Dua bulan telah berlalu.
Hidupku sepanjang menjadi tunang Harith Anaqi, agak mencabar ye.
Tak mudah menjadi tunang kepada seorang inspektor. Bukan kerana dia selalu sibuk dengan tugasnya. Tapi, kerana dia layan aku dengan suspek sebuah kes sama sahaja. Dia punya tegas tu, tak boleh bawa bincang.
Kalau aku bantah sedikit, dia punya ugut mengalahkan sebelum kami menjadi tunang. Terlebih bahaya sekarang ni.
Tapi, sepanjang dua bulan ni, aku tahu sesuatu.
Wanita yang aku nampak dia terlebih mesra dengan Harith sebelum ni, ialah kawan baik dia. Nama dia Raihana. Mereka kawan dari sekolah rendah dan dia juga seorang inspektor. Logiklah aku nampak aura psiko dia sama seperti Harith.
Aku dapat simpulkan, Harith dengan wanita itu, sama sahaja dengan aku dan Aryan. Rapat. Tapi masing-masing sudah berpunya. Tapi, entah kenapa aku percayakan Harith jenis setia separuh mati. Jadi, aku tak kisah sangat jika dia bersama inspektor wanita tu.
Hari ini, aku hanya habiskan masa membaca di dalam bilik.
Mak long awal-awal pagi lagi sudah hilang entah ke mana. Aku pula terasa malas nak balik ke kampung minggu ni. Jadi, memang novel sahaja menjadi teman setia aku pada ketika ini.
Nak kacau Harith, takut dia sibuk pula. Tak pasal-pasal kena sumpah jadi batu. Nak kacau Aryan, dia pun sibuk. Almaklumlah, member bulan depan sudah naik pelamin.
Aku pula lagi 2 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa makin berdebar sahaja.
Tiba-tiba aku terdengar notifikasi masuk. Terus aku mencapai telefonku yang berada di atas meja solek.
Notifikasi daripada “My Fiance” lah.
Rasa teruja pula tiba-tiba. Terus aku tekan notifikasi tersebut.
My Fiance: Kau tengah buat apa?
Omaigad. Dia tanya aku tengah buat apa? Tengah melepas rindu ke? Sweetlah dia ni.
Me: Nothing. Kenapa kacau orang pepagi ni?
Aku memang kalau rindu, suka cari pasal dengan orang.
My Fiance: Kau free?
Me: Why?
My Fiance: Keluar dengan aku lunch ni.
Aku dah agak. Dia rindukan aku ni. Blushing sendiri pula.
Kalau dia nampak ni, mesti tak habis-habis nak mengusik aku.
Me: Mana?
My Fiance: Nanti aku share location.
Me: Okey.
Terus aku campak telefon jauh-jauh.
Teruja nak keluar temu janji dengan tunang sendiri. Segera aku turun dari katil lalu menuju ke almari baju. Nak pakai cantik-cantik.
----------
Sudah 10 minit aku kena sidai oleh Harith Anaqi.
Janji pukul 12. Aku datang lambat sedikit. Niat nak sakitkan hati dia, last-last dia pun belum sampai lagi.
Tapi itulah.
Jarang Harith nak sampai tempah bilik peribadi ni. Rasa something pula.
Nak sweet-sweet tu pun, jangan sampai nak berdua sahaja. Bahaya lah! Belum halal lagi.
Tiba-tiba pintu bilik ini dibuka. Terus pusat tumpuan aku berpusat pada susuk tubuh yang sedang menutup pintu itu. Dia membelakangiku.
“Sorry for being late”
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...