Bab 5

441 15 0
                                    

'Kenapa Mak Hadi terlalu kejam. Kenapa sanggup memusnahkan kebahagiaan anak sendiri. Kenapa ketika aku mulai jatuh cinta dengan Hadi. Ya, dulu memang aku bencikan Hadi. Hadi yang dulu dengan Hadi yang sekarang tidak sama. Atau aku bertepuk sebelah tangan...? ' Zinnirah Rasyiqah bermonolog sendiri.

Hatinya kecewa di perlakukan begitu. Teruk dia di malukan di hadapan keluarga Hadi. Zinnirah Rasyiqah menangis semahunya di dalam bilik. Hatinya betul - betul terluka dengan keluarga Hadi. Zinnirah Rasyiqah tidak dapat menerima apa yang telah keluarga Hadi buat kepadanya. Terasa malu sungguh. Hadi pula tidak menyebelahi pihak dia. Malah dia turut sama memalukan Zinnirah Rasyiqah.

"Zien, jom keluar makan..." Ajakan Mak Siah diendahkan. Dia tidak mampu untuk berdepan dengan semua orang pada waktu ini. Ketukan pintu yang bertalu-talu di biarkan.

"Zien.. jomlah.. jangan macam ni... Risau lah ibu dengan ayah..." Ayahnya masih memujuk. Walaupun Pak Zaini tidak tahu hujung pangkal cerita, tetapi dia dah boleh mengagak ada sesuatu yang buruk terjadi kepada anak kesayangannya itu. Anaknya itu tidak pernah mengurungkan diri seharian kalau tidak ada apa-apa yang berlaku.

Zinnirah Rasyiqah tetap membatu di dalam bilik. Dia tidak mahu keluarga dia tahu apa yang berlaku lebih - lebih lagi ayahnya itu. Ayahnya itu masih lagi bekerja dengan Ayah Hadi. Zinnirah Rasyiqah menangis semahunya.

"Dahlah Siah, jom kita makan. Zien tengah sedih tu. Biarkan dia bersendirian. Dia mungkin ada masalah dengan Hadi tu. Biarkan lah dia selesaikan sendiri..." Pak Zaini mengajak Mak Siah makan tengah hari.

"Tapikan abang... Kenapa Zien sampai macam tu? Sebelum ni kita tengok happy je... Ada apa-apa yang kita tak tahu ke jadi masa jamuan dekat rumah Hadi tu?"

"Hish... awak ni, kita jangan masuk campur. Itu urusan mereka... Jika Zien tak nak cerita kan kita jangan bertanya. Biarkan je... Itu bukan urusan kita... "

" Ye la...." Pak Zaini dan Mak Siah makan tengah hari dengan penuh tanda tanya.

Zinnirah Rasyiqah mengemas baju kepunyaannya. Ya, aku harus pulang ke Kuala Lumpur. Biar aku sedih sendiri di sana. Ibu dengan ayah tidak perlu tahu apa yang terjadi semalam. Zinnirah terus keluar dengan beg baju.

"Eh, Zien... Nak ke mana tu? Bukan cuti sampai esok ke?" Tanya Pak Zaini yang sedang berehat di ruang tamu.

Zinnirah bersalaman dengan Pak Zaini dan Mak Siah.

"Zien nak balik KL.... En Fattah dah panggil maasuk kerja esok. Ada projek baru yang dia nak suruh Zien Attend.. Tu yang dia panggil balik."

"Oooh, ok... Hati-hati drive kereta tu... Sampai nanti jangan lupa call tau..."

Zinnirah Rasyiqah terus melangkah menuju ke kereta. Dia terus memandu tanpa menoleh ke belakang. Zinnirah Rasyiqah pasti Hadi baru tiba untuk berjumpa dengannya.

Panggilan telefon tidak di jawab. Zinnirah Rasyiqah mengabaikan panggilan telefon tersebut. Setibanya di rumahnya, dia melangkah ke bilik dan merebahkan diri di atas katil empuk. Akhirnya terlena keletihan.

Deringan telefon yang bertalu-talu menyebabkan Zinnirah Rasyiqah tersedar.

"Assalamualaikum... Zien dah sampai?"

"Dah ibu.. Zien tertido tadi.. "

"Ok la zien... Zien rehatlah ye..."

"Ok.. "

Zinnirah Rasyiqah meletak panggilan tersebut. Di tilik telefon pintarnya itu. Ada lebih kurang 10 missed call. Tetap diabaikan. Tidak penting.

Zinnirah Rasyiqah memasuki tandas. Mandi dan solat. Usai selesai solat, dia sambung tidur.

***

Pagi yang cukup indah. Zinnirah memulakan hari dengan jogging. Bangun pagi dengan azam yang baru. Budaya hidup sihat perlu dimulakan. Hati perlu di kuatkan. Ingin melupakan apa yang telah berlaku. Senyuman sentiasa terukir di bibir. Sesiapa yang memandang pasti terpegun dengan keayuaannya.

Usai selesai beriadah, Zinnirah Rasyiqah bersiap untuk memulakan tugas hakiki. Baju kurung moden di gayakan. Gincu di oleskan ke bibir. Walaupun hanya secalit, akan tetapi menonjolkan lagi keayuannya.

"Assalamualaikum.. semua..."

"Waalaikumussalam.. wah... Zien, kau hari ni cerianya..."

Zinnirah Rasyiqah hanya memberi senyuman.

"Wah... Zien.. cantiknya kau... Terserlah keayuaanmu..." Tegur Aiman.

Zinnirah Rasyiqah hanya senyum dan terus ke meja untuk melakukan tugas hakikinya. Betapa banyaknya fail di atas meja. Tangan Zinnirah Rasyiqah lincah memulakan tugasnya.

Zinnirah Rasyiqah mengemas meja dan melangkah keluar pejabat. Menuju ke parking kereta. Barang di letak di tempat duduk belakang. Zinnirah Rasyiqah memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.

Setiba di simpang, Zinnirah Rasyiqah rasa bagai di awangan. Zinnirah Rasyiqah melihat melalui cermin sisi.
'Ah,sudah.. bonet kereta aku... "
Zinnirah Rasyiqah terus keluar dari kereta. "Habis bonet aku... Kenapa U langgar kereta I?"

"U signal lambat sangat.."

"Apahal plak? I dah signal awal-awal lagi... Abis macam mana ni?"

"Apa lagi balai la.."

"Ok"

Zinnirah Rasyiqah membontoti kereta yang melanggarnya. Setiba di balai dia perlu membuat report untuk claim insurans.

'Wah.. macam mana aku nak pergi kerja ni... Kereta kena masuk bengkel.. Siapalah yang aku patut bagitahu ni?' Zinnirah Rasyiqah bermonolog.

Telefon dicapai. Di dail nombor Hadi.
"Assalamualaikum.. Hadi.."

"Waalaikumussalam... Maaf Nira.. Hadi buzy ni... Nanti Hadi call balik.."
Talian terus dimatikan. Zinnirah Rasyiqah mati kutu. Akhirnya bosnya dihubungi.

Hanya dengan bagi sepatah sms sahaja bosnya itu terus menelefon Zinnirah.

"Assalamualaikum.. Zien.. Zien ok x?"

"Zien ok... Zien kat balai.."

"Ok.. sekejap lagi saya sampai.."

Zinnirah Rasyiqah mematikan talian...

Zinnirah Rasyiqah membuat laporan kemalangan di balai polis.

"En.. boleh saya keluar sekejap tak?" Ujar Zinnirah Rasyiqah sebaik sahaja selesai membuat laporan.

"Boleh.. tapi nanti datang balik tau untuk beri keterangan"

Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk lemah. Kakinya jalan seperti tidak jejak ke bumi tetapi badannya hanya ikut.

Tangannya lincah menaip sesuatu di status Fbnya.

Setiba di kereta, dilihat bonet keretanya itu. Hatinya jadi sedih. Dah la tiada sesiapa di sini. Siapalah yabg akan bantunya. Macam mana nak ke kerja kalau tiada kereta?

"Zien..." Panggilan itu membuatkan Zinnirah Rasyiqah tersentak. Muka di angkat.

"Zien.. awak ok tak?"

"Saya ok.. cuma kereta saya yang tak ok..."

"Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Tah la bos.. Saya pun dah tak tahu nak cerita macam mana..."

"Ok.. Ni nak kena masuk lagi tak?" Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk.

"Jom.. selesaikan dulu.. Yang lain nanti kita fikir..." Zinnirah Rasyiqah hanya mengikut.

Setelah selesai dengan pihak polis, Zinnirah Rasyiqah pulang dengan di hantar oleh En Fattah.

"Awak jangan risau. Esok awak ambil kereta pejabat. Saya bagi awak pinjam dahulu sementara kereta awak siap..." Zinnirah Rasyiqah hanya mengangguk.

En Fattah membantu Zinnirah Rasyiqah mengangkat barang dari kereta ke dalam rumah.

"Terima kasih banyak-banyak bos.."
En Fattah hanya senyum dan memandu pulang.

Zinnirah Rasyiqah menutup daun pintu, mandi dan solat. Usai solat kepalanya berat. Tidak mampu berfikir apa-apa. Terlampau banyak benda yang berlaku dalam sekelip mata. Zinnirah Rasyiqah terlena.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now