“Awak” panggilku yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah Harith.
Macam yang dia katakan, memang kami tak bersanding dan terus pergi honeymoon.
Kepala hotak dialah. Aku ni punyalah dah mengerahkan segala keringat nak siapkan majlis tu, dia boleh cancel macam tu sahaja. Memang kena bebel dengan umi lah jawabnya.
Hari ni baru masuk hari kedua kami di Annie’s Honeymoon Suite. Dan jadual kami bebas. Kalau nak keluar, kita keluar. Kalau nak terperuk dalam bilik, terperuk lah.
“Apa dia?” soal Harith yang tumpuannya sudah ke arahku seratus peratus.
Aku sudah duduk bersila menghadapnya.
“Saya nak jadi inspektor malam ni? Awak pula jadi penjenayah” kataku yang bernada manja.
Harith sudah naik kening.
“Kau nak main kejar-kejar ke malam-malam buta ni?”
“Bukanlah. Saya nak soal siasat awak”
Harith sudah tersenyum senget.
“Plus, saya nak balas dendam. Macam mana awak layan saya semasa soal siasat saya sebelum ni, saya akan layan awak macam tu” sambungku.
“Kau nak jadi macam aku? Okey, let’s see”
Aku berdehem dahulu. Sedang mengubah mood pengantin baru kepada inspektor psiko.
“Duduk bersila macam saya ni. Menghadap depan” arahku.
“Apa kau boleh buat kalau aku tak nak?” soal Harith yang bernada sinis.
“Saya cakap duduk bersila macam saya? Awak pekak ke?!” soalku yang sudah sedikit menaik suara.
Allahuakhbar. Baru malam kedua menjadi isteri orang sudah berani naik suara dengan suami. Nusyuz betul. Dengan inpektor psiko ni pula.
“Wow. Kasarnya” kata Harith.
Aku sudah merenung iris hitam Harith tajam. Ingat aku tak pandai jadi psiko?
“Saya bagi awak dua pilihan sahaja. Dengar cakap saya atau say goodbye for makanan yang lagi 25 minit akan sampai ni”
Harith tertawa kecil.
“Good try, pretty but makanan tu semuanya kau punya. Aku mana ada order apa-apa”
Aku menepuk dahi sendiri lalu mengeluh panjang. Spoil betul lah. Nak ugut apa kalau macam ni gayanya.
“Ish. Susahlah nak soal siasat penjenayah macam awak ni. Kerja nak menang sahaja. Tak mau lah jadi inspektor lagi. Saya nak hantar surat letak jawatan” kataku yang sudah pasrah dengan kehidupan.
Sekali lagi Harith tertawa kecil.
Untuk 2 hari aku bersama Harith, jujur aku cakap yang dia asyik ketawa sahaja melayan karenah aku yang tak nak matang ni. Nampak bahagia sangat. Aku bersyukur. Kira berjayalah jadi isteri untuk seorang yang tegas seperti Harith Anaqi ni.
Tanpa berkata apa-apa, Harith sudah menaikkan kakinya ke atas sofa lalu bersila menghadap depan.
“Dah. Aku dah jadi penjenayah yang patuh sikit”
Aku tertawa kecil seraya berdiri tegak. Tanpa amaran, terus aku melabuhkan punggungku di atas kaki Harith.
Aku kan. Sebelum kahwin punyalah malu-malu kerbau. Sekarang berani nauzubilah. Ingat tak macam masuk gua harimau ke bila duduk atas Harith ni. Tawakal sahajalah.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...