Bab 23

96 15 0
                                    

Aku tidak tahu sekarang pukul berapa. Tapi, apa yang aku pasti aku rasa berat sangat. Rasa seram sejuk. Badan aku juga terasa bisa-bisa. Terasa lemah sangat ketika ini.

“Fifi” panggil seseorang.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Terus aku dapat lihat wajah Harith yang sudah bangun dari lenanya dan sekarang di duduk di sisiku.

“Kenapa kau berpeluh ni?” soal Harith yang sudah kelihatan cemas.

Tangannya segera di bawah ke wajahku.

“Fifi. Kau demamlah” kata Harith lalu terus turun dari katil.

Aku demam? Kenapa pada hari ini? Macam sudah tiada hari lain sahaja.

Tiba-tiba comforter yang menyelubungi tubuhku ditarik.

Aku gagahi diri untuk duduk dari pembaringan lalu bersandar di kepala katil.

Sekali lagi, Harith menyentuh dahiku berkali-kali. Mungkin ingin memastikan dia tidak salah.

“Macam mana tiba-tiba kau boleh demam?” soalnya.

Aku juga turut menyentuh dahiku. Panas. Namun tidak terlalu panas.

Harith sudah mula menggerakkan tangannya ke seluruh wajah serta bahagian kulitku yang lain. Dia betul-betul nak pastikan aku demam rasanya.

Harith mengeluh panjang sambil menggeleng kepala. Wajahnya sudah menunjukkan garis kerisauan yang sangat terserlah. Aku pula rasa serba salah ketika ini.

“Harith. Saya.. minta maaf kerana demam” ucapku yang sudah menunduk kepala. Serius aku cakap aku serba salah sangat kerana menyusahkan Harith.

Harith sekali lagi mengeluh lalu menolak daguku supaya mendongak menghadap wajahnya. Dia memandangku sayu.

“Don’t say that, pretty. Salah aku kerana tidak jaga kau dengan baik sehingga kau demam” katanya lembut.

“Tak. Bukan..”

“Diam” cantas Harith.

Mulutku kembali terkatup rapat.

“Bila aku dah cakap tu, kau tinggal terima sahaja. Jangan nak nafikan apa-apa” tekan Harith.

Aku menelan air liur mendengar kata-katanya.

“B-baiklah” balasku yang sudah menunduk kepala.

Ya Allah. Sampai tergagap aku kali ni. Takut sangat agaknya.

Tanpa berkata apa-apa, Harith sudah mula membuka laci di rak sebelah katil. Di situ, aku sudah kumpulkan segala peranti perubatan yang biasa ada di dalam rumah.

Thermometer gun segera diambil oleh Harith lalu dihalakan ke arah dahiku.

“38 darjah celsius. Alhamdulillah, tak terlalu panas” kata Harith yang sudah menghela nafas lega.

Aku juga turut berasa lega. Kalau lebih tinggi suhu, lebih tinggilah kerisauan Harith.

“Selain suhu kau agak tinggi, kau ada penyakit lain tak?” soal Harith.

Kepala aku rasa agak berat, tapi macam tidak terlalu pening. Resdung aku juga sudah sembuh dan aku tidak terkena selesema. Batuk pun tiada setakat ini.

“Badan saya bisa-bisa dan tekak saya juga rasa perit sedikit” balasku.

Itu sahajalah yang aku alami sekarang. Dan aku harap, tidak memberi apa-apa effect negatif kepada baby dalam kandungan aku ini. Aamin..

“Nampaknya tak teruk sangat. Tapi sekarang, kita perlu turunkan suhu kau dahulu. Kalau biarkan, takut penyakit lain yang datang” kata Harith.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now