Hai.
Nama aku Fifilina Az-zahra binti Fakhrul.
Dan yeah. Umi kata dia ambil namaku dari nama anak Rasulullah S.A.W iaitu Fatimah Az-zahra. Tapi aku punya versi moden sikit.
Aku anak sulung dan ada seorang adik perempuan bernama, Khadijah Aishah.
Umiku seorang kerani dan abiku seorang kontraktor.
So.. kami tidak adalah kaya sangat. Tapi tak pernah pula aku tak cukup makan kecuali ketika aku berdiet atau tidak selera.
Aku dari awal masuk ke tadika sudah didedahkan dengan pelbagai perkara yang akan aku belajar semasa darjah 1.
Sebenarnya semasa itu aku tidak adalah tertekan sangat. Tapi bila aku sedari semua itu semula, baru sedar aku dulu dah stress dengan pelajaran.
Semasa di sekolah menengah, aku tidak masuk ke mana-mana asrama dan hanya bersekolah harian di sekolah menengah berhampiran.
Aku bukan tak nak cerita kisah aku semasa sekolah menengah. Aku sebenarnya pernah cuba untuk menulis kisah tentang itu, tetapi aku baru sedar yang kisahnya lebih panjang dan complicated.
Lebih baik aku fokus pada kisah aku sudah besar. Sudah habis SPM dan memasuki universiti pilihanku yang tidak keluar dari negeri tempatku lahir, Johor.
Umur aku sekarang 24 tahun.
Aku lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Aku ambil ijazah sarjana muda dalam faculty of built environment.
Baru tahun lepas waktu aku bergelar student tamat.
Yeah.. cita-citaku untuk menjadi arkitek sejak umur 14 tahun lagi.
Sebenarnya aku nak jadi doktor. Tapi dalam bidang psikologi.
Cuba teka.
Semestinya umi aku menentang kuat.
Takut betul anak sulungnya jadi doktor di hospital mental. Yang lebih ditakutkannya ialah, dia takut aku pula yang mental melayan kerenah pesakit-pesakitku.
Malas aku ingin berbahas lagi. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk mengubah cita-citaku.
Aku berhenti sampai sini.
Cukuplah maklumat peribadiku tersebar walaupun dengan niat sendiri.
Sekarang tibalah masa aku terangkan mengenai kisah ini pula.
Adrenaline.
First yang aku nak korang tahu, itu bukan nama anak aku atau bakal arwah maduku. Ia bukan nama orang.
Adrenaline adalah bahan yang dilepaskan dalam badan seseorang yang mengalami emosi yang kuat seperti keterujaan, ketakutan atau kemarahan. Ia akan menyebabkan jantung berdegup lebih laju.
Mana aku tahu? Kalau korang google, aku rasa sebijik ayat dia aku ambil.
Apa yang aku nak sampaikan, semua elemen itu akan aku campur adukkan dalam cerita ini.
Selepas itu.
Terang-terang tertulis cerita ini bergenre romance.
Macam dah boleh terbayang apa dalam fikiran, kan?
Romance? Cinta?
Mesti terlintas kisah ini sama sahaja dengan kisah romantik yang lain.
Dari benci jadi suka. Yang suka bertambah suka.
Atau kes kena kahwin paksa. Selepas itu, masing-masing berpura bahagia. Nanti datanglah beberapa masalah yang membuatkan masing-masing sedar yang mereka memerlukan antara satu sama lain.
Atau paling tak pun. Kalau bergenre romantik, mesti ada cinta segi tiga, kan? Yang pengakhirannya salah satu mengambil keputusan untuk mengalah. Tetapi yang mengalah itulah yang disukai oleh yang direbut.
Klise.
Tapi aku tak boleh cakap yang cerita aku tak ada semua elemen tu.
Untuk pengetahuan semua, segala benda mengarut yang aku sebut tadi semuanya memang terjadi in real life.
Macam mana aku tahu?Semua itu pernah terjadi padaku. Dan ia tersangatlah tidak seronok.
Nak lebih spesifik lagi.
Kisah ini akan menceritakan macam mana aku mengenali seorang lelaki yang sudah selamat dinikahiku 3 bulan lepas.
Terima kasihlah pada yang mengucapkan selamat pengantin baru tu.
Walaupun aku rasa, tak ada pun, kan? Perasaan je aku ni.
Okey, nama lelaki bertuah itu ialah..
Lelaki? Aku betulkan balik.
Takut dia baca cerita ni, tak pasal-pasal dia humban aku dalam kandang singa. Pantang dia, aku samakan dia dengan mana-mana lelaki. Dia sesuatu yang spesifik yang memang menggambarkan dia. Mengada-ngada betul.
My beloved husband's name is..
Harith Anaqi.
Boleh terbayang tak macam mana orangnya dari nama?
Aku boleh cakap yang dia bukanlah seperti Hilman Ukasyah, Dheo Han, King Haidar dan Adrian Haris jauh sekali. Suami aku bukan mafia.
Walaupun dia dengan mafia tu macam berkawan sahaja.
Harith Anaqi hanyalah seperti keempat-empat personaliti watak tersebut digabungkan.
Nampak sangat aku tak nak kalah.
Tak adalah.
Harith ni, so-so je. Not too good and not too bad.
P/s: ayat terakhir ditulis kerana takut dia lempar aku ke Lautan Pasifik.
Mungkin korang macam, "Kalau not too bad, kenapa aku macam takut sangat dengannya?"
Like you know, keempat-empat watak yang telah aku sebut tadi, semuanya agak menyeramkan, bukan?
Harith Anaqi ni pun, boleh tahan berbahaya juga.
Jika ingin merasa roh direntap dari jasad setiap jelingannya bertembung dengan mata, cubalah cari pasal dengannya. Sudah banyak kali aku merasa. Untung tidak masuk underground.
Kalau korang baca cerita ni sampai ending, mesti korang akan tahu kenapa.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...