Bab 16

312 13 0
                                    

"Jangan... Jangan.. Jangan buat aku macam ni.. Aku merayu... Sakit... Tolonglah...." Zinnirah Rasyiqah menjerit meracau.

"Zien.. Bangun Zien... Zien..."

Zinnirah Rasyiqah membuka matanya. Ibunya di depan mata terus di peluk.

"Ibu.. Rasy takut bu... Hadi nak rogol Rasy... Rasy sa..."

"Shhh... Ibu ada sayang.. Hadi tak berani buat apa-apa pada Zien... Aduhai.. Ni memang ibu kena panggil Zien ni Rasy lah ni.. Zien pun dah bahasakan diri Rasy... Dah.. Tidur la ye sayang... " Zinnirah Rasyiqah kembali ke katil dan lena.

Mak Siah keluar menemui Ashram. Dia duduk di kerusi bersebelahan Ashram.

"Ash.. Boleh tolong ibu tak?"

"Apa dia ibu?" Tanya Ashram dengan penuh tanda tanya.

"Boleh tak kalau Ashram kahwin dengan Zinnirah Rasyiqah?"

Permintaan Mak Siah membuatkan Ashram terkedu. Memang dia nak sangat menjadikan Zinnirah Rasyiqah suri hatinya. Tetapi bukan dalam keadaan begini. Dia mahu mengikut adat. Ini dah kali kedua Mak Siah buat permintaan sebegini.

"Ibu.. Ash boleh menunaikan permintaan ibu.. Tapi kalau boleh biarlah Ash melakukan dengan cara beradat... Walaupun Ash tiada sesiapa.. Tapi Ash juga nak rasa bagaimana berkahwin cara beradat..."

"Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih Ash... Terima kasih banyak-banyak​.. Sekurang-kurangnya ibu dengan ayah tak risau sangat keselamatan Zinnirah Rasyiqah lagi... "

Ashram hanya tersenyum. Dia malu.

"Ash jangan risau ye.. Nanti ibu dengan ayah bincang dengan mak dengan ayah Qis ye... Biar mereka wakilkan Ash.. Lagipun Ash kan anak angkat mereka... Ibu nak Ash jaga anak ibu... Ibu takut benda ni jadi lagi..." Mak Siah menyuarakan pendapatnya lagi. 

" Tapi Macam mana kalau Rasy yang tak nak? "

"Ashram... Itu nanti ibu yang bagitahu Rasy ye... Yang penting Ashram jaga anak ibu betul-betul.... Jangan sakiti dia..." Ashram kelu. Dia hanya mengangguk.

"Tolong.. Hadi.. Jangan lah.. Sakit la... Tolong jangan buat aku macam ni... Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Aku tak pernah sakitkan hati kau.. Kau yang tinggalkan aku... Kenapa kau pergi dan selepas tu terhegeh-hegeh cari aku balik? " Zinnirah Rasyiqah masih meracau lagi.

Mak Siah dan Ashram yang sedang berbincang mendapatkan Zinnirah Rasyiqah.

"Rasy.. Ibu ni sayang.. Abang Ash pun ada..." Sambil menggoncang lembut tubuh Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah membuka mata. Terasa berat kelopak matanya. Ibunya di peluk. Matanya sarat dengan air mata.

"Ibu.. Rasy sakit bu... Rasy takut... Hadi pukul Rasy... Hadi nak buka baju Rasy.. Ibu.. Rasy takut...." Zinnirah Rasyiqah meronta. 

Doktor datang dan memberikan Zinnirah ubat penenang. 

"Macam ni lah Puan... Saya sebagai Doktor yang merawat Zinnirah, mencadangkan bahawa Zinnirah perlu di hantar ke psikiatri. Melihat keadaannya yang meracau ini sebenarnya mengganggu emosi dia. Dia perlukan kaunseling. 

"Doktor, boleh saya bincang dengan keluarga terlebih dahulu?"

"Baiklah..." Doktor berkata dan berlalu keluar daripada wad.

***

Zinnirah Rasyiqah membuka kelopak mata. Hanya Ashram di hadapan matanya sekarang.

"Ibu.." Zinnirah Rasyiqah bersuara. Ashram terjaga dari lenanya.

" Rasy.. Ibu dah balik.... Ibu datang kejap lagi... "

"Abang.... Rasy takut... Hadi....."

"Shhh.. Dah... Rasy ada dengan abang... Abang akan temankan Rasy sampai ibu datang ye...." Ashram menenangkan Zinnirah Rasyiqah. Tangan Zinnirah Rasyiqah di genggam erat.

