Bab 19

342 11 0
                                    

Ashram membuka mata. Ternyata Zinnirah Rasyiqah tiada di sebelahnya. Hatinya menjadi gusar. Risau apabila isterinya itu tidak ada di depan mata.

"Sayang... " Di lihat di bilik mandi. Tiada.

"Sayang..." Dengan keadaan kelam kabut... Ashram menuju ke ruang tamu. Tiada. Hatinya menjadi tidak senang. Zinnirah Rasyiqah masih belum sihat sepenuhnya.

"Sayang... Rasy...." Suaranya di kuatkan.

"Ashram... Kenapa? Kenapa terjerit-jerit ni?" Soal Pak Zaini apabila melihat Ashram dalam keadaan tidak tentu hala.

"Rasy.. Ayah... Rasy dah lari... Mana dia pergi? Risau saya... Dia bukan sihat sangat..." Jawab Ashram. Keadaannya jelas kelihatan kusut.

"Hish.. Apa cakap macam tu... Dia nak lari mana? Inikan rumah dia... Dah.. pergi dapur... Sarapan... Kejap lagi boleh ikut ayah pergi kebun..." Ujar Pak Zaini. Hatinya masih tidak senang selagi tidak nampak kelibat Zinnirah Rasyiqah. Kakinya laju melangkah ke arah dapur.

"Tak apalah ayah.. Ayah sarapan dulu.. Ashram nak mandi dulu..." Ujarnya setelah nampak wajah seri isterinya itu. Hatinya lega. Pak Zaini hanya mengangguk.

"Abang.." Ashram menoleh terpandang wajah comel isterinya sedang tersenyum.

"Ye.." Lembut.

"Sekejap.. Saya nak ikut.." Ashram tersenyum.

"Ibu.. Rasy masuk dulu ye.. Temankan abang Asy..." Mak Siah hanya menggangguk.

Mak Siah menyegerakan tugasnya.

"Siah..."

"Ya abang... "

"Alhamdulillah Siah.. Kita serahkan anak kita pada orang yang betul. Abang harap Ashram dapat jaga anak kita tu dengan sebaiknya..."

"Insya'allah abang... Siah tengok.. Ashram tu sayang betul dengan anak kita tu... Tengok sahaja tadi... Muka Ashram nampak risau sangat bila anak kita tak ada depan matanya...Masa abang nak kahwinkan anak kita tu dengan Hadi tu.. Saya memang tak setuju.. Tapi awak lagi berhak sebab awak suami saya..." Mak Siah sudah mula kelihatan sugul.

"Siah... Abang minta maaf... Abang sepatutnya mengambil kira keluarga kita.... Ini tidak.. Abang dah macam menjual anak abang kepada Muiz... Ini semua sebab nak balas budi kan.. Padahal Muiz tu memang hanya nak mempergunakan abang sahaja..." Pak Zaini menjadi serba salah.

"Abang... Perkara dah lepas... Saya tak salahkan abang pun... Dan saya sangat bersyukur kerana anak kita tidak berkahwin dengan Hadi.... Tidak tahu apa yang akan berlaku jika dia kahwin dengan Hadi.. Dan saya tak tahu apa yang Eton buat pada anak kita... Saya cuma nak anak saya sihat dan ceria macam dulu... " Ujar Mak Hadi dengan tenang. Hanya kelihatan air mata yang turun. Pak Zaini mendekati Mak Siah.

"Inilah sebabnya kenapa saya sayang sangat dengan awak Siah.... Walaupun awak tidak secantik mana tapi awak ada kecantikan di dalam hati.... Kecantikan yang selalu buat saya tenang... Awak sentiasa ada dengan saya di masa saya susah ataupun senang malahan samaada saya betul ataupun saya salah..." Air mata isterinya itu silap lembut. Bahu Mak Siah di tarik dipeluk erat.

***

"Abang..."

"Ya.. Sayang.. Ada apa?" Ashram duduk di birai katil apabila melihat Zinnirah Rasyiqah telah pun berada di birai katil sebaik sahaja dia melangkah masuk bilik.

"Maafkan saya..." Zinnirah Rasyiqah tunduk.

"Hei.. Kenapa ni?" Ujar Ashram lembut.

"Saya banyak menyusahkan semua orang..." Dagu Zinnirah Rasyiqah di angkat lembut.

"Sayang.. buat apa minta maaf? Sayang tak ada apa salah dengan abang pun.... Sayang tak ada menyusahkan abang pun.. Ini kehendak abang... Abang yang nak jaga sayang..."

