Bab 6

447 17 0
                                    

Zinnirah Rasyiqah kehilangan kata-kata. Dia tidak mampu berkata-kata. Penjelasan Hadi sukar untuk di hadam. Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum majlisnya berlangsung. Segala persiapan sudah pun 90 percent. Hati Zinnirah tidak tenang.

"Qis.. aku tak sedap hati la... Tapi aku tak tau kenapa..."

"Zien... Perasaan je tu.. Kau jangan macam ni.. Nanti hilang seri pengantin kau.. Tak sampai seminggu je lagi..."

"Masalahnya Qis... Hadi dah lain macam.. Semalam pun dia dah cakap yang bukan-bukan... Siap minta maaf dengan aku... Macam ada sesuatu yang telah dia buat wei.. Hati aku kuat menyatakan ada sesuatu yang tak kena... Hati aku cakap majlis ni seolah-olah tak kan berlaku..."

"Kau ni Zien..Apa yang kau merepek? Tak ada apa-apa la... Aku yakin tak ada apa-apa.. Kau jangan macam ni la... Minggu depan majlis kau... Aku tahu macam-macam benda dah jadi dekat kau.. Tapi kau perlu kuat... Insya'allah... ingat... Allah itu ada..."

Zinnirah Rasyiqah hanya mendiamkan sahaja. Tidak tahu apa lagi yang perlu di perkatakan. Hatinya kuat menyatakan yang majlis ini tidak akan berlangsung. Macam-macam perkara yang berlaku. Kereta kesayangannya pun masih belum siap di betulkan. Hatinya betul-betul runsing.

Apa yang Hadi perkatakan sering berulang di kepalanya seperti siaran ulangan astro.

"Nira.. Hadi minta maaf.. Hadi minta maaf sangat-sangat.."

"Hadi.. Hadi tak ada buat salah apa pun dekat Nira.. Kenapa asyik minta maaf?"Lembut pertuturannya.

"Hadi minta maaf.. Hadi nak Nira tahu.. walau apa jua yang terjadi.. Hadi sayang Nira sepenuh jiwa Hadi..."

"Kenapa Hadi cakap macam ni? Hadi ada masalah ke? Cuba Hadi cerita... "

"Hadi tak ada apa-apa.. Hadi ok.. Minggu depan kita jumpa ye di majlis nikah kita.. Mungkin ini yang terakhir kita jumpa... Lepas ni kita dah mulai sibuk dengan persiapan.... Mungkin dah tak ada masa nak jumpa lagi... "

'Hadi dah berubah...Hadi dah tak macam dulu.. Kenapa Hadi langsung tak tanya aku ok ke tak? Dia tak tanya apa yang dah berlaku kat aku.. aku ni siapa pada dia? Tinggal beberapa hari sahaja nak jadi suami isteri... Tapi...' Zinnirah bermonolog sendiri.

Badan Zinnirah Rasyiqah terdorong ke hadapan. Dia terkejut. Terasa badannya seakan ingin menyembah ke bumi. Waktunya seakan terhenti. Badannya yang tadi dirasakan seperti mahu jatuh seakan berhenti seperti ada yang menahan daripada menyembah bumi.

"Cik.. cik ok?"

'Lembutnya suara itu... Gerangan siapakah yang mempunyai suara itu?' Bicara Zinnirah Rasyiqah di dalam hati.

Zinnirah Rasyiqah memandang dengan pandangan yang kosong.

'Siapa lelaki ini? Comelnya...' Sempat lagi Zinnirah Rasyiqah berkhayal.

Lama lelaki tu menahan badan Zinnirah Rasyiqah dari terjatuh. Tangan lelaki itu seakan tidak mampu untuk menampung berat badan Zinnirah Rasyiqah.

"Cik.. cik ok tak? Cik..."

Zinnirah Rasyiqah yang tersedar terus cuba untuk bangun dan stabil kan dirinya.

"Maafkan saya.. saya tak perasan awak tadi.." Jawab Zinnirah Rasyiqah yang menahan malu.

"Tak apa.. mujur saya sempat menampung badan cik.. Kalau tak tadi cik dah jatuh..."

"Oh.. Terima Kasih ye... Dan maafkan saya sekali lagi..." Zinnirah Rasyiqah meneruskan perjalanannya.

Lelaki itu perasan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada wanita yang telah di langgarnya itu. Dan yang paling penting dia tahu dan kenal siapa wanita itu.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now