My Daddy: Kau dah bersiap nak pergi kerja?
Me: Hmm. Tengah sarapan ni.
My Daddy: Hati-hati memandu. Ingat pesanan aku. Jangan kau nak keluar sendiri. Kalau boleh duduk diam-diam di pejabat kau tu.
Kalau nak apa-apa, guna duit aku.
Jangan kau berani-berani nak buat kerja yang berat.
Kalau aku tahu kau tetap buat, aku akan pastikan kau kena bertahan dengan sesuatu yang lebih berat. Understand, pretty?Me: Baiklah.
My Daddy: Take care. Love you
Me: Love you more
Kenapa aku rasa suami aku makin psiko sejak dia berjauhan dengan aku? Apa yang buat dia bertambah psiko dari sebelum ini? Ugutan dia sentiasa berbunyi macam tu. Seram tahu tak?
Tak pasal-pasal aku trauma sahaja nanti. Tak pasal-pasal Harith kena paksa biayai kos perubatan psikitris aku.
Kami sudah berjauhan untuk seminggu lamanya. Dan hampir setiap hari, aku kena ugut dengan cara yang sama.
Kenapa aku rasa suami aku seperti semakin obses dengan aku sahaja? Bahaya betul.
“Kenapa As? Pucat semacam sahaja tiba-tiba” soal umi.
Allahuakhbar. Sampai pucat muka aku disebabkan mendengar ugutan Harith.
Semua salah dialah ni. Dasar lelaki psiko. Nasib memang type lelaki idaman aku.
“Tak ada apa-apalah” balasku sambil tersenyum.
Muka umi menunjukkan dia tidak percaya aku. Namun, dia tiada pilihan untuk melakukan perkara lain. Pasrah sahajalah, umi.
“Umi dan abi nak balik hari ni ke?” soalku inginkan kepastian.
Umi dan abi ada kata dia akan pulang ke kampung hari ini. Kembalilah aku broken berseorangan di rumah banglo yang luas ini.
“Ha’ah. Rasa lama sangat dah tak tengok rumah tu. Takut nenek lupa nak bagi kucing makan je. Tak pasal-pasal kebulur masing-masing”
Aku mengangguk faham. Umi ni, risau betul dengan kucing di rumah itu. Patutnya risaukan aku dulu.
“Umi dan abi nak gerak pukul berapa?” soalku.
“Kitorang gerak lambat sedikit rasanya”
“Apa-apapun.. tengah hari nanti, As free tak?” soal umi.
“Free sahaja rasanya. Kenapa?”
“Marilah kita makan sama-sama di luar. Kali ni biar umi yang belanja” kata umi.
Aku tersenyum kecil.
“Baik, umi. Nanti apa-apa, As bagitahu” kataku seraya bangun dari kerusiku.
Langkah diatur menghampiri umi dan abi.
Aku sudah ingin bertolak ke tempat kerja, jadi marilah aku minta restu umi dan abi dahulu memandangkan mereka sudah ada di hadapan mata ini.
Kedua tangan mereka aku salam lalu cium lama.
“Kerja tu elok-elok. Jangan kuat-kuat sangat” pesan umi.
“Baiklah, umi. As gerak dulu” kataku yang sudah mengatur langkah ke arah pintu keluar.
“Hati-hati memandu tu”
“Baik”
--------
Seperti yang telah dijanjikan, tiba sahaja lunch hour, aku pun keluar dari bangunan syarikat ini lalu menuju ke kereta Lamborghini aku.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...