Bab 45

136 3 1
                                    

Sometimes I wish you are here with me... So I could tell you how much I miss you and how hard every day has been without you... 

"Abang... Kenapa abang tinggalkan Rasy... Abangkan dah janji nak jaga Rasy... Abang... Kenapa abang bawa sekali anak-anak kita? Macam mana Rasy nak hidup kalau abang pergi bawa anak sekali? Itu sahaja kenangan abang dengan Rasy... Kenapa abang tak bawa Rasy sekali?" Zinnirah Rasyiqah menangis teresak-esak. Dia kehilangan Ashram dan sebulan kemudian dia kehilangan anak dalam kandungannya itu pula. Takdir seperti mempersendakan dirinya. Hatinya semakin lemah. Tiada Ashram di sisi memberi impak yang sangat kuat kepada dirinya.

Azary Azzri yang baru tiba hanya menggeleng. Setiap kali dia kunjungi rumah itu, pasti akan melihat Zinnirah Rasyiqah termenung di buaian. Jika tidak termenung pasti akan menangis. Azary azzri merapati Zinnirah Rasyiqah.

"Rasy... Oh Rasy..." Azary Azzri menegur. Sedari tadi melihat Zinnirah Rasyiqah di dalam dunianya sendiri. Tersentak.

"Mengelamun pula dia... Hey... Rasy... Saya sedang bercakap dengan awak ni... Dah sampai mana tu?" Soal Azary Azzri sambil duduk bersebelahan dirinya.

Zinnirah Rasyiqah tunduk. Kolam matanya pecah. Air matanya gugur.

"Saya rindu diorang... Kenapa Abang Ash dengan anak-anak tinggalkan saya? Kenapa takdir hidup saya macam ni?" Zinnirah Rasyiqah seperti menyalahkan takdir. Hatinya mulai rapuh.

"Hei... Mana wanita yang cekal yang saya kenal? Mana perginya wanita yang tabah? Tabah dalam menghadapi semua perkara.... " Zinnirah Rasyiqah mengangkat muka. Jelas kesedihan di muka Zinnirah Rasyiqah.

"Dia dah tiada... Separuh jiwanya telah pergi saat kematian orang paling dia sayangi..." Ungkapan yang mempunyai maksud yang mendalam.

Ingin sahaja menarik tubuh Zinnirah Rasyiqah ke pangkuannya. Cuba mengubati hati yang sedang sedih. Masakan tidak sedih jika orang yang paling disayangi pergi. Pergi membawa sekali permata hati.

"Janganlah menangis... Saya kan ada... Saya akan tunaikan janji saya pada arwah yang akan jaga awak... Insya'Allah... Saya akan lindungi awak..." Azary Azzri bagai beri kata semangat kepada Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah memandang Azary Azzri. Tidak mengerti. Janji apakah yang diperkatakan itu. Bingung.

"Azzri... Mari masuk nak... Ajak sekali si Rasy tu... Boleh lah Azzri pujuk si Rasy ni makan... Dari pagi dia tak makan langsung..." Azary Azzri mengangguk, mengajak Zinnirah Rasyiqah masuk dan bergerak ke dalam rumah keluarga Zinnirah Rasyiqah.

"Mak cik... Pak cik... Saya tak lama ni... Saya datang ni cuma nak bagitahu... Yang saya nak balik Negeri Sembilan dah ni... Minggu depan saya dah mula study balik... Nak selesaikan apa yang masih belum selesai kat kampung..." Azary Azzri memulakan bicara.

Zinnirah Rasyiqah mengangkat kepala. Memandang Azary Azzri bagai meminta penjelasan. Perasaan takut mulai menerjah dirinya. Tangannya mulai menggigil. Pelbagai perasaan mulai timbul. Zinnirah Rasyiqah bangun dan terus menuju ke bilik. Azary Azzri dapat melihat perubahan di wajah Zinnirah Rasyiqah. Ingin menegur tapi tidak sempat.

"Rasy... Makan la dulu... Baru masuk bilik tu... Jangan la macam ni... Sedih Arwah Ashram kalau tengok Rasy macam ni..." Mak Siah menahan. Zinnirah Rasyiqah seakan tidak mendengar terus berlalu pergi.

"Azzri... Maafkan mak cik... Rasy ni sejak Ashram ni pergi, dia macam ni... Tiada senyuman... Senyuman dia macam pergi bersama Ashram... Mak cik pak cik dah tidak tahu macam mana nak kembalikan senyuman dia... "

"Qistina?"

"Qistina pun tak sanggup tengok dia... Setiap kali Qistina datang mesti Rasy menangis... Qistina pun menangis... Qistina pun dah tak mampu nak bagi senyuman pada Rasy... Mak cik dah tak sanggup tengok dia sedih macam ni..." Mak Siah meluahkan rasa.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now