Bab 8

183 19 4
                                    

3 minggu berlalu lagi. Yang maknanya, sudah 2 bulan aku tidak menghadap dewan kuliah.

Terasa seperti masa lambat betul berlalu.

Masih ada baki 3 bulan sebelum cuti semesta nak habis.

Kalau korang tanya aku macam mana dengan kerja? Aku tak boleh nak komen apa-apa.

Kerja sebagai tea lady ni, bukanlah gempak sangat. Lagipun, aku bukan seperti Nur Nadia yang bekerja sebagai tea lady di syarikat crushnya yang sudah berjanji untuk menjadi penjaga sah.

Aku hidup di dunia realiti yang tiada sesiapa seperti Adrian Haris untuk menjadi CEO di syarikat aku bekerja.

Lagipun, watak dia tu strict lah. Tak nak saya kerja dengan dia.

Nak cari jodoh yang sama syarikat pun tak jumpa.

Semua yang material sudah berpunya. Dan kebanyakkan pekerja lelaki pun memang sudah berpunya.

Hanya tinggal pekerja wanita sahaja yang masih single. Lepastu, setiap kali datang bulan mulalah hormonnya minta kaki aku naik muka mereka.

Lupakan sahajalah. Lagipun selepas ini, muka-muka mereka juga akan aku hadap.

Menyampah.

Aku yang baru sahaja sampai di tingkat paling atas segera menuju ke arah pantri.

"Zahra!"

Langkahku terbantut lalu aku segera menoleh ke arah si pemanggil.

"Uncle.. Maksud saya.. Encik Farhan. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soalku sebaik melihat Uncle Farhan berada di hadapanku.

Dia kawan abiku. Jadi biarlah aku nak panggil apa, kan? Lagipun dia tak kisah.

"Panggil je uncle. Apa-apapun, Zahra baru sampai ke?" soal Uncle Farhan.

"Yeah"

"Apa kata Zahra tolong buatkan uncle air kopi. Lepastu hantar di pejabat uncle" pinta Uncle Farhan penuh sopan.

"Baiklah. Zahra buat sekarang" balasku lalu segera menuju ke pantri.

Sebaik air kopi yang dipesan sudah selesai dibuat, aku pun berjalan menuju ke arah pejabat Uncle Farhan.

Pintu diketuk sebanyak 3 kali sebelum akhirnya aku membolos masuk ke dalam.

Aku dapat melihat Uncle Farhan sedang meneliti sesuatu di dalam komputernya.

Aku segera meletakkan mag yang dipenuhi air kopi di atas mejanya.

"Terima kasih, Zahra" ucapnya sambil tersenyum lembut.

Aku hanya tersenyum membalas ucapannya.

"Zahra duduklah dulu. Uncle sebenarnya nak minta tolong sesuatu kepada Zahra" kata Uncle Farhan lalu menghirup air kopi yang aku buat.

"Uncle Han nak minta apa?" soalku sambil melabuhkan punggung di hadapannya.

"Okey macam ni.."

Tumpuan Uncle Farhan sudah padaku.

"Sebenarnya, ada seorang arkitek syarika tiba-tiba perlu ambil cuti bersalin awal 3 bulan. Pekerja yang sepatutnya ganti tempat dia, akan masuk lagi 3 bulan. Tak dapat nak mula kerja sekarang"

"Okey.. Jadi, ada apa-apa Zahra boleh bantu?" soalku.

"Uncle minta tolong sangat-sangat. Boleh tak Zahra ambil alih kerja dia untuk 3 bulan ni? Lagipun, Zahra dah tahu basic. Nanti uncle akan tolong Zahra sikit-sikit"

Aku terdiam.

Aku? Bekerja sebagai arkitek untuk 3 bulan akan datang? Aku takut sahaja tak dapat nak buat kerjanya. Aku belajar pun belum habis.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now