"Saya minta maaf..." Zinnirah Rasyiqah malu. Tertunduk semula.

"Hei... Isteri abang ni... Cuba pandang abang kalau kita berbincang..." Ashram cuba untuk bergurau. Terlihat air jernih gugur di pipi Zinnirah Rasyiqah.

"Sayang.. La... Kenapa menangis? Abang bukan marah pun..."

"Saya minta maaf sebab tak dapat nk layan abang... Tak dapat nak laksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri kepada abang..." Laju mengalirkan air mata. Ashram mengelap lembut.

"Sayang... Abang tak kisah... Seberapa lama pun sayang nak ambil.. Abang sanggup tunggu... Jangan lah paksa diri sayang kalau sayang masih belum bersedia.... Abang tak sanggup kehilangan sayang... Abang sayang sayang sangat-sangat... Cuma yang abang minta dari sayang.. Jangan tinggalkan abang... Abang tak boleh hidup tanpa sayang..."

"Insya'allah abang... Saya akan cuba untuk menerima abang... Saya akan cuba tidak akan tinggalkan abang..."

"Sayang.. Petang ni ikut abang balik KL ye? "

"Kenapa ye abang?" Lurus Zinnirah Rasyiqah bertanya.

"Lupa lah tu... Esok abang dah mula sekolah.. Cuti sekolah dah habis..."

Zinnirah Rasyiqah menepuk dahi..

"Sorry.. Tak ingat... Al maklum la.. Manalah saya tahu.. Saya tak sekolah lagi... " Zinnirah Rasyiqah menyelamatkan diri. Padahal ayat yang di susun tonggang terbalik. Ashrah tidak marah malahan suka. Ini kerana Zinnirah Rasyiqah masih mampu tersenyum semula walaupun masih pudar senyuman itu.

"Sayang.. Boleh abang tanya sesuatu?"

"Abang ni banyak sangat cakap? Bila nak mandi? Perut ni dah berkeroncong dah ni..." Ujar Zinnirah Rasyiqah sambil mengusap perutnya itu.

"La.. Abang ingat sayang dah makan tadi?" Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng.

"Sorry... Abang betul-betul nak tanya soalan ni sebelum keluar... Agak-agak boleh tak kalau kita buat satu majlis kat KL... Abang nak jemput kawan-kawan abang lah... Abang takut diorang marah kalau tahu abang kahwin senyap-senyap.."

"La.. Saya ingat soalan apa... Boleh.. Abang set time and date je ah.. Nanti saya ambil cuti dengan En Fattah... Ya Allah.. Abang.. Dah berapa lama saya cuti? Aduhai.. Kenapa tak sedar?"

"Ok.. Jadi nanti minta tolong keluarga Qis lah buat.. Mesti diorang suka... Pasal En Fattah tu tak payah risau.. Lama dah abang settle kan..." Ujar Ashram sambil tersenyum. Dia bingkas bangun apabila teringat yang isterinya masih belum bersarapan menuju ke bilik mandi.

"Sekejap ye sayang abang mandi dulu.. Ke sayang nak mandi bersama-sama abang?" Ashram menyakat isterinya itu. Zinnirah Rasyiqah hanya tertunduk malu.

"Malunya aku... " Ujar Zinnirah Rasyiqah sebaik sahaja kelibat suaminya hilang di balik pintu bilik air.

Wajahnya di angkat dan memandang pintu bilik air tersebut.

' Kenapa aku tak jatuh cinta dengan dia dahulu? Sedangkan aku tahu yang dia memang rapat dengan Qis... Kenapa dia tidak pernah rapat dengan aku dulu kalau betul dia suka aku... ?' Pelbagai soalan timbul di benaknya.

"Sayang... Jom..." Terasa nafas di telinga Zinnirah Rasyiqah. Dia terlompat sedikit dan jatuh katil.

"Aduh.... "

"Ya Allah... Apa yang sayang menungkan? Sampai abang keluar... Abang dah siap... Sayang masih pandang pintu bilik air tu..." Ashram seperti tak percaya yang isterinya berangan. Zinnirah Rasyiqah di angkat naik katil. Mukanya merah menahan malu kerana di tangkap berangan oleh suaminya itu.

"Mana sakit..?" Ashram menilik kaki Zinnirah Rasyiqah sebaik sahaja isterinya menunjukkan kawasan yang sakit.

"Boleh bangun tak ni?" Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk.

"Auuuu.."

"Ha.. sakit lah tu... Dah jom.." Ashram mencempung Zinnirah Rasyiqah keluar.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now