Bab 11

359 14 0
                                    

Keindahan di Istanbul patut di rasakan. Kecantikan setiap pelusuk kawasan menarik perhatian Zinnirah Rasyiqah. Setiap tempat di jelajah bersama Qistina dan Ashram. Rasanya seperti tidak puas berada di Turki. Zinnirah Rasyiqah seperti tidak mahu pulang ke Malaysia. Dah tiba masanya mereka pulang ke tanah air. Waktu penerbangan sudah hampir tiba. Berat hati Zinnirah Rasyiqah untuk pergi. Terdengar keluhan Zinnirah Rasyiqah.

"Kenapa Rasy?" Suara Ashram memecah gegendang telinga Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah tersentak.

'Hish... Mana Qis ni? Kenapa lah dia tinggalkan aku dengan mamat ni?' Zinnirah Rasyiqah mengomel dalam hati. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat Qistina.

" Rasy.... Kenapa ni? Ada masalah ke? Berkerut je muka tu abang tengok..."

" Tak ada apa-apa lah. Tak penting pun." Zinnirah Rasyiqah cuba untuk berdalih.

Qistina hanya memandang dari jauh. Pergi ke ladies adalah salah satu rancangannya untuk mendekatkan Ashram dengan Zinnirah Rasyiqah.  3 hari di Turki pun masih tiada tanda-tanda mereka akan rapat. Zinnirah Rasyiqah lebih banyak sendiri berbanding dari keluar dengan mereka.

'Hish Zien ni.. Susah betullah.. Abang Ash pula lambat sangat nak tackle si Zien ni..Tu la dulu ada peluang kahwin tak nak.. Sia-sia kan.. Sekarang kalau tak dapat juga stak tahula apa nak cakap... Rasy tu macam suka kat dia je...' Sempat Qistina membebel.

"Rasy..."

"Hmmm.."

"Boleh abang tanya sesuatu?" Berkira untuk Ashram bertanya.

"Boleh.. Tanye je lah..."

"Kenapa Rasy macam tak suka bila abang ada sama? Rasy memang tak suka abang eh?" Ashram membuat muka comel.

'Perlu ke aku terus terang dengan die? Yang aku tengok macam Qis suka kat dia?' Zinnirah Rasyiqah bermonolog.

"Rasy... " Lembut suara Ashram. Zinnirah Rasyiqah masih menyepi.

"Rasy... Abang tanya ni..."

"Hah..? Sorry..."

"Rasy.. Abang tanya ni... Rasy ni.. Sempat pula mengelamun.. Ingat kat  siapa tu? Ingat abang ke? Abang kat sini la..."

"Eh.. Tak da la.. Mana la si Qis ni.. Lambatnya pergi tandas..." Zinnirah Rasyiqah menukar topik perbualan mereka.

"Rasy... Macam tak suka kat abang je..."

"Abang.. Bukan macam tu.."

"Abis macam mana? Abang ajak Rasy berbual.. Rasy macam tak suka je.. Sepanjang kita kat sini abang langsung tak dapat nak berbual dengan Rasy... Masa mula-mula dekat Airport Malaysia.. Rasy ok je dengan abang.. Lepaa abang cakap abang nak pergi honeymoon Rasy terus macam nak tak nak je layan abang..." Ashram membuat muka sedih.

"Abang bukan macam tu... Saya senang kawan dengan Abang... Tapi saya tengok Abang lagi selesa dengan Qis daripada saya... Jadi biarla saya jauh dari Abang... Lagipun saya takut perkara yang sama berulang lagi dalam diri saya... Cukuplah hanya satu pengalaman perit yang saya terima. Saya tak nak ia berlaku lagi... Terlampau sukar untuk saya terima.." Panjang lebar Zinnirah Rasyiqah menerangkan kepada Ashram. Tentang pengalaman yang tidak mungkin dapat dia lupakan. Malu yang dia dan keluarganya perlu tanggung.

"Rasy... Rasy memang tak ingat Abang langsung ye? " Ashram cuba menduga. Qistina hanya memerhati dari jauh. Dalam hatinya kata abang angkatnya itu akan dapat Zinnirah Rasyiqah hari ini kalau dia bersungguh.

Zinnirah Rasyiqah memandang dengan penuh tanda tanya. Ashram cuba menduga lagi.

"Rasy... Tak ingat masa perkahwinan Rasy.... Selepas Rasy sedar dari pengsan?" Zinnirah Rasyiqah sememangnya tidak ingat.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now