Bab 7

151 14 0
                                    

Sudah 3 minggu berlalu sejak aku bertemu Aryan sebelum ni.

Dia ada ajak aku berjumpa lagi, tapi aku memilih untuk mengelak dan memberi alasan aku sibuk.

Aku sudah penat mendera jiwa dan mental aku. Jadi biarlah menipu sedikit demi kebaikan. Mungkin aku hanya memerlukan masa sedikit. Harapnya dia memahami.

Hari ni aku dan Nadhirah sudah bersetuju untuk pergi ke mall bersama. Airis tak dapat nak turut serta memandangkan dia ke Melaka. Bercuti dengan keluarga.

“So.. Fifi. Kita nak pergi mana dulu?” soal Nadhirah sebaik kami sudah menjejak kaki ke dalam Aeon Mall ini.

“Entahlah. Aku ikut kau je” balasku.

“Makan dulu atau pergi kedai buku?” soal Nadhirah.

“Makan dululah. Kebulur dah aku ni” balasku sambil memegang perut.

“Eh, ngada-ngada. Dah lapar bukan nak cakap” kata Nadhirah sambil menjeling tajam ke arahku.

Aku hanya tersenyum.

Tanpa membuang masa, kami pun menuju ke arah restoran pilihan kami.

----------

“Nad, Eizham mana?” soalku sebaik makanan yang kami pesan sudah bersiap sedia di hadapan mata.

Saja ingin memulakan perbualan.

Dah tak ada modal gamaknya sehingga bertanya tentang tunang orang. Tahulah single.

Aku ni ada masalah metal lah. Nak sahaja aku marah diri sendiri kerana berfikir macam tu.

“Kenapa kau tanya? Ada sahajalah. Tengah kerja” balas Nadhirah.

“Tak adalah. Hujung-hujung minggu ni, tak kan kau tak spend masa dengan tunang kau tu” kataku.

“Dia sibuk sikit akhir-akhir ni. Faham-faham jelah. Dia tu sibuk bekerja. Kan tahun depan kitorang dah nak nikah. Itu yang struggle sikit”

Yeah. Nampaknya tahun depan akan ada 2 majlis kahwin yang aku wajib kunjungi sebagai kawan.

Aku ni bila lagilah agaknya.

“Faham” balasku lalu menyedut air minuman yang berada di hadapanku.

“Kau dengan Aryan macam mana?”

Aku merenung wajah Nadhirah buat seketika waktu.

Dia ni pun satu. Dah tak ada modal lain ke nak berbual? Nama lelaki tu juga dia sebut.

Nasiblah kawan susah senang. Kalau tidak, sudah lama aku blah dari sini juga.

“Nothing special. Adalah dua tiga kali dia ajak aku keluar sebab dia nak bagi aku upah teman dia sebelum ni. Tapi, enoughlah. Aku dah penat menyeksa diri”

Nadhirah hanya mendiamkan diri.

Itulah. Siapa suruh ungkit about Aryan. Terus diam tak berkutik nampaknya.

Sedang sibuk aku menyuapkan makanan ke dalam mulut, tiba-tiba mataku tertumpu kepada pelanggan yang sedang ralit memandang telefonnya yang berada selang beberapa meja dari mejaku.

Aku tersentak apabila mata kami berlaga.

Tak silap lagi.

Dialah lelaki yang telah aku cop sebagai stalkerku.

Harith Anaqi. Tak silap lagi tu dia.

Tiba-tiba, Anaqi bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arahku.

Aku segera menundukkan kepala ke meja. Walaupun sudah terang lagi bersuluh yang pandangan kami bersambung tadi, aku masih mengharap yang dia tidak sedar itu diriku.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now