Bab 28

293 12 3
                                    

"Sayang... Bangun sayang... Kita dah sampai... " Badan Zinnirah Rasyiqah di goncang lembut. En Basir dari tadi hanya memerhati.

"Kita kat mana ni? " Zinnirah Rasyiqah memisat matanya.

"Jom... Kita check in dulu... Nanti abang terangkan dekat sayang..." Zinnirah Rasyiqah membetulkan tudung di kepalanya. Wajah En Basir di pandang dengan penuh persoalan.

"Ayah... "

"Rasy.. Rasy ikut Ash dulu ye.. Nanti Ash akan cerita dekat Rasy ye... " En Basir memujuk Zinnirah Rasyiqah. En Basir bergerak meninggalkan mereka berdua.

Zinnirah Rasyiqah hanya menurut. Membontoti suaminya itu. Mencari tempat untuk duduk. Selesai 'check in' Ashram terus duduk di sebelah isterinya itu. Isterinya seakan bingung. Mukanya berkerut-kerut. Zinnirah Rasyiqah kelihatan seperti masih tidak dapat menghadam apa yang berlaku. Otaknya tidak mahu berhenti berfikir.

"Sayang... Kenapa ni?" Suara Ashram membuatkan Zinnirah Rasyiqah seakan terkejut.

"Kita sebenarnya nak ke mana? "

"Kita akan berhijrah sayang... Kita akan berada di luar negara sementara waktu..."

"Buat apa nak berhijrah? Kita nak ke mana?" Zinnirah Rasyiqah masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya itu.

"Kita akan ke Turkey... Abang dapat peluang melanjutkan pelajaran di sana..."

Zinnirah Rasyiqah terdiam. Masih lagi tidak dapat menghadam apa yang berlaku. Kepalanya tidak dapat berfikir.

"Bila masa abang mohon? Bila abang dapat tawaran ni? Kenapa saya tak tahu? Semua tahu ke?" Zinnirah Rasyiqah masih kebingungan.

Ashram hanya senyum melihat telatah isteri kesayangannya itu kemudian menangguk.

"Sayang... Semua dah lama tahu... Masa abang mohon lagi.... Abang cuma tidak bagitahu sayang sahaja... Dah 2 minggu abang dapat tawaran ni... Masa tu abang masih berkira-kira untuk pergi... Sebab abang tak mahu tinggalkan isteri abang ni..." Ashram mencuit lembut hidung isterinya itu sebelum meneruskan ayatnya.

"Tapi bila abang tengok keadaan sayang macam ni... Abang beranggapan yang sayang abang perlu di bawa sekali. Dan abang dah pun tanya dengan abah, mama, ayah, ibu dan Qistina, mereka semua dah tahu dan mereka beranggapan yang sayang perlu ikut abang... Sekurang-kurangnya sayang dapat lupakan apa yang berlaku dekat sini..."

Zinnirah Rasyiqah seperti memikirkan sesuatu.

"Berapa lama?"

Ashram dapat mengagak soalan ini akan keluar daripada mulut Zinnirah Rasyiqah.

"6 bulan... Selepas tu abang akan habiskan pelajaran abang di Malaysia... Kita balik sini ye sayang..."

"Tapi mana saya bawa baju banyak..."

Ashram hanya menggeleng. Walhal die sudah pun mengemas baju Zinnirah Rasyiqah selebihnya.

"Semua dah ada.. abang dah siap kemaskan awal-awal... Sayang jangan risau..."

"Kalau macam tu kenapa abang minta saya kemas lagi baju? Patutlah baju saya macam banyak yang hilang... Almari kosong je..."

"Saja... Sebab tu namanya kejutan... Suprise... Terkejut kan?"
Jelas Ashram sambil membuat gaya kejutan.

"Abang memang saja ye nak kenakan saya? Tapi bila masa abang beli flight ticket? Kan kena ada nombor passport?  Mana pula abang dapat no tu?" Zinnirah Rasyiqah hanya tersenyum. Bergetar jantung Ashram. Senyuman itulah yang dia dambakan selama ini.

"Dah tentu, sayangkan isteri abang... Mestilah abang cari..."

"Abis visa?"

"Settle... Ini Ashram la... Dah la.. Jangan fikir lagi... Yang penting kita sentiasa bersama... Abang tak sanggup kehilangan sayang... Sayanglah nyawa abang..."  Zinnirah Rasyiqah hanya tersenyum. Tidak sangka suaminya itu sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Hatinya masih belum dapat menerima Ashram. Semua ini terlalu mendadak. Dia masih perlukan masa. Apa yang berlaku masih tidak dapat di hadam satu persatu.

