Mataku membulat besar.
“Apa awak merepek ni?! Saya sudah berkahwin lah!” kataku sambil merentap kasar tanganku dari genggaman Aryan.
Pang!
Terasa kebas pipi kananku apabila mengena tamparan kuat daripada jantan di hadapanku ini. Sakit. Ini kali kedua aku dipukul di wajah dan kali pertama semasa aku pernah hampir dirogol sebelum ini. Situasi sekarang dan semasa itu, sama walau sedikit berbeza.
Aku ni memang magnet kepada orang-orang yang seperti ini ke?
Air mata aku mula bertakung.
“Suami awak tu datang selepas saya! I fell in love with you since foundation programme. Kita sudah bersama untuk 6 tahun dan awak dengan dia baru 3 tahun! How dare you love him more than me!” marah Aryan seraya mencengkam kedua bahuku kuat.
“Urgh” aduhku.
Sakit bila dia genggam seperti ini. Dia genggam aku sangat kuat sehingga terasa di tulang bahu. Aku rasa boleh patah sahaja tulang aku, jika terus digenggam kuat seperti ini.
Kejap. Foundation programme?
Dalam keadaan serba takut, aku gagahkan diri memandang wajah Aryan yang hanya beberapa inci di hadapanku.
“S-sejak.. asasi?” soalku.
Aryan terdiam seketika. Tiba-tiba dia mengukirkan senyuman yang bagiku seram. Dia mula melonggarkan genggamannya.
“Yes, little girl” kata Aryan sambil mengusap pipiku.
Dalam keadaan serapat ini, aku tak mampu nak menghalang pergerakkannya. Entah kenapa, tubuhku bagaikan sudah membatu. Atau ia hanya terlalu lemah untuk bergerak.
“I’m so obsessed with you, lil girl. Awak ialah cinta pertama saya, dan yang akan sentiasa bertahta di hati saya selamanya. Sebab itu, bila tahu awak sudah bertunang semasa tu, saya terus buat hubungan awak musnah. I can’t imagine life without you, sayang” katanya sambil mengusap-usap wajahku.
Aku tak sangka semua ni rancangan kawan baik aku sendiri.
Bila sedar balik, baru nampak logik kenapa dia sentiasa bersama aku. Kenapa dia ingin berkerja sama syarikat dengan aku sebelum ni. Kenapa, dia tidak sambung belajar ke luar negara walau mampu. Kenapa dia sentiasa dahulukan aku daripada isteri dia. Bagaimana dia terlalu kenal aku dan tahu segala-galanya tentang aku.
Sifat baiknya serta wajah tidak bersalahnya buat aku dikaburi. Aku tak sangka ini akan berlaku. Aku tak pernah terbayang yang sesuatu seperti ini akan terjadi.
Secara mengejut, tiba-tiba sahaja Aryan mencengkam kuat tulang rahang aku. Mendongak terus wajah aku menghadapnya.
“Tapi, awak tahu tak sakit sangat bila nampak awak bahagia dengan orang lain. Awak mengandungkan anak orang lain dan bukan saya. Awak tersenyum untuk orang lain bukan saya. Awak sedar tak awak dah menyeksa saya?!”
Air mata aku yang bertakung akhirnya mengalir lagi. Aku tak mampu bersuara. Tapi, wajah aku jelas menunjukkan aku memang takut.
Aryan terdiam. Dia melepaskan cengkamannya dengan segera selepas melihat permata putih mengalir di pipiku.
Tiba-tiba tubuh aku ditarik. Terus masuk ke dalam dakapan Aryan.
“Lepaskan saya!” kataku seraya menolak tubuh Aryan kuat. Namun, kudrat aku tak sekuat Aryan. Tubuhnya lebih besar dari aku.
Aryan semakin mengeratkan pelukan.
“Shhhh.. Jangan nangis, sayang” kata Aryan sambil mengusap kepalaku.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...