Pipi Zinnirah Rasyiqah dielus lembut. Penuh dengan kasih sayang. Zinnirah Rasyiqah hanya namamu yang dapat menggetarkan hati ini. Hanya dirimu yang ku tunggu. Wajah comel Zinnirah Rasyiqah ditatap. Mata mereka bertembung. Hati Ashram dapat merasakan getaran. Dia tidak mampu untuk berselindung. Sayangnya kepada Zinnirahh Rasyiqah semakin hari semakin mendalam. Pintu wad milik Zinnirah Rasyiqah terbuka. 

"Assalamualaikum..." 

"Waalaikummussalam.."

"Ashram.. Zinnirah baru tidur ye?"

" Ye.. Ibu... Boleh saya balik dulu?"

"Tunggu sekejap... Ibu dengan ayah ada benda nak bincang dengan Ashram..."

Ashram hanya menurut. Kakinya masih tidak bergerak.

"Meh sini duduk dulu..." Ashram duduk bersebelahan Pak Zaini.

"Ayah dengan ibu dah pun berbincang.. Kami tak sanggup nak hantar Rasy ke psikiatri... Ibu nak tanya Ashram... Ashram sanggup ke kalau Zinnirah di hantar ke sana?" 

Ashram hanya menggeleng. 

" Jangan ibu... Saya tak nak Rasy pergi ke sana.. kesian dia...." Kelihatan sedih wajah Ashram.

"Kalau macam tu... Ashram perlu kahwin dengan Zinnirah... Dari situ Ashram boleh jaga dia..."

Ashram masih berfikir.

"Ashram... Ibu dengan ayah tak paksa... Tapi ibu tahu Ashram sayang sangat dengan Zinnirah kn?" Pertanyaan itu lagi membuatkan Ashram berbelah bagi. Dia takut Zinnirah Rasyiqah menolaknya. Ashram tidak mampu untuk memberi jawapan. 

"Hadi... Jangan... Aku merayu... Aku minta maaf kalau aku sakitkan awak..." Zinnirah Rasyiqah mula meronta semula. Mimpi ngeri dia muncul semula.

Ashram yang sedari tadi hanya mampu melihat. Hatinya berasa sayu melihat keadaan Zinnirah Rasyiqah.

"Ibu... Ash dah fikir masak-masak.. Ash nak jaga Rasy... Ash sayang Rash... Ash tak sanggup tengok Rasy macam ni... Asy dah sedia untuk pikul tanggungjawab... Kalau dulu Ash tolak permintaan ibu dengan ayah sekali.. Tapi tidak untuk kali ini... Ash dah tak sanggup tengok Rasy macam ni.. Ash tidak dapat tumpukan perhatian kepada kerja Ash... Ash sayang sangat dengan Rasy... Ash dah tak sanggup tengok Rasy di sakiti lagi...."

"Alhamdulillah... Doa ibu dengan ayah tercapai... Sekurang-kurangnya ada yang menjaga Rasy di Kuala Lumpur... Tidaklah ibu dengan ayah risaukan keselamatan Rasy...." Luahan Pak Zaini.

"Janganlah.. Aku sakit... Sakitlah.. Kau ni dah kenapa? Aku sakit lah... Tolong...." Zinnirah Rasyiqah meraung dan meronta.

Mak Siah semakin tidak senang hati. Zinnirah Rasyiqah berada dalam pelukan Mak Siah. Badan Zinnirah Rasyiqah digoncang lembut.

"Ash.. Ayah akan siapkan segala persiapan. Zinnirah dan kamu perlu di nikahkan secepat mungkin... Ayah risau keadaan Zinnirah semakin parah...." Pak Zaini bersuara.

Ashram hanya mengangguk. Melihat keadaan Zinnirah Rasyiqah pun dia sudah tidak sanggup. Zinnirah Rasyiqah seolah di sunia sendiri. Semasa sedar, dia termenung. Apabila tidur, mesti mimpi.

"Rasy... Ibu ni... Ibu sayang Rasy... " Zinnirah Rasyiqah memeluk lututnya. Mimpi buruknya menjadikan dia seorang yang memendam rasa.

"Rasy... Ibu nak bagitahu Rasy nih... " Zinnirah Rasyiqah mengangkat muka. Wajahnya kelihatan sayu. Matanya kelihatan bengkak akibat menangis tidak berhenti. 

"Minggu depan selepas Rasy keluar dari hospital, Rasy berkahwin dengan Ashram tau..." 

Zinnirah Rasyiqah tetap membisu. Dia masih lagi takut. Air jernih dari matanya mengalir lagi. Akhirnya Zinnirah Rasyiqah tewas di pelukan ibunya.

"Siah, Sudah la tu... Biarkan budak tu rehat. Trauma yang dia rasa bukan mudah untuk dipulihkan.. Tak apa... Kita siapkan apa yang patut... Ashram pun dah setuju... Sekurang-kurangnya kita lega ada yang sudi jaga anak kita...."

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now