Bab 29

121 15 0
                                    

Aku dan Harith mengambil masa yang lama di ibu pejabat polis malam tadi. Ada banyak kerja yang Harith harus lakukan dan aku pula hanya menjadi peneman setianya.

Peneman ke?

"Harith" panggilku.

"Hmm"

"Harith"

"Hmm"

"Harith!"

"Kau nak apa, perempuan? Ada yang kena lempar keluar tingkap" kata Harith sambil merenung aku tajam.

Mesti Harith stress disebabkan dari tadi aku menghantui hidup dia. Habis orang panggil, dia tak tengok. Sebab tu aku panggil dia lagi.

Jadi salah siapa sekarang?

"Awak, lama lagi ke?" soalku yang dari tadi seperti orang hilang arah untuk lakukan sesuatu.

"Ada banyak benda lagi yang perlu aku uruskan" balasnya.

Kelihatan Harith mencapai kertas A4 yang berada dalam lacinya serta pen biru dan pen hitam lalu meletakkannya di hadapanku.

Aku memproses apa diberikan Harith ini.

"Kalau bosan, pergi lukis sesuatu. Conteng ke. Apa-apa sahajalah yang buat kau hilang bosan"

Aku merenung wajah lelaki di hadapanku tajam. Apa masalah dia ni?

"Awak ingat saya budak?" kataku.

"Kalau tak nak, kau duduk diam-diam. Jangan tahu nak kacau aku je"

Aku mendengus kasar. Orang tengah bosan ni, boleh pula dia bergurau dengan aku. Kalau aku terhibur tak apa juga. Ini nak ketawa pun serba-salah.

Aku sudah tidak tahu nak lakukan apa sekarang. Pejabat Harith terlalu kosong dan tidak terlalu besar. Sama seperti otak pemiliknya. Aku nak main sorok-sorokkan barang Harith pun tiada tempat.

Aku buntu. Aku terus menjatuhkan kepala aku ke meja kerja Harith. Manalah tahu dengan cara ini darah baru sampai ke otak lalu memberi aku idea. Kita kena cuba.

Tiba-tiba Harith mengangkat kepala aku yang berada di muka meja lalu meletakkan telapak tangannya di bawah kepalaku. Baru dia letak kepala aku semula.

Aku terpegun seketika. Lama-lama aku tersenyum malu.

Awwww.. Suami aku ni. Caring sangat. Beralaskan tangan Harith aku meletokkan kepala di atas meja. Baru selesa namanya.

Aku membuka mataku perlahan. Dan perkara pertama aku lihat ialah ibu jari Harith yang betul-betul di hadapan mataku. Besar betul jari suami aku ni.

Asal nampak sedap semacam sahaja ibu jari Harith ni? Tanpa amaran, aku terus menggigit jarinya itu.

"Whey, sakitlah! Kau dah kenapa gigit jari aku tiba-tiba?" marah Harith.

Ibu jari Harith masih setia di dalam mulutku. Kepala aku pun masih elok terlentok di atas tapak tangan Harith. Jadi pergerakan Harith pun terbatas.

"Dah lah! Jangan dijilat jari aku tu. Berhentilah!" kata Harith.

Perlahan-lahan aku keluarkan ibu jari Harith dari mulut aku. Kepala juga turut aku angkat supaya Harith dapat melihat ibu jarinya yang sudah berbekas gigitanku itu serta turut basah dengan air liurku.

Harith pun pantas menarik tangannya menjauhi aku. Dia mula merenung aku tajam. Aku pula hanya tersenyum tidak bersalah.

"Kau lapar ke?" soal Harith yang sudah memandang aku serong.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now