Seminggu sudah berlalu.
Hari ini merupakan hari di mana semua orang sudah mengetahui aku bakal menjadi isteri orang dalam masa..
Selepas dibincang-bincang, dalam 4 bulan lagi.
Cepat, bukan? Biasalah. Keluarga aku ni memang suka mempercepatkan perkara yang baik. Tak baik memanjangkan tempoh pertunangan ni kata mereka.
Jadi, aku nak kongsi sikit apa yang berlaku dalam masa seminggu ni.
Kita mula dari satu-satunya kawan baik lelaki aku, Aryan.
Jadi, sebaik aku naik kerja hari Isnin, aku terus beritahu dia. Reaksi dia ketika itu sama seperti reaksi aku semasa tahu dia sudah bertunang. Kejung tiba-tiba.
"Awak sudah bertunang? Bila? Dengan siapa?" soalnya senafas.
Pada ketika itu, aku berfikir banyak kali sama ada ingin beritahu Aryan segalanya, atau biar Aryan mengetahui sendiri pada hari majlis tersebut.
Apabila melihat muka Aryan yang seperti menanti-nantikan jawapan keluar dari mulutku, akhirnya aku balas juga. Kesian tengok.
Aku beritahulah yang aku sudah bertunang dengan inspektor psiko yang telah membuatkan semua orang bergosip tentang aku sebelum ini.
Muka dia semasa aku habis bercakap membuatkan aku dalam diam tertawa.
Dia macam nak tak nak percaya sahaja.
Dia tanya aku banyak kali untuk pastikan jika adakah itu orangnya. Dan setiap kali itulah aku akan menjawab dengan sabar.
Disebabkan ingin mempercayakan dia, terpaksalah aku cerita segalanya dari mula. Macam mana keluarga aku dengan Harith sebenarnya kenal. Dan sebenarnya aku dan Aryan sekarang sedang bekerja di syarikat ayahnya.
Cuma, aku tidaklah cerita yang Harith ada bersamaku ketika aku melepaskan geram di pusat latihan abangnya sebelum ini. Rasa tak penting, tak perlu kita kongsi.
Semakin kejung aku tengok Aryan. Tak pernah pula aku nampak dia terkejut sehingga seperti ini.
"Dan dia setuju untuk kahwin dengan awak?" soalnya.
Aku hanya mengangguk ketika itu.
Aku terus disoal siasat seperti telah melakukan sesuatu yang salah oleh Aryan.
Banyak yang ingin dia tahu mengenai Harith. Dari rupa sehingga ke perangai.
Aku hanya membalas sekadar cukup syarat.
Tak naklah aku jujur sangat kata Harith ni terlebih handsome. Jika kita betulkan sikit muka dia, bolehlah jadi macam Chris Hemsworth punya PA. Hahahahah.
Alaa.. Harith bukan baca pun cerita ni. Jadi, di sinilah medium di mana kita boleh bercakap jujur. Ehek.
Dan selepas puas Aryan bertanya, akhirnya dia diam. Tidak tahu ingin mencerna apa dalam fikiran. Aku pula yang pelik.
Kita pergi pula kepada dua orang kawan baikku, Nadhirah dan Airis.
Apabila mereka tahu aku sudah bertunang, malam tu juga kami setuju untuk keluar makan malam bersama.
Memang semua ternyata speechless.
Kata aku buat kerja senyap-senyap. Tahu-tahu sudah berpunya.
Almaklumlah. Mereka berdua bukan tahu kisah sebenarnya bagaimana aku bertemu dengan Harith. Aku pun pasrah sahaja diusik seperti itu.
Yang menariknya, aku ni punyalah sepanjang tahun broken kerana single.
Member dua-dua sudah mulakan persiapan untuk bernikah. Nadhirah lagi 5 bulan dan Airis lagi 6 bulan.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...