Bab 30

128 13 0
                                    

Daddy🤍: Aku nak start misi aku ni. Maybe ambil masa beberapa hari. Aku tak akan chat kau untuk masa itu. Jadi, kau tunggu aku ye, pretty. Tak akan ambil masa lama. Selesai misi ni, aku terus call kau. Love you, my little angel.

Dan itu mesej itu dihantar 2 minggu yang lepas. Sejak dari itu, aku masih belum dapat apa-apa mesej lain dari Harith.

Tapi, ini perkara normal. Ada masanya, sampai 3 minggu juga kami tidak berhubung. Jadi, aku okey sahaja walau rasa tidak sedap hati. Sedang mengandung lah katanya. Paranoid another level.

Dan lagi satu maklumat yang tidak berapa penting, hari ini hari lahir aku.

Yeah. Yang ke-26 tahun. Sejujurnya, aku tidak adalah bergitu happy. Sudah makin tua lah katanya. Orang nak 18 tahun sentiasa. Tapi, umur tu nakal sangat nak meningkat setiap tahun. Geram aku.

Daddy🤍: By the way, sorry if aku tiada di sisi kau semasa birthday yang ke-26 tahun kau. Aku tahu kau broken sebab makin tua, sebab itu aku dah sediakan hadiah siap-siap in case aku tak dapat beri face to face.
Hadiah tu dalam laci meja kerja aku. Kau pakailah. Paling tidak, aku balik-balik je nanti, terus boleh nampak benda tu bersinar-sinar dekat kau.

Dan selama dua minggu ini aku menahan diri untuk tengok. Kalau sudah bersinar-sinar, mesti barang kemas, kan? Ada benda lain ke? Teruja pula aku nak tahu apa Harith bagi. Merana jiwa aku menanti. Akhirnya, hari ini tiba.

Subuh-subuh lagi, aku sudah berlari ke bilik kerja Harith. Excited sangat lah katanya. Mana boleh sabar lagi.
Langkah diatur menuju ke meja kerja Harith. Laci pertama dibuka lalu terus mata ini menangkap sebuah kotak berserta nota di atasnya. Tanpa membuang masa, terus aku ambil kotak itu lalu mengambil surat yang terletak di atasnya untuk dibaca terlebih dahulu.

“Happy birthday, my precious angel. One and only my woman until death. Aku tahu kau akan baca nota ni dulu, jadi apa kata kau buka hadiah tu dulu baru kau sambung baca”

Tahu-tahu sahajalah suami aku ni. Tanpa membuang masa, aku segera membuka kotak di hadapanku ini.

Aku menjadi kaku. Terus membatu apabila melihat hadiah pemberian Harith. Sebuah rantai emas putih. Tapi, kalung rantai ini sangat menarik perhatian aku.

“Pink diamond?”

Whey. Aku tak pasti ini jenis permata apa, tapi kalau sudah warna pink, pasti harganya lebih 1 juta. Mungkin juga lebih dari 10juta. Biar betul suami aku ni? Jangan cakap ini tiruan.

Aku mula membelek-belek rantai itu. Rasa teruja dan dalam masa yang sama terkesima sangat. Pink diamond tahu! Aku tak tahu pun di Malaysia ada diamond ni.

Aku terkedu sangat ketika ini. Kembali aku membaca surat Harith. Mana tahu ada maklumat lain.

“Sakura Diamond. Aku tahu kau nak tahu”

Sakura Diamond? Aku tak tahu pula wujudnya permata dengan nama seperti itu.

“Aku tahu kau akan google harga diamond tu nanti, jadi lebih baik aku bagitahu sahaja. $29.3million. Itu harga untuk hadiah kau tahun ni”

Terkentut aku. Rasa nak terkeluar segala isi perutku apabila membaca harga hadiah aku kali ini.

Dolar tahu. Bukan ringgit Malaysia.

Selepas aku google, $29.3million bersamaan 1.2billion ringgit Malaysia. Bukan main-main harga. Lebih dari kayangan punya harga ni.

“Suami aku ni biar betul? Sejak bila dia ada duit sebanyak ni?”

Senyap-senyap sahaja suami aku ni billionaire. Tapi, kalau sudah sampai billion duit Harith, asal dia tak belikan aku pulau persendirian sahaja. Helikopter ke? Bank negara ke?

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now