Bab 1

470 18 0
                                    

Awal tahun lepas, semasa umurku 23 tahun.

Termasuk kali ini, aku rasa sudah masuk kali ketiga lagu "Daydreamin'" nyanyian Ariana Grande bermain di telinga.

Aku dalam keadaan separa sedar segera mencapai telefon yang berada di atas meja di sebelah katil dengan perlahan.

Butang hijau segera dileret ke atas lalu telefon ditekupkan ke telinga.

"FIFILINA AZ-ZAHRA!! KAU MASIH DI ATAS KATIL KE?!" soal si pemanggil sebaik panggilan sudah terhubung.

Tersentak aku.

Tiada salam, tiada apa, terus nak serang.

"Siapa ni?" soalku dengan nada perlahan.

Serius aku cakap aku mengantuk sangat sekarang ni.

Sudahlah aku tidur lambat menyiapkan projek pembentangan yang diberikan oleh Encik Haziq. Lepas tu, aku sedang red flag. Siapa pula yang ganggu tidur lenaku ini?

"FIFI! KAU KATA KAU ADA CORE SUBJECT PUKUL 9 NI. KAU YANG SURUH AKU KEJUT KAU!"

Aku mula sedar ke realiti.

Mendengar si pemanggil seperti merungut sendiri di telefon, aku segera duduk dari perbaringan.

"Sekarang dah pukul berapa?" soalku.

"8 setengah"

"HUH?! KENAPA KAU TAK KEJUT AKU LEBIH AWAL!!" marahku lalu segera turun dari katil.

Tuala segera dicapai.

"EH, SEDAP MULUT KAU. AKU PUNYA STRUGGLE MENEKAN NOMBOR KAU. KAU YANG TAK ANGKAT. NAK SALAHKAN AKU PULA SEKARANG!"

Aku tertawa kecil.

"Yelah-yealah. Sorry, Nad termarah kau tadi. Aku mandi dulu. Cau" kataku lalu segera menamatkan panggilan.

Apa-apapun, aku nak cakap yang aku dengan Nadhirah dah berkawan rapat sejak sekolah rendah lagi.

Aku sebenarnya tidak sangka yang aku dan dia berjodohan sehingga ke U.

Aku, Nadhirah dan Airis. Kami bertiga kawan dari sekolah menengah sehinggalah sekarang.

Kami pun ketiga-tiganya mengambil bidang kesenian.

Hanya yang bezanya, aku bidang seni bina. Nadhirah bidang seni sastera dan Airis bidang seni rekaan.

Jodoh sangat.

Sebaik aku sudah berpuas hati dengan penampilanku, cermin mata besarku juga sudah cantik terletak di muka, aku segera keluar dari bilik hostel lalu segera bergegas turun ke tingkat bawah.

Kelihatan Nadhirah sudah bersawang menungguku di bangku yang tersedia di hadapan bangunan ini.

Dengan senyuman lebar sehingga ke telinga, aku berjalan ke arahnya.

"Hai, Nad. Buat apa di sini?" soalku.

Sengaja ingin menempah ajal. Nak tengok juga reaksi kawan aku yang satu ini.

Nadhirah segera menjeling ke arahku dengan jelingan yang tajam mengalahkan pedang milik Salahuddin Al-Ayubi.

Aku dengan bangganya membuat muka tidak bersalah dan tersenyum.

Nadhirah segera bangun.

"Dah, jomlah gerak sekarang. Kau tahukan yang kita dah lambat?" soalnya tegas.

Tanpa berkata apa-apa, Nadhirah segera mengatur langkah untuk beredar dari sini.

Aku mengikutinya dari belakang dan langkah kami dicepatkan.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now