Bab 15

109 10 0
                                    

“Fifi. Kau memang kena pergi Muar ke esok pagi?” soal Harith.

Dari tadi aku nampak dia tidak senang duduk. Rupanya, itu yang dia nak tanya sangat pada aku. Aku ingat dia tengah fikir macam mana dia nak bagitahu aku nak tambah lagi satu.

Manalah tahu.

“Yeah. Untuk tengok tapak” balasku.

Harith yang tadinya duduk sekejap di sebelahku kembali bangun dan berjalan ke hulur-hilir. Risau sangat dia ni. Aku pula hanya duduk bersila di atas katil dan memerhatikan tingkah lakunya.

Elak pening sahaja tengok dia ni.

“Tiada orang lain ke boleh pergi? Kenapa kau pula? Kau bukan bagus sangat” kata Harith.

Aku sudah menjelingnya tajam. Tidak merendahkan-rendahkan aku tak boleh ke? Ada sahaja modal dia nak sakitkan hati aku. Ada juga yang kena tidur luar malam ni.

“Sebab.. saya dah terima projek ni. Kan awak yang bagi permission sebelum ni” balasku.

Harith menunduk menekur lantai. Mungkin dia tengah menyesal dengan apa dia putuskan semasa dalam keadaan marah kelmarin. Tak pasal-pasal memakan diri.

Padan muka. Siapa suruh bijak sangat.

Aku selalu ingatkan dia, jangan buat keputusan ketika marah, gembira dan sedih. Ada dia dengar?

“Kau pergi untuk tengok tapak sahaja, kan? Lepastu terus pulang ke sini semula? Macam tu ke?” soal Harith lalu berhenti di hadapanku.

Dia memandang aku dan menunggu jawapan keluar dari mulutku. Aku dalam diam menahan tawa dalam hati. Comel betullah.

“Hmm. Macam tu sahajalah” balasku.

“Macam membazir minyak sahaja. Datang Muar jauh-jauh hanya untuk tengok tapak” rengus Harith.

Allahuakbar. Aku hampir-hampir sahaja menghamburkan gelak tawa. Comel sangat suami aku ketika dalam keadaan ni. Nak rakam, tapi nanti kena marah pula. Tak pasal-pasal iPhone 14 yang Harith baru belikan ni masuk lubang jamban.

“Kalau nak.. saya boleh sahaja stay sana semalam. Duduk hotel. Baru tak membazir, kan?” balasku.

“Jangan nak mengada-ngada. Balik rumah. Makan aku siapa nak jaga nanti?” balas Harith sedikit kasar.

Aku hanya tersenyum kecil. Yang mengada-ngada sekarang ni dia. Nak jaga makan bagai. Sejak bila pula aku jaga makan dia?

“Kalau awak risaukan sangat, awak hantar sahajalah saya. Escort saya sampai sana ke” cadangku.

Harith mengeluh panjang lalu berhenti di hadapan aku.

“Aku memang nak buat macam tu. Tapi.. esok aku kena menghadap pesuruhjaya. Lepastu, kami nak serbu satu gudang ni” balas Harith dengan wajah sedihnya yang tidak dapat dibendung.

Aku mengangguk faham. Sibuk memanjang sahaja suami aku ni. Pangkat tak naik juga.

“Kalau macam itu, tak apalah. Saya boleh sahaja pergi sendiri. Awak tak perlulah risau. Macamlah saya tak biasa sebelum ni”

Harith memandang aku lalu terus melabuhkan punggung di sebelahku.

“Sebelum ni dan sekarang lain, Fifi. Kau dalam pemerhatian. Aku tak mahu apa-apa berlaku pada isteri dan anak aku” kata Harith lembut sambil mengusap tanganku.

“Jadi, macam mana sekarang?” soalku.

Harith hanya mendiamkan diri.

“Sudahlah, awak ni. Saya akan baik-baik sahaja. Jadi, janganlah terlalu risaukan saya” pujukku sambil meletakkan tangan di bahunya. Aku harap, kuranglah kerisauan dia tu.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now