Jadi, hari ni aku pergi kerja sendiri.
Walau Harith pada mulanya macam nak bunuh aku je kerana aku tak benarkan dia hantar aku, tapi dengan kehebatan aku memberi alasan, akhirnya dia akur sahaja.
Apa sahaja dia boleh buat kalau aku sudah berkeras? Jika aku cakap tak mahu, maka aku tak mahu. Ugutlah aku macam mana pun.
Sebaik sampai sahaja pejabat, aku terus diarahkan untuk bertemu dengan Puan Salina.
Apabila pintu pejabat Puan Salina dibuka, terus wajahnya dan juga Puan Farisyah menjadi santapan rentinaku.
“Zahra! Duduklah sini” arah Puan Salina.
Aku hanya akur. Terus aku melabuhkan punggung di sebelah Puan Farisyah dan di hadapan Puan Salina.
“Jadi, kenapa puan panggil kami berdua?” soal Puan Farisyah.
Eh, geli pula aku letak panggilan “puan” pada Si Farisyah ni. Kalau “cik” okey lagi tau. Tapi, dia dah berkahwin. Perut pun dah membuyot ke depan. Alaa.. Rembat jelah.
Faham-fahamlah kalau aku masih guna panggilan “cik” walaupun dia sudah berkahwin.
“Kamu berdua akan menjadi partner for this project” balas Pn. Salina lalu meletakkan beberapa helaian kertas di hadapan kami.
Wait. Berpartner dengan Cik Farisyah? Wanita ni dah lah macam ada dendam dengan aku. Ni nak bekerja bersama? Kirim salam sahajalah.
“Baik, puan. Bila tarikh akhir untuk projek ni?” soal Cik Farisyah.
Uuuu.. professional sangat.
“3 minggu dari sekarang. Sebelum kamu berdua hantar projek ni, saya nak kamu berdua buat presentation dahulu. Get it?” soal Puan Salina.
“Alright, puan. Kami akan cuba yang terbaik” balas Cik Farisyah.
Selepas memastikan tiada apa-apa yang ingin dikatakan lagi, kami dibenarkan untuk beredar. Aku dan Cik Farisyah pun jalan beriringan keluar dari pejabat ini.
“For now, I want you to list the important information first. Then, you can give me” arah Cik Farisyah.
“Alright”
Dengan itu, bermulalah episode terlebih stress aku.
Bukan apa. Dapat projek-projek berpartner ni normal. Kena selesaikan dan berbincang bersama. Ada masanya seronok dan jadi lebih mudah berbanding dapat kerja kena siapkan sendiri.
Yang mentalnya apabila aku dapat Cik Farisyah sebagai partner aku yang ingat dia seorang sahaja mengandung di dunia ni.
1 hingga 3 hari selepas dapat projek tu, memang Cik Farisyah kelihatan kurang buat kerja memandangkan dia lebih mengarahku lakukan semuanya.
Dari tengok kawasan pembinaan dan rancangkan plan awal. Tu, biasalah kalau aku yang dikatakan sebagai pekerja baru nak up ni lakukan.
Tapi, kalau dah sampai 2 minggu ni, akulah yang bertemu dengan customer, akulah yang kena tengok harga barang, akulah yang kena siapkan plan akhir, tak ke nampak sangat aku yang berfunction di sini?
Nak tahu, apa alasan dia kerana memberi aku segala bebanan ni?
Dia akan jawab, “kau kena faham. Aku ni mengandung. Tak boleh buat kerja berat-berat. Tak boleh terlalu stress.” Atau lebih kurang seperti itu.
Tu yang aku cakap. Dia ingat dia seorang sahaja manusia yang mengandung di muka bumi ni? Wanita mengandung yang lain tak ada pula cerewet macam dia. Mungkin ada. Yang sama spesis dengan dialah.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...