“Kau masih berhutang dengan aku”
Yeah. Kata-kata itu masih elok bermain di kotak ingatanku.
Dengan senyuman sinis yang sempat dilemparkan sebelum bayangan hilang dari pandanganku, memang kata-kata itu sukar untuk dilupakan.
Sudahlah aku ni pembaca tegar novel. Ayat seperti itu, sangatlah membawa banyak makna.
Walaupun sudah seminggu berlalu sejak sejarah sekali seumur hidup itu berlaku, aku tetap tidak boleh nak lupakan setiap berbualan dan ugutan yang diberikan oleh jejaka berjeket hijau itu.
Moment yang berlaku selepas itu juga masih segar diingatanku.
Sebaik lelaki itu keluar dari ruang ini, aku dibiarkan berseorangan.
Sudahlah bilik ini hanya disinari dengan satu lampu kalimantang yang berada di tengah ruangan.
Kalau seperti ini, orang yang sihat pun tiba-tiba sahaja boleh menghidap claustrophobia, iaitu phobia pada ruangan sempit.
Selepas beberapa minit berlalu, akhirnya pintu di bilik ini dibuka juga.
Aku segera menoleh untuk melihat gerangan yang memecahkan kesunyianku.
Aku menarik nafas lega dalam diam apabila mendapati Farieq Ishak yang membuka pintu.
Bukan nak judge tapi, aku lebih selesa dengan Farieq berbanding lelaki yang baru sahaja meninggalkan aku sendirian, walaupun realitinya, aku lebih suka jika tidak bertemu dengan kedua-duanya.
Bagi aku, wajah Farieq nampak lebih lembut walaupun masih beku tidak menunjukkan reaksi apa-apa.
“Nak air?” soalnya sambil menghulurkan sebotol mineral.
“Terima kasih” balasku sambil menyambut air mineral tersebut.
“Nanti awak isi borang ni dahulu. Kami sekarang sibuk sedikit. Jadi, mungkin awak akan berada di sini dengan lebih lama” katanya lalu meletakkan sehelai kertas di atas meja di hadapanku.
Kita boleh nampak perbezaan di sini.
Farieq Ishak lebih soft berbanding polis puaka yang sebelum ini.
“Baiklah”
Baru sahaja Farieq ingin melangkah keluar dari bilik ini, namun langkahnya terbantut apabila aku menahannya.
Dia segera berpusing 180 darjah menghadapku.
Yeah. Fifilina Az-zahra memang tidak berlajar apa-apa dari perbuatannya menahan pegawai polis yang sibuk dengan tugasnya sebelum ini.
“Kenapa?” soal Farieq.
“Boleh saya tahu. Lelaki tadi..”
“Dia inspektor kami di sini” pintas Farieq.
Got it.
“Kalau awak nak tahu lebih lanjut, nanti insya-Allah saya akan jawab. Tapi, sekarang ni saya ada kerja. Saya pergi dulu” kata Farieq lalu segara meninggalkan aku.
See. Itulah cara seorang gentleman bercakap. Penuh dengan rasa hormat. Bukan dalam kepala nak ugut orang sahaja.
Sekali lagi aku ditinggalkan untuk berminit-minit atau berjam-jam berikutnya.
Tiba-tiba pintu bilik ini dibuka lalu aku diarahkan untuk mengikuti langkah sarjan yang sudah aku tahu namanya.
Semasa berjalan ke destinasi yang masih menjadi misteri, aku sempat mengerling jam yang terletak pada dinding.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...