"Damn it... Shit... Kurang ajar..." Hadi menghentak kuat pintu keretanya. Dia menuju ke pintu rumah. Tidak dihiraukan jiran tetangga yang mengata tentang dirinya.
Pintu rumah di ketuk. Senyap. Hadi menguatkan ketukan. Tiada reaksi dari dalam rumah. Biasanya apabila dia balik, Inayah akan bergegas ke pintu. Tetapi tidak pada hari ini. Rumahnya sunyi.
"Ina.. Oh Ina... Aku balik ni... Buka pintu ni... " Ketukannya makin di kuatkan. Tiada respon juga. Hatinya mendidih. Pintu rumahnya di buka menggunakan kunci miliknya.
'Perempuan ni memang nak kena dengan aku.. Apa yang di lakukan di dalam sampaikan tidak boleh membuka pintu... Tidak boleh di harap... Memang patut pun aku layan kau macam sampah...' Hadi merungut di dalam hati.
"Woi... Ina... Aku panggil kau ni... Pekak ke? Kau memang nak kena dengan aku ke? " Rumahnya masih sunyi. Tiada kedengaran suara anaknya menangis. Malah tidak kelihatan wajah Inayah.
Kebiasaannya apabila dia menempik anaknya itu akan meraung sekuat hati dan wajah Inayah mesti terjongol di muka pintu.Hadi mencari anak dan isterinya di seluruh pelusuk rumah. Tiada.
'Mana pula mereka ni? Memang betul-betul menyusahkan....'
Deringan telefon mengejutkan Hadi.
"Assalamualaikum... Hadi... "
"Waalaikumussalam.. Ya saya.."
"Ayah sini... " Sudah di agak. Ayah mertuanya itu akan menelefonnya. Inayah tentu balik ke rumah mertuanya itu.
"Ayah nak bagitahu... Inayah dan anak kamu ada di sini.... Inayah menangis tidak berhenti.... Ayah tidak tahu apa masalah kamu dengan Ina... Malah ayah tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga kamu... Tetapi Hadi, ini sampai Ina balik ke rumah ayah menangis ni kenapa... Apa masalah kamu sebenarnya?"
"Ayah jangan masuk campur... Ina tak ada cerita ke? Selalunya dia mulut becok sebok tanya itu ini... Takkan dia tak bercerita langsung pada ayah?" Hadi meninggikan suaranya. Dia betul-betul berang. Inayah dah melampau.
"Tapi ayah risau Hadi... Inayah tu murung sangat... Apa dah jadi dengan keluarga kamu Hadi? Setahun ni kamu okay saja dengan dia... Kenapa sekarang? Cuba jelaskan kepada ayah... Macam mana ayah nak tahu masalah kalian... Ina tidak berhenti menangis... Kamu pula asyik salahkan dia..." Ayah Inayah memohon penjelasan.
"Kan saya cakap... Ayah jangan nak sibuk... Jangan masuk campur urusan keluarga saya... Nanti hujung minggu saya datang ambil Ina..."
"Tetapi Hadi jangan datang rumah ayah buat sementara waktu... Ina tidak mahu berjumpa dengan kamu... Assalamualaikum..." Ayah mertua meletakkan telefon sebelum sempat Hadi menjawab salam.
Hadi mengeluh. Inayah sudah berani keluar dari rumah tanpa pengetahuannya. Pulang ke rumah keluarganya itu pula. Dahulu Zinnirah Rasyiqah kini Inayah pula berani mencabar dirinya. Dua wanita ini memang mencabar kejantanannya.
'Ina.. Kau betul-betul menyusahkan aku... Siap kau kalau aku jumpa kau... Sampai bila kau boleh lari dari aku....' Hadi bermonolog di dalam hati.
***
Rambut Zinnirah Rasyiqah di elus lembut.
"Pergi... Jangan... Sakit...." Bayangan itu muncul kembali. Zinnirah Rasyiqah mula meracau kembali. Rambutnya seperti di tarik. Tangan tersebut ditolak kasar.
"Sayang.. Ni abang sayang..." Ashram cuba untuk menenangkan Zinnirah Rasyiqah.
"Jangan... Tolong... Jangan buat aku macam ni... Sakitlah... Aku merayu dengan kau..."
Ashram memeluk kejap Zinnirah Rasyiqah.
"Sayang... Abang ni..." Tubuh Ashram di tolak namun tidak berganjak sedikit tubuhnya itu. Mata Zinnirah Rasyiqah masih lagi terpejam.
Sayu hati Ashram melihat isterinya dalam keadaan begitu. Rindu sungguh dia melihat Zinnirah Rasyiqah ceria semasa masih zaman kolej walau hanya di lihat dari jauh sahaja.
