Bab 10

136 12 0
                                    

“Awak. Bangunlah” kejutku dalam nada berbisik betul-betul di telinga Harith.

Tubuh Harith aku gegar perlahan. Tak nak dia terkejut pula. Tak pasal-pasal kena smash di sini.

Harith membuka matanya dengan perlahan.

“Kau nak apa?” soalnya dengan mata kecil sahaja terbuka.

“Saya jumpa sesuatu depan pintu rumah tadi” kataku.

Tadi, aku keluar sebab nak ambil pakaian di ampaian.

Yeah. Subuh-subuh. Sebab hari ni aku kerja. Jadi, biarlah aku nak buat apa, kan?

Harith terus bangun dah membetulkan posisinya. Terus matanya membuka luas walau tak luas sangat. Dia memandang aku lama.

“Apa benda?” soalnya yang bernada serius.

“Ni” kataku lalu menghulurkan sepucuk surat kepada Harith.

“Bagi aku basuh muka dulu” kata Harith lalu terus bergegas ke bilik air.

Beberapa minit kemudian, Harith kembali dengan badan dilitupi tuala. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku.

Surat yang aku hulur tadi kembali dia ambil lalu membukanya.

Harith tekun membaca. Entah surat apa pun aku tak tahu sebab sampul suratnya putih sahaja.

“S*al” carut Harith yang sudah mengetap giginya.

Aku sedikit terkejut. Apa benda isi surat tu sampai dia mencarut di subuh hari ni?

“Awak. Saya nak baca” pintaku.

Surat itu dibalingkan kepadaku lalu Harith bergegas keluar dari bilik ini.
Tanpa menghiraukan Harith yang sudah hilang entah ke mana, segera aku baca isi surat itu.

“Cantik isteri kau. Mengandung-mengandung pun tetap mantap”

Aku menjadi pucat apabila membaca isi surat itu. Kenapa cringe sangat ayat dia ni? Siapa yang perhatikan aku? Sejak bila pula aku keluar dari rumah berpakaian seksi? Aku pakai baju oversize tau kalau di luar rumah. Entah celah mana ‘mantap’ pun aku tak tahu.

Tanpa membuang masa, segera aku berjalan keluar dari bilik untuk melihat keberadaan Harith.

Sementara aku menuruni tangga dengan berhati-hati, Harith pula aku lihat baru sahaja memasuki rumah.

Suami aku keluar dari rumah dengan hanya pakai seluar. Ni kalau tak disebabkan darurat, dah lama kena santau dengan aku.

“Fifi! Ambilkan apa-apa t-shirt untuk aku pakai” arahnya.

“Ok, kejap”

Kembali aku naik ke atas. Nasib baru 5 anak tangga sahaja aku pijak.

Selepas sehelai t-shirt hitam aku main ambil sahaja dalam genggaman, terus aku berjalan menuju ke arah tangga.

“Awak, tangkap” kataku lalu melemparkan t-shirt tersebut kepada Harith.

Sambunglah aku jalan menuruni tangga.

“Kau kerja?” soalnya.

“Hmm”

“Kau gerak pukul berapa?”

“Dalam, 8.20 hingga 8.45 gitew. Antaranya lah”

“Aku nak ke suatu tempat kejap. Kalau kau nak gerak, kau bagitahu aku. Biar aku hantar. Faham?” tekan Harith Anaqi.

“Faham”

Harith memegang kepalaku seraya mengucup dahi aku lama.

“Aku janji aku tak lama” kata Harith seraya bergegas keluar dari rumah.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now