Prologue (Section 2: After marriage)

172 15 0
                                    

Still about me, Fifilina Az-zahra yang sudah berumah tangga dengan seorang inspektor psiko yang bernama Harith Anaqi.

Seperti yang aku jangkakan sebelum berkahwin lagi, aku dengan Harith tak banyak bersama. Memang rumah sentiasa kemas memandangkan aku hanya ada pada waktu malam dan Harith pula bukan jenis pengotor yang akan sepahkan rumah bila dia tidak ke mana-mana pada waktu pagi.

Lagipun, berani ke dia nak sepahkan rumah? Kalau teringin nak tidur dalam tandas, buatlah.

Aku ni jenis pegang pada kata-kata tau.

Bayangkanlah, inspektor kahwin dengan arkitek. Lepastu, dua-dua jenis workaholic dan berdedikasi dengan kerjayanya. Dijamin setiap masa bersama akan dihargai sepenuhnya. Selagi aku mampulah.

Ada masanya, aku hanya akan berkurung di dalam bilik kerjaku. Bila aku free, Harith pula berkurung dalam bilik kerja dia.

Biasalah, rumah kami besar. Memang masing-masing ada bilik kerja sendiri.

Ada kalanya, Harith perlu pergi jauh kerana ada misi yang harus diselesaikan dan aku pula tinggal di rumah untuk berhari-hari seterusnya. Macam sebelum ni yang sampai 2 bulan jadi bujang sementara.

Tapi, aku juga adakalanya, dapat projek jauh sikit, pada masa itulah Harith free tak buat apa-apa. Memang kami ditakdirkan untuk masa bersama itu kurang.

Macam tu alkisahnya.

Kami sudah bersama untuk setahun lebih, dan belum dikurniakan anak. Mungkin disebabkan aku senyap-senyap ambil pil perancang.

Tak adalah. Joke je. Hanya, mungkin Allah belum izinkan roh ditiupkan ke dalam rahimku ini. Mungkin hanya belum tiba masanya memandangkan masing-masing masih sibuk dengan dunia. Tak pasal-pasal anak tu jadi psiko kerana kurang kasih sayang daripada ibu bapa.

Allahuakhbar. Overthinking aku masih tak berubah sejak dulu.

Tapi, itulah. Aryan Hafiy yang innocent tu pun dah menimang cahaya mata. Comel anak dia dengan Prof. Laila tu. Lelaki. Muka dua kali lima sahaja macam Aryan.

Airis dengan Nadhirah masing-masing perut sudah membuyot ke depan. Serentak. Adalah beza sebulan atau 3 minggu gitew. Tak jauh sangat. Macam berlumba pula nak beranak. Aku ni?

Aku nak sambung list aku.

Sebelum ni, broken sebab single. Dan berpunya, broken sebab dapat pasangan yang psiko. Dah kahwin, broken sebab suami asyik tak ada di rumah. Sekarang, broken sebab belum mengandung. Hidup seorang Fifilina kalau tak ada masalah memang tak sah, kan?

Redha sahajalah. Ingatlah, mesti ada hikmah untuk setiap ujian. Pasti ada sinar di hujung lorong yang sudah malap lampunya.

Lagipun, ini baru permulaan untuk sebuah rumah tangga. Masih awal lagi segalanya. Aku jamin, pasti banyak lagi ujian yang menanti aku dan Harith.

Lagi-lagi apabila Harith ni seorang inspektor. Aku rasa banyak sahaja musuh suami aku ni di luar sana yang sudah bersedia untuk menyerang apabila kami leka walau hanya untuk seketika.

Pernah sahaja aku diberi beberapa surat ugutan atau apa-apa sahajalah yang mengancam keselamatan sejak aku berkahwin dengan Harith ni. Tapi, kebanyakkannya hanya ugutan. Aku belum pernah lagi diserang. Atau suami aku tu senyap-senyap sudah urusakan segalanya.

Sekurang-kurangnya aku tak pernah lagi dapat surat agutan dari peminat Si Harith ni. Manalah tahu. Dia sudahlah kaya. Handsome pula tu. Mesti berebut wanita di luar sana. Tapi, mungkin kerana sikapnya yang psiko, tiada sesiapa yang berani mendekati dia. Kecuali akulah.

Tiba-tiba, teringat pula dengan peristiwa aku diculik sebelum ni. Tak mustahil semua itu tak akan berulang.

Jadi, aku sebagai seorang isteri mithali, memang dah siap-siap belajar sedikit sebanyak tentang perubatan. Manalah tahu, kalau tiba-tiba sahaja suami aku pulang dengan ada pisau sudah terpacak di perut, aku perlu pantas melakukan sesuatu. Tapi, aku doa supaya perkara itu tak berlaku.

Sebab itu aku selalu ugut Harith supaya jangan cederakan diri ketika bertugas. Kalau ada luka pada mana-mana anggota, aku akan pastikan dia tidur luar.

Dan setiap kali itulah, dia ugut aku balik dengan 'denda' dia tu. So, the moral of the story, fikir ugutan lain untuk ugut lelaki psiko macam Harith Anaqi ni.

Masalahnya, sudah terlalu banyak parut yang menghiasi tubuh suamiku ni. Dengan kesan melecur yang dia dapat masa kecil, aku tak mampu nak melihat parut itu bertambah. Jadi, tolonglah jaga diri awak tu walau apapun yang awak buat.

Aku pula yang sayu apabila Harith bercerita mengenai satu demi satu parut yang sudah mencacatkan tubuhnya itu. Adakalanya, aku juga turut mengalirkan air mata apabila segalanya diberitahu kepadaku.

Pembetulan, parut tu hanya mampu mencacatkan kulitnya sahajalah. Tubuh Harith masih elok. Ehek.

Allah. Aku sudah terpesong jauh ni.

Mula-mula macam cerita pasal anak, kan? Macam mana boleh terpesong ke tubuh Harith pula? Risaulah dengan kepala hotak sendiri. Bahaya sungguh aku ni.

Tak apalah. Kalau suami dah bahaya, tak kan isteri nak jadi baik pula.

Bak kata peribahasa, "suami borek, isteri rintik."

Lagipun, tubuh suami sendiri. Bukan orang lain pernah nampak.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now