Azary Azzri mengetuk pintu wad dan menuju ke arah Zinnirah Rasyiqah.
"Rasy.... Rasy ok? Ada sakit tak? " Perkataan pertama yang keluar dari mulut Azary Azzri apabila melihat wajah Zinnirah Rasyiqah.
Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng. Zinnirah Rasyiqah yang tunduk menangkat muka memandang Azary Azzri dengan pandangan yang sayu. Azary Azzri terkedu, tidak mampu berkata-kata. Kepalanya berpikir bagaimana Zinnirah Rasyiqah mahu menjalani hidup di bumi orang dalam keadaan begini.
"Rasy... Tabah ye... Sabar ye... Abang dari wad Ashram... Ashram masih belum sedar lagi... Kita sama-sama doakan dia ye.. supaya dia cepat sedar... Tinggal lagi sebulan je lagi kita nak pulang ke Malaysia... Rasy kena kuat tau..."
Azary Azzri melihat wajah Zinnirah Rasyiqah mulai basah. Azary Azzri cuba untuk mententeramkan Zinnirah Rasyiqah. Akalnya berfikir.
"Rasy... Rasy tau tak apa beza Rasy dengan mak abang? " Zinnirah Rasyiqah hanya menggeleng.
"Tak ada beza... Mak abang orang yang paling abang sayangi... Rasy orang yang paling abang..... " Jawapan Azary Azzri sengaja digantungkan. Zinnirah Rasyiqah senyum.
"Paling apa? Kenapa bagi jawapan tergantung? Suka tau bagi jawapan sekerat-sekerat... Suka tau buat orang tertanya-tanya....."
Azary Azzri hanya senyum. Tidak memberi jawapan."Abang... Bagi la jawapannya..."
Aduh. Manjanya. Bagaimana hati ini tidak terpaut. Azzri, stop it. Jangan mengharap. Dia isteri orang. Ah, aku bahagia tengok dia bahagia. Aku sedih tengok dia menangis. Aku sakit tengok dia begini.
Zinnirah Rasyiqah. Ya, dia lah wanita yang berjaya menambat dan menjentik hatinya untuk jatuh cinta. Wanita ini lah yang membuatkan dia merasa sangat disayangi dan dihargai. Siapa yang sangka Zinnirah Rasyiqahlah yang mampu membuat dia jatuh cinta. Di bumi turkey pula tu. Sedangkan semasa di Malaysia berapa ramai perempuan cuba diperkenalkan oleh ibunya dan ada juga yang cuba untuk merapatinya, pintu hatinya tetap tidak terbuka untuk bercinta ataupun berkahwin. Not wonderlah umurnya yang tidak lama lagi cecah 40 tahun masih membujang. Hatinya bukan mudah untuk di takluki. Bukan mudah untuk di sayangi. Bukan mudah untuk menyayangi. Bukan mudah untuk mencintai. Bukan mudah untuk di cintai.
"Abang Azzri... Jawab lar... " Tangan Azary Azzri di cubit manja. Bagaikan panahan kilat, Azary Azzri menarik tangannya dari katil Zinnirah Rasyiqah. Terasa debaran di hati Azary Azzri. Terukir senyuman di bibir Zinnirah Rasyiqah.
" Ha... Kan manis macam tu... Abang gurau je la... Dah... Jangan sedih- sedih lagi... Tak senang duduk abang kalau Rasy sedih... Kesian kat Ashram... Kita tunggu keputusan dari doktor... Ye... Rasy nak rehat atau nak abang temankan dahulu..."
"Rasy nak tengok Abang Ash boleh?" Zinnirah bangun dari pembaringan.
"Rasy... Sabar ye... Abang dari wad Ashram tadi.... Doktor cakap Ashram kalau boleh jangan di ganggu buat masa sekarang... Rasy rehat dahulu la yer... Abang temankan... Abang dah pesan dengan nurse kalau Ashram bangun, panggil abang di wad Rasy... " Tahan Azary Azzri.
Kata-kata Azary Azzri membuatkan kolam mata Zinnirah Rasyiqah mulai pecah semula. Air matanya gugur laju. Kedua telapak tangannya menutup mukanya. Perasaan malunya kepada Azary Azzri di tolak tepi apabila suaminya itu sekarang berada di hospital.
