Bab 31

148 17 1
                                    

Kami sudah menuju ke eskalator lalu terus menuruni tangga bergerak ini dalam keadan tergesa-gesa. Habis semua orang yang berada di hadapan kami menjadi masa penolakkan Qaisy ke sisi. Nasib masih lembut.

"Why? Kenapa awak nak bawa saya lari?" soalku yang masih hauskan jawapan.

"Saya akan terangkan nanti. Yang penting sekarang awak kena selamat" balas Qaisy yang kedengaran sangat serius.

Aku terdiam. Aku dalam bahaya ke sekarang? Kami berlari dari siapa?

Tetapi, kalau nak bercakap banyak-banyak ketika ini pun macam tak berapa mampu. Semput tahu tak.

Masalahnya, aku tidak tahu niat Si Qaisy ni. Aku takut dia tarik aku masuk perangkap sahaja nanti. Susah nak percaya seseorang yang datang dan pergi seperti angin.

Akhirnya aku diamkan mulut sahaja. Mungkin aku patut fokus pada masa kini dan bukan nanti.

Orang di sekeliling kami yang melihat kami tergesa-gesa hanya mampu aku endahkan. Walau sebenarnya aku masih takut jika aku membuat pilihan yang salah. Namun, aku pasti Qaisy tak akan lakukan semua itu. Betul tak? Dia bukan orang jahat, kan?

Sampai sahaja aras bawah sekali, aku melihat Qaisy seperti dalam mood berhati-hati. Terus kelihatan dia lebih berjaga-jaga. Langkah diperlahankan walau masih kelihatan tergesa-gesa.

Tiba-tiba Qaisy membuka topi yang dipakainya lalu dia letak di atas kepalaku. Wajahku di bahagian atas tertutup tidak kelihatan.

"Jangan bagi sesiapa nampak awak" arah Qaisy yang kelihatan melilau matanya melihat sekeliling.

Kenapa?

Nak tanya banyak, tapi melihat keadaan seperti sekarang, aku ikutkan sahaja. Dari apa yang aku perasan, kami sekarang menuju ke arah pintu keluar pekerja yang sedikit tersorok.

Pintu itu dibuka, lalu perlahan-lahan Qaisy menarik aku mengikutinya keluar dari sini.

Pada ketika ini, selain mengharapkan Harith ada di sini, aku juga risaukan adik aku. Aku harap dia selamat sahaja. Janganlah kata dia cari aku.

Apabila kami sudah berada di luar, perkara pertama yang kami nampak ialah sekumpulan lelaki yang kelihatan sudah menunggu kehadiran kami di situ. Mereka memandang tepat ke arah kami dengan wajah bengisnya.

"Itu perempuannya!" jerit salah seorang dari mereka.

Qaisy dengan pantas menarik aku masuk semula ke dalam mall ini lalu dia menarik aku berlari jauh dari sini.

"Itu ke orang yang kita sedang jauhi?" soalku yang sudah semput kerana asyik berlari sahaja.

Aku harap sangat baby tiada apa-apa ketika ini. Aku percaya dia boleh bertahan ketika ini. Walau perut aku sakit sahaja memandangkan usia kandungan sudah menginjak 8 bulan, tapi aku cuba untuk bertahan.

"Yeah" balas Qaisy.

Kelihatan kami sedang berlari ke bahagian parking bawah tanah.

Bang!

Aku tersentak apabila mendengan tembakan dilepaskan. Nasib tidak kejung tiba-tiba sahaja.

Menjerit orang-orang di dalam mall ini.

Bang! Bang!

Semua orang mula berlari bertempiaran. Ada yang seperti kejung dan ada yang mula menangis.

Astaghfirullah. Bagaimanalah keadaan adik aku ketika ini? Ya Allah, lindungilah adikku dan keluarganya. Aku tidak mahu apa-apa berlaku kepada mereka.

Aku dan Qaisy sudah turun ke tempat parking bawah tanah. Qaisy dengan pantas menarik aku ke sesuatu arah. Mungkin ke arah keretanya.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now