"Sayang... "
Zinnirah Rasyiqah membuka matanya.
"Abang... Kenapa? Kenapa abang peluk saya?" Zinnirah Rasyiqah malu. Badannya di anjak ke belakang. Ashram terpinga-pinga.
"Abang... Saya tak berniat apa-apa... Saya masih belum bersedia... Maafkan saya.." Zinnirah Rasyiqah menenerangkan keadaan sebenar. Dia tidak mahu derhaka dengan suami.
Ashram mengangguk.
"Sayang janganlah begitu... Abang faham... Abang bagi sayang masa seberapa banyak pun.. Abang sanggup tunggu sayang... Sayang.. Boleh abang tanya sesuatu?"
"Apa ya ?"
"Sayang tak tahu apa yang jadi ye tadi?"
Zinnirah Rasyiqah hanya menggelengkan kepalanya itu.
"Betul ke sayang tidak tahu?"
Anggukkan dan muka yang tulus membuatkan Ashram sedar sebenarnya Zinnirah Rasyiqah tidak sedar dari tidurnya.
"Sayang.. Tadi sayang mimpi apa ye? Boleh tak kongsi dengan abang?"
Zinnirah Rasyiqah teragak untuk menceritakan kerana ini melibatkan Hadi. Zinnirah Rasyiqah risau Ashram akan cemburu.
"Tak apa la kalau sayang masih belum sedia untuk menceritakan.... Tapi abang nak inform je yang tadi sayang nyaris nak sakiti abang..."
Ashram bangun menuju ke pintu. Tangannya di tarik Zinnirah Rasyiqah.
"Baikla... Saya cerita apa yang saya mimpi... Tapi abang jangan cemburu... Boleh?"
Ashram senyum dan menangguk. Dia tahu yang isterinya fobia sehingga ke mimpi. Untuk apa dia cemburu.
" Saya mimpikan Hadi..."
Ashram hanya senyum. Sudah di duga. Tiada orang lain yang muncul dalam mimpi isterinya itu.
"Dia lakukan lagi apa yang dia pernah lakukan dahulu... Masa kita bercuti dahulu... Saya takut... " Muka Zinnirah Rasyiqah pucat. Dia semenangnya kelihatan sungguh takut. Tangannya menggigil. Sama seperti kejadian sebenar. Cuma pada ketika ini Zinnirah Rasyiqah kelihatan sedikit kuat.
"Abang... Saya takut dia muncul lagi... Saya takut..." Zinnirah Rasyiqah meluahkan rasa.
"Sayang... Siap.. Kemas barang.."
Zinnirah Rasyiqah terpingga.
"Kita nak ke mana?"
"Kemas sahaja... Bawa baju lebih sedikit... Nanti sayang tahu juga..."
Zinnirah Rasyiqah akur. Tidak membantah.
Pintu bilik diketuk.
"Ash... Rasy... dah siap? Cepat... Nanti flight terlepas..."
"Sekejap ye ayah... Rasy tengah packing barang dia..." Ashram menyahut.
"Flight? " Zinnirah Rasyiqah membulatkan mata pada Ashram.
"Kemas dulu barang... Sekarang tiada masa untuk menjelaskan apa-apa... Sayang kemas baju... Jangan ada yang tertinggal..."
Zinnirah Rasyiqah hanya menuruti.
Zinnirah Rasyiqah masih tidak puas hati dengan apa yang terjadi. Dia tidak tahu ke mana suaminya itu mahu membawanya.
"Ayah... Sebenarnya Abang Ashram nak ke mana?" Zinnirah Rasyiqah memulakan topik setelah kereta senyap sunyi.
"Ayah tidak tahu sayang... Ash tidak cakap apa-apa.."
Jawapan En Basir tidak membantu Zinnirah Rasyiqah menjawab soalan. Ashram pula sedari tadi hanya membisu. Bagasi yang di bawa oleh Ashram juga menjadi tanda tanya.
Ashram seorang guru. Sekarang bukan musim cuti sekolah. Zinnirah Rasyiqah semakin pelik dengan perangai suaminya itu. Kebiasaannya jika suaminya pergi berkursus atau mesyuarat di mana-mana dia akan maklumkan kepada Zinnirah Rasyiqah. Tidak pernah dia membawa Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah hanya di tinggalkan di rumah En Basir.
Terasa jauh perjalanannya dari rumah ke Lapangan Terbang apabila keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Masing- masing tidak mahu bersuara kerana takut akan membocorkan rahsia Ashram. Mereka tidak mahu rancangan Ashram separuh jalan. Ini untuk kebaikan Zinnirah Rasyiqah.
YOU ARE READING
Lelaki terakhir
Romance"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you..." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. "Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni...