Epilogue (Tamat)

387 25 10
                                    

Sebaik kereta sudah terparking di garaj, Harith Anaqi pun melangkah keluar dari kereta seraya mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Letih. Dengan jalan raya yang dipenuhi kereta. Lama dia kekal dalam posisi duduk tadi.

Apabila pintu hadapan sudah terbuka, Harith pun melangkah masuk ke dalam rumah.

Keadaan di bahagian bawah sangat kosong. Di dapur dan ruang tamu. Langsung tiada sesiapa di bahagian ini.

Perlahan-lahan, Harith mula berjalan menaiki anak tangga. Menghayun kaki ke arah bilik tidurnya.

"Yusof! Mama punya sabar ada had tau!"

Dari kejauhan lagi Harith sudah mendengar suara pengarang jantungnya. Tersenyum sendiri dia jadinya. Terus terbang segala letihnya.

Apabila sudah sampai di hadapan bilik, Harith terus dapat melihat Fifilina dan anak sulungnya yang sedang duduk di kerusi bayi. Pintu yang terbuka luas membuatkan kehadiran Harith tidak disedari mereka. Jadi, Harith hanya memilih untuk menyandarkan dirinya di bingkai pintu sampai memerhatikan tindak-tanduk isterinya itu.

Comel. Tak bosan dia tatap setiap masa. Tak kisahlah, berapa kali Fifi buat macam tu, setiap kali itulah dia cair.

"Yusof. Selagi Yusof tak baca doa makan, selagi tu mama tak akan bagi Yusof mamam" kata Fifilina.

Anak kecil yang berada dalam kerusi bayi itu hanya tertawa. Mungkin kerana tidak faham dengan apa yang dikatakan si ibu.

"Ish! Janganlah tahu ketawa je. Mama akan baca doa makan lagi sekali. Yusof kena ikut kalau nak makan. Faham?"

"Allahumma.. Barikh lana.."

Muhammad Yusof Hidayat tiba-tiba sahaja tertawa kecil. Mungkin geli hati melihat si ibu yang sedaya-upaya mengajarkan membaca doa makan, tapi dia berdiri pun belum pandai.

"Ish, Yusof ni! Cepatlah. Allahumma.."

"Kau memang nak biar anak aku mati kebulur ke macam mana?" soal Harith akhirnya.

Geli hati dia melihat karenah isterinya yang tidak matang. Tapi, kalau tidak ditegur, sampai kesudah anaknya tidak menjamu selera. Tak pasal-pasal kurus semacam sahaja.

"Eh, awak!" kata Fifilina yang sudah bersambung mata dengan Harith.

Fifilina terus berdiri seraya berlari ke arah suaminya. Makanan bayi tadi, sudah dia letak di atas meja siap-siap.

"Awak.. Saya dah feed up dengan anak kita tu. Saya dah ugut dia pun dia tak mahu dengar. Saya minta dia baca doa makan sahaja. Dah 1 jam saya suruh, tapi dia ketawa sahaja" ngadu Fifilina yang sudah bersuara manja.

Harith tersenyum sambil menggeleng kepala. Perangai tidak matang isterinya betul-betul mencuit hati. Tapi, ada masanya buat dia tekanan juga.

Tangan terus dibawa ke dahi Fifilina. Tanpa amaran, terus dia menjentik lembut dahi isterinya itu.

"Awak! Sakitlah!"

"Aku dah tak tahu nak risaukan anak tu atau kau. Yusof tu baru 7 bulan, Fifi. Kau sedar tak?" soal Harith sambil mengusap dahi Fifilina yang dijentiknya tadi.

"Habis? Memang budak 7 bulan tak boleh baca doa makan?"

Harith mengeluh. Payah nak bercakap dengan isterinya ini.

"Kalau dia boleh, tak pasal-pasal kau kena heart attack pula"

"Mana ada" balas Fifilina yang sudah menarik muka.

Sekali lagi Harith tertawa kecil. Kenapalah isterinya semakin kebudak-budakkan sejak hadirkan orang ketiga? Perangai Fifilina tidak mahu kalah. Dia lebih budak daripada anaknya sendiri.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now