Bab 5

123 12 0
                                    

“Ibu dengan ayah join tak?” soalku kepada Harith yang memandu di sebelahku.

Kami sekarang dalam perjalanan pulang ke rumah umi dan abi.

Seperti yang mereka sudah katakan kepada aku sebelum ni, mereka ingin mengadakan majlis kesyukuran kecil-kecilan memandangkan aku sudah mengandung.

“Insya-Allah join je kalau tiada aral melintang”

Aku hanya mengangguk faham.

Kami membuat keputusan untuk pulang lebih awal untuk membantu proses penyediaan. Tak adalah jadi beban tahu nak makan sahaja.

Majlisnya akan dijalankan selepas magrib. Dalam pukul 8 atau lebih. Jadi, kami pulang semasa asar.

--------

“Assalammualaikum” ucapku lalu terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah keluargaku.

Harith ketinggalan kerana dia nak letak kereta. Dia berhentikan aku biar betul-betul depan pintu. Katakan biar aku tak banyak berjalan.

Penyayang sungguh Harith Anaqi ni.

“Waalaikumsalam. As! Dah sampai dah” kata umi yang sudah mengatur langkah ke arahku.

Terus tangannya aku salam lama.

“Abi mana, umi?” soalku.

“Keluar kejap. Jumpa kawan rasanya” balas umi.

Aku mengangguk faham. Abi kita kan ketua kampung, mestilah sibuk mengalahkan menteri.

“Assalammualaikum”

Suara garau itu menjadi halwa telingaku.

Suamiku ini beri salam pun dah merdu. Setakat ni, aku tak pernah dengar dia azan segara kuat sahaja. Setakat azan sebelum nak solat jemaah tu, dah banyak kali.

Tapi, tetap merdu okey. Terbuai aku masa dengar dia azan. Ni kalau baby yang dengar.. dari nangis terus tidur lena. Dengan aku-aku sekali tidur.

Harith yang sudah melangkah masuk terus berjalan ke arah umi lalu menyalaminya.

“Makin berseri-seri umi tengok korang berdua ni” kata umi yang sudah tersenyum lebar.

Aku sekadar tersenyum tanda mengiyakan.

“Harith. Si Fifi ni banyak meragam tak sejak dia mengandung?” soal umi.

Aku sudah menelan air liur.

Apa-apapun, aku tak banyak meragam ye. Cuma, makin rasa panas. Jadi, normal lah kalau pemakaian aku tak sempurna.

Kalau Harith cerita bahagian tu, malu je whey.

“Tak sangat, umi” balas Harith.

“Alaa.. Awal lagi ni. Bersedia sahajalah. Kalau anak pertama ni, selalunya meragam dia lebih extreme” kata umi.

Aku hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya, aku sendiri takut kalau aku terlebih meragam. Sebab selalunya, setiap ragaman aku itu buat-buat sahaja untuk bermanja dengan Harith. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ragaman wanita mengandung.

“Pergilah rehat dulu. Apa-apa, umi baru panggil” kata umi yang sudah berlalu ke dapur.

“Baik, umi”

Kami jalan beriringan menuju bilik kami.

“Awak” panggilku sebaik kami berdua sudah berada di dalam bilik.

Tudung pun aku sudah lucut lalu sangkut di belakang pintu.

“Apa?” soalnya yang sudah membenamkan tubuhnya di tilam. Mata juga sudah ditutup rapat.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now