunya semakin memuncak. Ashram sepertinya menghidapi satu penyakit yang tiada ubat. Mukanya semakin lama semakin pucat.
Ashram sakit apa? Kenapa mukanya semakin hari semakin pucat? Azary Azzri menjadi penasaran untuk mengetahui mengenai penyakit Ashram. Perlbagai persoalan yang timbul. Azari Azzri perlu mengambil tahu apakah penyakit yang di alami oleh Ashram. Apakah yang di sembunyikan oleh Ashram. Kenapa dia tidak mahu pulang ke Malaysia jika penyakitnya itu semakin teruk? Kenapa die perlu mengorbankan kebahagiaan Zinnirah Rasyiqah?
***
Hadi membawa kereta menuju ke Kuantan. Anak buahnya itu di telefon untuk mengetahui di mana keberadaan isterinya itu.
Setibanya dia ke lokasi yang diberitahu, dia melihat ada dua susuk tubuh yang sangat dikenali. Amarahnya kembali menjelma. Bila amarah makin memuncak ketika itulah shaitan mencucuk api supaya lagi menjadi membara-bara.
" Ina... Ke mana lagi kau mahu lari? Sejauh mana pun kau lari.. Aku tetap akan jejaki... Kau jangan lupa kau masih lagi isteri aku... Selagi aku tak ceraikan kau... Jangan harap kau boleh pergi ke mana-mana... "
Nafasnya kasar menahan panas bahang, menahan marah.Hadi mendekati dua susuk tubuh badan yang sedang duduk di sebuah gerai. Sedang menikmati juadah yang ada di depan mata.
" Ina.. " Keras tapi perlahan.
Bagaikan terkena renjatan elektrik, Inayah terus bangun tegak membatu. Suara itu membuatkannya terus mendakap anaknya itu. Berdiri tegak menunggu masa untuk lari.
" Ina.. kau nak ke mana tu?" Hadi masih menahan suara. Tidak mahu menggangu pelanggan di gerai itu. Hadi cuba sedaya upaya untuk mengawal perasan marahnya itu. Jika di ikutkan hati, teruk Inayah dan anaknya itu di kerjakan.
' Sabar Hadi... Sabar... Jangan marah di sini... Cuba bawa bertenang... Pujuk dia cara baik... Lemah lembut... Supaya dia ikut kau balik... Kalau kau macam ni... Sampai bila kau nak main lari-lari dengan dia... Sampai bila kau nak main tali tali dengannya? Ingat Hadi... Dia masih isteri kau yang sah...' Hadi bermonolog sendiri di dalam kepalanya.
" Ina... Jangan tinggalkan abang lagi... Abang tak boleh hidup tanpa Ina... Ina lah penyeri hidup abang... "
Inayah tidak dapat menghadam kata- kata Hadi. Hadi bukan begini. Pelik dengan perangai Hadi. Masakan mungkin sekelip mata berubah. Tidak mungkin Hadi selembut ini.
" Ina... Mari lah pulang ke rumah... Abang sunyi tanpa Ina dengan anak kita... " Hadi masih lagi mengawal rentak.
Inayah masih lagi membatu. Tidak bergerak memeluk Nini aqila.Hatinya berbelah bagi. Tidak tahu mahu percaya atau pun tidak. Jika percaya, dia kuatir pergaduhan antara dia dan juga Hadi akan berulang kembali.
" Ina... Jom..." Hadi menarik tangannya lembut menuju ke kereta. Ajaibnya, dia menuruti langkah itu. Tidak keras dan tidak membantah.
" Kita pulang ke rumah ye... Sebelum tu kita ke hotel Ina... Kita ambil pakaian Ina dan Nini terlebih dahulu..."
Inayah hanya membatu. Seperti ais yang sejuk dan dingin. Riak wajahnya tidak menggambarkan sebarang emosi.
Kereta Hadi meluncur laju meninggalkan gerai menuju ke hotel penginapan Inayah. Hadi masih mengawal marahnya. Dia tidak mahu Inayah lari lagi. Jika Inayah lari, pasti dia yang susah.
Janji dia kepada ayahnya itu akan dikotakan. Dia akan mendapatkan harta keluarganya itu terlebih dahulu. Setelah semua nama telah ditukarkan kepada namanya. Hadi tekad untuk melepaskan Inayah tanpa mencederakan Inayah lagi.
Dalam hatinya hanya ada nama Zinnirah Rasyiqah. Tiada nama Inayah. Jadi Inayah perlu di sisihkan dari hidupnya setelah dapat apa yang dia mahukan.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romance"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...