Mahu sahaja di peluk tubuh wanita itu untuk menenangkannya. Tetapi batas agama melarang dia dari melakukan perkara terbabit. Lebih- lebih lagi Zinnirah Rasyiqah adalah isteri orang. Walaupun di Negara orang, adat dan agama tidak akan dia ketepikan. Itu adalah keutamaan dirinya. Itu didikan keluarganya yang tidak akan dilupakan
"Hei... Jangan macam ni... Ashram tentu tak suka tengok Rasy camni... Rasy kan ada abang kat sini... Rasy sabar ye... Abang akan sentiasa ada bersama Ashram dengan Rasy... Kita sama-sama kena kuat... Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan berapa lama Ashram akan tidur..." Lembut suara Azary Azzri mententeramkan Zinnirah Rasyiqah.
"Abang.... Apa yang sebenarnya berlaku dengan Abang Ash?" Pertanyaan Zinnirah Rasyiqah perlahan diikuti dengan esakan.
"Rasy... Sabar... Abang pun tidak pasti apa yang berlaku sekarang... Ashram pengsan semasa kitaorang ke kelas tadi... Tu yang abang bawa dia ke hospital... Tadi masa abang ambil Rasy masa tu Ashram masih dalam bilik rawatan..." Jelas Azary Azzri.
Azary Azzri tidak tahu bagaimana nak jelaskan kepada Zinnirah Rasyiqah kerana dia pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ashram tidak pernah menceritakan apa pun kepada dia. Ashram menyembunyikan sesuatu mengenai dirinya itu. Pasti ada yang berlaku. Jika tidak, masakan kesihatannya di lihat semakin lama semakin merosot. Kepala Azary Azzri tidak berhenti memikirkan pelbagai kemungkinan. Pelbagai persoalan yang masih tiada jawapan.
Di balik pintu wad Zinnirah Rasyiqah terdapatnya sesusuk tubuh yang mendengar setiap patah bicara yang di bicarakan oleh mereka. Kemudian susuk tubuh itu pergi meninggalkan bilik itu.
***
Ashram duduk dibirai katil. Terasa sunyi wadnya itu tanpa kunjungan orang yang tersayang. Bukannya tidak boleh dia memanggil Azary Azzri dan Zinnirah Rasyiqah. Akan tetapi tidak mahu menganggu kemesraan mereka. Sebentar tadi Azary Azzri dan Zinnirah Rasyiqah kelihatan sangat mesra. Hatinya berasa lega. Lega kerana ada yang sudi menerima Zinnirah Rasyiqah. Ada yang ingin menjaga Zinnirah Rasyiqah. Pada saat ini, Ashram tahu yang dia tidak mampu untuk menjaga dan membahagiakan Zinnirah Rasyiqah.
"Ashram, how are you? Are you okey?" Doktor yang merawat sakitnya itu menuju ke arahnya.
Ashram hanya mengangguk.
"Ashram...You can't be like this ... Your health is getting worse ... You need to be honest with your family ... You have to tell them everything .... Your illness has no cure ..."
Ashram hanya mendiamkan diri. Seperti memikirkan sesuatu. Dia perlu melakukan sesuatu.
"Can doctor hide my illness? When the time comes, my family, my wife will know ... But... not now ... There are still many things I need to do ... I don't have much time yet ..." Ashram seolah-olah merayu kepada doktor itu.
Doktor yang merawatnya itu tidak puas hati. Cuba memujuk Ashram untuk berterus terang.
"But this is going to make you feel worse ... You should have the moral support of the person you love the most ... Your family ... You have to be honest ...""Doctor, please... I beg you... Just only you know about my illness... Please doctor... Please..." Ashram merayu lagi. Doktor tersebut tidak mampu untuk menentang. Ini yang Ashram mahu. Mungkin inilah yang terbaik.
"Next month you will be back in Malaysia, right? I'm going to find you a specialist doctor in Malaysia .... In Malaysia you don't have to worry about anything ... I'll explain what happened here ... All your medical records I will give to him before you return to Malaysia ..." Ashram hanya mengangguk. Tidak membantah.
"Doctor, for this time... Please tell to them that I'm just tired and I need rest"
Giliran doktornya itu pula mengangguk dan memberi Ashram ubat untuk berehat.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romance"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...