Bab 16

98 11 0
                                    

Gelap. Itu yang aku nampak semasa membuka mata. Aku sebenarnya tak pasti sama ada aku buka atau tutup mata. Kerana apa yang aku nampak tetap sama. Hanya kegelapan tanpa sedikit pun cahaya.

Suhu di sini rendah. Aku kesejukkan namun, aku tidak tahu di mana aku sekarang.

Kembali aku memutarkan kotak memori untuk mengingati apa yang membuatkan aku berada di dalam keadaan ini.

Pergi Muar. Mesyuarat dengan klien. Balik. Jumpa seorang nenek.

“Jumpa seorang nenek”

Aku sudah ingat. Wanita tua yang aku jumpa tu.. bersubahat menculik aku. Tapi, kenapa? Siapa mereka sebenarnya? Dan kenapa wanita tua macam dia ingin bersubahat? Kubur sudah panggil pun masih nak buat jahat.

Aku tak faham.

Sekarang, aku betul-betul sudah tidak pasti boleh percayakan siapa sahaja. Dunia terlalu mengejutkan. Sesiapa sahaja boleh menjadi penjahat. Termasuk seorang nenek yang rambut sudah putih habis.

“Dunia terlalu kejam” kataku lalu mengusap perutku.

Tiba-tiba aku baru teringat bahawa aku sedang hamil. Segera tangan dibawa ke bahagian peribadiku untuk memeriksa jika terdapat sebarang pendarahan atau apa-apa.

Aku tak dapat nak nampak, tapi aku rasa kering sahaja. Jadi, aku menganggap semuanya dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi keizinan untuk baby dalam kandunganku ini bernyawa”

Dari degupan jantung yang aku masih dapat rasa di dalam ovariku ini, aku pasti baby aku masih selamat. Alhamdulillah.

Tiba-tiba aku rasa sesuatu. Entah kenapa, aku rasa di ruangan aku kini tiada oksigen. Aku sudah menarik nafas banyak kali namun aku rasa aku tak dapat nak menyedut oksigen itu. Kosong.

“Memanglah tak ada oksigen. Kau dalam lori ais” kataku sendiri.

Betul juga. Aku baru sedar bahagian itu.

Habis aku perlu lakukan apa sekarang? Aku perlu bertahan supaya baby dalam kandungan aku ini dapat terus hidup. Walau apapun, dia perlu hidup demi aku.

Perlahan-lahan aku bangun dari terus duduk.

Masalahnya sekarang, aku tak tahu aku berada di tengah atau hujung tempat ni. Gelap sangat.

Aku hanya berjalan dengan perlahan sehingga berhenti di sebuah permukaan. Mungkin ini sisi bahagian lori ini.

“Tolong sesiapa! Saya ada di dalam lori ni!” jeritku sambil mengetuk-ngetuk permukaan itu dengan kuat.

Macam sia-sia sahaja. Rasanya tempat ini kedap udara dan bunyi. Mungkin juga aku bukan di tempat awam sehingga orang boleh dengar jeritanku.

Aku kena simpan tenaga aku. Aku tak boleh guna oksigen dengan banyak. Aku perlu bertahan. Harith tengah tunggu aku. Dia pasti risaukan aku. Jadi, aku memilih untuk diamkan diri sahaja.

Sedang aku berjalan-jalan di sekeliling tempat ini, tiba-tiba aku memijak sesuatu. Tanpa berfikir panjang, aku mencangkung untuk mengambil sesuatu yang aku pijak itu tadi.

“Apa benda ni? Jangan kata bom sudahlah”

Aku pun meraba-raba sesuatu yang aku jumpa itu.

“Telefon ke?” tekaku.

Dari permukaan atas yang licin dan bahagian bawa seperti mempunyai beberapa butang, aku rasa aku betul. Harapnya lah.

Dengan hati penuh debaran, aku tekan punat di bahagian tengah sesuatu yang aku syak telefon ini.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now