Bergitulah kisahnya bagaimana aku bertemu dengan suami aku sekarang.
Alhamdulillah, sepanjang 5 bulan berumah tangga, aku masih hidup. Masih sihat dan tidak ada lagi sampai masuk wad. Aku bersyukur sangat-sangat.
Jadi, sepanjang aku sudah tinggal sebumbung dengannya, rupanya banyak lagi yang aku tidak tahu tentang Harith Anaqi ni.
Dari perangai anehnya yang aku rasa tidak selamat nak berkongsi di sini, sehinggalah mengenai ibu bapa kandungnya dan bagaimana dia boleh kehilangan kedua-duanya. Tragis sangat.
Sebenarnya, aku tulis kisah ini kerana aku rindukan suami aku ni. Sudah 2 bulan dia tidak pulang ke rumah. Seperti kata ibu sebelum ni, "ada kes, sibuklah dia."
Rindu dengan cara dia bercakap. Dengan cara dia berjalan. Rindu nak usik dia. Dengar ugutan dia. Bergaduh dengan dia. Semua benda aku rindu. Aku macam dah obsess dengan suami sendiri pun ada.
Lagi-lagi apabila kawan aku yang lain yang sudah berubah tangga, masing-masing berkongsi masa indah bersama pasangan masing-masing.
Aryan dengan isterinya pun sudah terlebih bahagia sehingga Prof. Laila pun sudah mempunyai roh di dalam rahimnya bulan lepas.
Katanya, Nabila bakal menimang cahaya mata sulung bulan depan. Nadhirah sudah berpindah ke Melaka mengikut suami tercinta. Airis pula masih dalam mood honeymoon dia tu.
Itulah. Sebelum kahwin broken kerana single. Sudah kahwin, terlebih broken kerana kena tinggal.
Tiba-tiba kedengaran lagu, "Daydreamin" mendominasi ruangan ini.
Aku dengan malas mengambil telefonku yang berada jauh di atas sofa.
Malas, tetapi bosan. Ambil sahajalah. Kot-kot ada berita kawan aku yang lain nak kahwin juga ke. Atau Nadhirah sudah mengandung ke. Hilanglah broken sedikit.
Adrenalineku menyentak kuat apabila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin.
Memang terus hilang rasa brokenku.
"My Beloved Husband"
Memang rasa nak berlari satu kejiranan sahaja apabila suami sendiri call.
Tanpa membuang masa, terus aku angkat panggilan.
"Assalammualaikum, awak" sapaku dulu.
"Waalaikumsalam"
"Kenapa call ni? Awak dah nak balik ke?" soalku penuh teruja.
Actually, sama seperti sebelum kahwin, Harith memang jenis jarang tengok telefon. Tapi, mungkin berbezalah sikit. Selepas kahwin ni, dia lebih banyak call aku. Semata-mata nak tanya, "ikan aku dah bagi makan belum." Bukan nak tanya isteri dia ni baik ke tak. Cukup makan ke tak. Menyampah.
"Hmm"
"Betul ke ni? Kenapa tak cakap awal-awal? Boleh saya masak apa-apa untuk awak. Awak kat mana? Lama lagi nak sampai?"
Teruja betul aku ketika ini. Gembira tak terhingga apabila mengetahui suami sudah balik kepangkuan isteri.
"Cuba mengucap sikit"
Tepat menusuk ke kalbu. Sedar diri ini terlebih excited. Kesian suami aku dengar aku ber-rap tadi.
"Jumpa aku kat taman" arahnya tiba-tiba.
"Why?" soalku.
"Just follow the instructions, pretty" tekannya dengan nada yang tegas.
Menelan air liur aku jadinya.
"Fine"
"10 minit. Lambat, malam ni aku denda kau" katanya lalu menamatkan panggilan.
Meremang aku jadinya.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...