Bab 18

161 14 0
                                    

Jadi, sekarang sudah pertengahan bulan Februari di tahun yang baru.

Minta maaflah kalau aku terlalu nak cepatkan. Tak ada benda menarik pun nak kongsi. Tahun lepas dan tahun ni, sama sahaja.

Yang penting, bulan depan aku sudah 24 tahun dan masih single. Sedih.

Mari kita tengok balik segala majlis sepanjang tahun ini.

Aryan punya majlis kahwin pada bulan 5. Nadhirah punya pula pada bulan 7 dan Airis pada bulan 8.

Ada lagi member aku yang lain ingin kahwin juga ke? Kalau ada kita masukkan terus.

Semua dah nak kahwin tahun ni. Aku? Berpunya pun belum.

Crying in silence.

Memandangkan aku dapat cuti dua hari, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah umi. Rasa lama sangat tak balik.

Umi seperti biasa, mengalu-alukan kehadiranku dengan pintu terbuka. Memang sudah menjadi kebiasaan apabila aku balik, pelbagai makanan mengalahkan hidangan kenduri kahwin umi sediakan.

Selepas aku melepaskan lelah memandu selama 2 jam di atas jalan raya yang penuh dengan kereta, aku keluar semula ke ruang tamu.

Aku menuju ke bilik umi dan abi lalu masuk ke dalam apabila mendapati ada umi di dalam bilik itu.

Terus aku melabuhkan punggung di katil empuk umi.

"Penat ke?" soal umi.

"Tak sangat. Tapi, sakit juga badan ni sebab asyik duduk sahaja" balasku.

Umi hanya mengangguk faham lalu sambung menepek kosmetik di wajahnya.

Walaupun lumrah umi suka pakai make-up walaupun tidak ke mana, aku musykil kenapa umi suka berbuat seperti itu.

Untuk abi ke? Sweetnya.

Kedengaran pintu rumah dibuka diikuti suara abi memberi salam.

Terus aku bangun lalu berlari menuju ke arah pintu untuk menjemput kepulangan abi.

"Abi!" panggilku lalu menyalami tangan abi.

Aku ni. Dah tua pun masih berperangai seperti kanak-kanak yang teruja setiap kali kepulangan ibu bapanya.

"As dah lama sampai?" soal abi.

"Boleh dikatakan baru jugalah" balasku.

Abi hanya tersenyum.

"Abi. Jom makan" ajakku.

Aku tunggu abi balik dahulu baru boleh makan.

Biasalah.

Kita kena sedar umi masak bukan untuk aku sorang. Lepas itu, aku takut kalau aku yang mula makan, tak sedar yang aku sudah terlebih ambil. Tak pasal-pasal yang lain tak cukup makan. Aku ni, kalau masuk bab makanan, auto lupa daratan.

"Eh, tunggulah. Makan sekali dengan tetamu" balas abi.

"Huh? Tetamu mana pula ni? Umi tak cakap apa-apa pun pada As"

Cemberut sedikit aku. Tak suka rahsia-rahsia.

"Ada orang nak datang nanti. As pergilah pakai cantik-cantik. Lepas tu tolong buatkan air"

Aku pegun seketika.

Mula menyedari sesuatu pada ayat abi.

Buat masa ini, aku biarkan sahaja segala yang bermain di mindaku.

Tanpa berkata banyak, aku hanya akur dengan arahan abi. Pakai cantik tetapi tetap simple. Gaya biasa seorang Fifilina Az-zahra.

Selepas penampilanku dibelek. Tudung shawl sudah kemas menyarung kepala menutupi bawah dada dan tidak nampak terlalu berbelit-belit. Cermin mata juga sudah aku pakai. Terus aku keluar dari bilik.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now