***

"What a pleasent suprise... Tak sangka Nira pun ada di sini..." Senyuman Hadi sampai ke pipi. Zinnirah Rasyiqah kini berada di hadapannya.

Zinnirah Rasyiqah tersentak dan serta merta memeluk lengan Ashram sebaik mendengar suara Hadi.

"Hai.. Nira... Sayang Hadi... Tak sangka Nira ada kat sini juga... Nira nak pergi mana? Ini menunjukkan yang kita masih mempunyai jodoh...." Setiap patah yang diungkapkan oleh Hadi di biarkan sepi berlalu mengikut angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Hadi bengang. Tiada respon daripada Zinnirah Rasyiqah. Zinnirah Rasyiqah masih beku memeluk lengan suaminya. Takut. Ashram pula mendiamkan diri dan hanya menjadi pemerhati sedari tadi.

"Nira... Kenapa ni? Kenapa Nira duduk dekat belakang die? Kenapa takut dengan Hadi... Hadi tahu Nira masih sayang kan Hadi..." Kata-kata itu di tekan. Hadi menarik tangan Zinnirah Rasyiqah. Dengan pantas Ashram menarik semula.

"Hadi... Dah la... Kau jangan ganggu Zinnirah lagi... Kau dah tak ada hak dekat dia lagi... Dia dah sah pun jadi isteri aku... Isteri aku yang sah...." Tegas Ashram.

Zinnirah Rasyiqah ketakutan. Badannya menggigil. Mulutnya di dekatkan ke telinga Ashram.

"Abang... Saya takut... Saya takut..."
Tangannya menggengam erat lengan Ashram. Zinnirah Rasyiqah bersembunyi di balik tubuh Ashram.

"Sayang... Jangan takut... Selagi abang hidup selagi tu abang akan jaga sayang...." Bisik Ashram.

"Apa yang korang bisik kan..." Hadi geram. Hadi menarik tangan Zinnirah Rasyiqah. Berbekalkan tenaga dan kekuatan yang diberikan oleh Ashram, Zinnirah Rasyiqah cuba untuk melepaskan tangannya dari tangan Hadi. Dia bersuara.

"Hadi... Kau pergilah.. Kau masa lalu aku... Suami aku masa depan aku... Aku dah tak ada hati lagi dengan kau... Kau jangan lupa Hadi... Kau yang tinggalkan aku... Bukan aku yang tinggalkan kau..."

"Nira.. Hadi tak kan pergi.... Hadi sayangkan Nira... Hanya Nira sahaja terpahat di hati ini...." Hadi masih tidak mahu kalah.

"Dah lah Hadi... Hati ini dah tiada nama kau... Nama kau padam sejak kau tinggalkan aku masa majlis perkahwinan kita... Pergilah... Aku merayu.. Jangan kacau hidup aku lagi... Bagilah aku hidup aman..." Zinnirah Rasyiqah seakan nak melutut kepada Hadi tapi di tahan Ashram.

"Nira... Kenapa Nira masih tak boleh terima Hadi? Kenapa Hadi tengok yang Nira boleh menerima lelaki ni? Lelaki yang datang tah dari mana-mana? Asal usulnya pun mana la kita tahu..." Kata Hadi sambil melihat Ashram atas bawah. Hadi tidak puas hati. Zinnirah Rasyiqah berang.

"Dia adalah suami aku.. And for your information.. Dia juga adalah lelaki terakhir dalam hidup aku.."

"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi.

"You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you... Dahla Hadi.. Tak payah ber I.. You..  Meluatlah aku.." Zinnirah Rasyiqah menjawab dengan tenang. Hadi berang.

"Abang ke lelaki terakhir Rasy? Rasy confirm ke ni? Atau Rasy sengaja nak sakitkan hati exfiance Rasy tu?" Ashram mencelah. Macam tidak percaya yang Zinnirah Rasyiqah berkata begitu. Hatinya berbunga-bunga.

"Ya.. Ayah lelaki pertama manakala abang lelaki terakhir.... Lelaki yang menyayangi Rasy setulus hati dan jiwa... Lelaki yang menjaga Rasy dengan baik sepertimana ayah menjaga Rasy... " Jelas Zinnirah Rasyiqah sambil tangannya melingkari tubuh suaminya itu.

"Hey... Zinnirah Rasyiqah... Kau jangan cabar aku... Aku akan balas dendam dengan apa yang telah kau buat... Aku akan menuntut bela..." Terang Hadi dan berlalu meninggalkan mereka berdua.

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now