Bab 37

117 4 1
                                    


"Duk... Duk... Duk... " Bunyi ketukan pintu rumah menyebabkan Zinnirah Rasyiqah yang sedang berehat di ruang tamu tersentak. Baru pukul 11.00 pagi. Tidak mungkin suaminya itu pulang, sedangkan jadual kelasnya masih ada sehingga ke petang.

Pintu rumahnya itu diketuk semakin lama semakin keras bunyinya. Timbul rasa takut. Mana mungkin Ashram akan mengetuk sebegitu keras. Di mana mahu melarikan diri. Dia tidak tahu selok belok kawasan ini. Jika mahu lari, ke manakah dia nak pergi? Ashram juga tiada ketika itu.

"Zinnirah Rasyiqah... Rasy... Oh Rasy.. Assalamualaikum... " Pemilik suara itu macam biasa dia dengar sebelum ini. Ternyata betul sangkaannya. Di intai di balik cermin kecil yang terdapat di pintu rumahnya itu. Ya, pemilik suara Azary Azzri.

Di kumpul segala kekuatan yang ada. Zinnirah Rasyiqah merapati pintu. Tangannya memulas tombol pintu apabila namanya itu dipanggil berulang kali. Hatinya rasa gusar. Hatinya berasa gelisah. Seperti ada sesuatu yang buruk berlaku. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Daun pintu terbuka. Di lihat susuk badan yang dia kenali berada dalam keadaan cemas dan serabut. Tanpa Ashram di sisi menjadi satu tanda tanya.

'Apakah ada apa-apa yang berlaku terhadap suaminya itu... Tidak mungkin, sebab tadi masa Abang Ash keluar dia masih sihat... Tiada yang mencurigakan...' Zinnirah Rasyiqah cuba menangkis sebarang rasa yang ada di hatinya itu.

"Assalamualaikum.. Rasy... Saya ni Azri... " Riak wajah cemas Azary Azzri menceritakan sesuatu. Seperti sesuatu yang tidak baik berlaku.

" Waalaikumussalam... Ye Abang Ry... Kenapa ye? Cari Abang Ash ke? Dia pergi ke kelas pagi ni... Abang tak jumpa dia ke kat Kolej?"

Azary Azzri terkedu. Kelu lidahnya untuk memberitahu kepada Zinnirah Rasyiqah mengenai apa yang berlaku pada Ashram. Tidak sampai hati. Padanya biarlah Zinnirah Rasyiqah melihat sendiri di hospital bagaimana keadaan Ashram.

"Rasy... Jom ikut saya... " Lengan Zinnirah Rasyiqah dipegang. Dengan lembut Zinnirah Rasyiqah menarik tangannya dari genggaman Azary Azzri.

Azary Azzri tersentak apabila Zinnirah Rasyiqah menarik tangannya itu. Tetapi tidak berkecil hati. Dia faham antara dia dan Zinnirah Rasyiqah ada batasan. Dia hanyalah kawan kepada Ashram sahaja. Tidak lebih dari itu.

" kita nak ke mana? Kenapa ya? Tapi saya tak berani ikut orang ke mana²... Ni bukan tempat saya... Sedangkan tempat sendiri pun saya rasa tidak selamat... Ini kan Negara orang... Maaf... Saya memang tak boleh ikut... Saya takut..." Zinnirah Rasyiqah menolak lembut pelawaan mengikut Azary Azzri. Walaupun hatinya mendesak untuk tahu apa yang telah berlaku.

Azary Azzri buntu. Tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Zinnirah Rasyiqah bahawa Ashram sekarang berada di hospital akibat pengsan di kelas. Dia khuatir Zinnirah Rasyiqah akan risau akan apa yang telah berlaku pada Ashram.

"Rasy... Jangan risau... Saya bukan orang jahat... Kita pun dah kenal lebih dari 5 bulan... Selama awak dengan Ashram berkawan dengan saya... Saya tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kamu berdua... Kamulah kawan saya di sini... Cuma sekarang ni awak memang perlu ikut saya... Saya tak akan apa-apakan awak... Saya masih tahu batas agama... Jika saya pegang awak tadi, menyebabkan awak ragu-ragu dengan saya... Saya minta maaf.. " Azary Azzri masih berusaha untuk memujuk Zinnirah Rasyiqah supaya mengikutnya.

"Saya akan ikut... Tapi Abang Ry janji yang Abang Ry tidak akan lakukan apa-apa pada saya ye..." Zinnirah Rasyiqah masih ragu-ragu. Dia memberi amaran. Azary Azzri hanya mengangguk.

"Saya siap-siap sekejap..."

"Zinnirah... Saya tunggu dalam grab ye... Awak ambillah seberapa lama pun untuk bersiap... Saya sedia menunggu.."

'Eceh... Poyo lah aku ni... Comelnya dia... Patut lah Ashram sayang sangat dengan dia... Dalam keadaan macam ni masih fikir keselamatan dia... Apa lah agaknya yang telah berlaku pada diri Zinnirah Rasyiqah sebelum ni sehinggakan dia takut sebergini rupa? ' Azary Azzri bermonolog di dalam hati. Pelbagai soalan masih belum terjawab. Dan mungkinkah akan terungkai satu persatu selepas ini.

***

" Kita nak ke mana ye Abang Ry?" Suara Zinnirah Rasyiqah memecah kesunyian di dalam grab yang di naiki mereka. Azary Azzri memesan grab supaya perjalanan ke hospital tidak mengambil masa yang lama.

'Macam mana aku nak bagitau ni? Ashram sakit apa? Macam mana aku nak terangkan kat Zinnirah ni? Kenapa la Ashram tak cerita kat aku sebelum ni? Bila dah jadi camni macam mana aku nak hadap? Macam mana boleh berlaku macam ni? Nasib baik berlaku masa ni... aku masih ada di sini. Kalau berlaku perkara macam ni lagi sebulan macam mana? Pejam celik... Pejam celik... Pengajian aku dengan mereka di sini hanya tinggal sebulan je lagi... Kami akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi... ' Berbagai soalan muncul di kepala Azary Azzri menyebabkan dia hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab persoalan yang di ajukan oleh Zinnirah Rasyiqah sebentar tadi. Kepalanya menerawang ke tempat lain.

"Abang Azzri... Apa sebenarnya yang berlaku? Kita sebenarnya nak pergi ke mana?" Pertanyaan Zinnirah Rasyiqah mengembalikan Azary Azzri ke dunia nyata.

"Hah?"

"Saya tanya Abang Azzri... Kita nak ke mana? Apa yang sedang berlaku sekarang ni?" Zinnirah Rasyiqah mengeraskan sedikit suaranya.

'Kenapa panggilan namaku berubah? Zinnirah Rasyiqah tidak pernah panggil dengan nama itu selama ini. Tiada siapa pun yang pernah memanggil namaku itu walaupun di dalam keluargaku.' Azary Azzri bermonolog di dalam hati. Dengup jantungnya laju. Resah gelisah yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Adakah ini cinta? Adakah ini sayang? Jika ya, tidak akan ku paksa. Akan tetapi dia perlu tangkis perasaan itu. Biarlah orang yang aku sayangi dan cintai itu bahagia walaupun tanpa aku disisi.

"Abang... " Azary Azzri tersentak.

"Maafkan saya ya... Saya tidak bermaksud berahsia dengan awak... Sekejap lagi kita sampai awak akan dapat jawapan segala persoalan awak tadi... Saya tiada kekuatan untuk memberi jawapan tersebut... " Jawapan yang diberikan oleh Azary Azzri membuatkan Zinnirah Rasyiqah kebingungan.

'Apakah yang cuba disampaikan oleh Abang Azzri ini? Aku tak faham lar... Suprise apakah ini. Kenapa jantungku tidak berhenti berdebar? Kenapa aku rasa tidak sedap hati?' Zinnirah Rasyiqah bermonolog sendirian. Grab tersebut menjadi sunyi kembali. Tiada patah suara yang keluar.

"Sir, you are arrive in your destination... I will charge you 18 USD. .."

"Here your money... You will keep the change... Thank you..."

Pemandu grab tersebut berlalu pergi.

"Hospital...?" Perkataan yang keluar dari mulut Zinnirah Rasyiqah. Azary azzri hanya mengangguk. Tiada kata yang mampu di ucapkan. Hatinya mulai sebak. Menahan rasa sedih. Walaupun tidak sampai 6 bulan kenal, tapi keakraban dia bersama Ashram bagai adik dengan abang.

"Jom... Kita naik..."

Zinnirah Rasyiqah hanya membontoti Azary Azzri. Hanya berdiam diri tanpa sebarang soalan.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now