"Alhamdulillah. Nasib baik masa presentation tadi semuanya okey je" kataku sebaik keluar dari dewan kuliah bersama Aryan.
Lega betul sebab kami sempat siapkan projek Prof. Laila.
"Fifilina. Saya minta maaf sebab tiba-tiba sahaja minta awak balik sebelum ni" kata Aryan.
Masuk kali ni, sudah 10 kali Aryan meminta maaf. Betul-betul rasa bersalah nampaknya dia ni.
"Awak ni. Kan saya dah cakap yang saya okey sahaja" balasku.
"Tak adalah. Awak baru nak melepas rindu selepas sebulan tak balik rumah. Tahu-tahu sahaja saya call awak minta balik ke sini. Mesti awak sedih" sambung Aryan.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Yang lelaki ni nak rasa bersalah beria-ia sangat kenapa?
"Okey, fine. Kalau awak rasa bersalah sangat, apa kata awak belanja saya makan tengah hari ni. Tanda awak minta maaf" cadangku.
Aku sebenarnya tak nak sangat pun Aryan belanja. Tapi aku faham cara pemikirannya.
Selagi dia belum tenang, aku pun tak akan tenang.
"Okey, deal. Nak saya belanja awak makan apa?" soalnya.
"Urmm.. tak kisah. Yang penting restoran yang mahal-mahal" jawabku sambil tersenyum.
Macam kata tak nak sangat Aryan belanja. Tiba-tiba nak minta restoran mahal-mahal pula.
Aku sendiri keliru dengan diri aku ni.
Terdiam seketika Aryan.
Tiba-tiba sahaja senyuman terukir di wajahnya.
"Okey, fine"
Fine? Seriuslah.
"Jomlah kita pergi makan sekarang. Next class pukul 3 setengah nanti" sambungnya.
Serius ke dia nak belanja aku di tempat yang mahal? Harapnya dia gurau sahaja.
Aku hanya mengikutinya dari belakang.
Kami mengambil keputusan untuk, dia pandu kereta dia, dan aku pandu keretaku.Aku tak selesa jika satu kereta dengan lelaki ni. Dan Aryan menghormati pemikiranku.
----------
Sebaik melihat kereta Aryan elok berparking di hadapan sebuah restoran, aku juga turut mencari parking yang hampir.
Apabila sudah selesai meletak kereta, aku segera berjalan ke arah Aryan.
"Kita nak makan di sini?" soalku sambil memerhati restoran yang berada di hadapanku.
"Iyelah. Awak pernah cakap yang kalau ada kelas petang, awak tak nak makan nasi. Itu yang saya bawa awak ke restaurant western ni" balas Aryan.
"Okey, saya faham part tu. Tapi restaurant ni mahal, kan?"
"Aik. Awak yang minta saya belanja di restoran yang mahal-mahal. Dah dapat, banyak pula soal" balas Aryan.
Aku ni asyik lupa yang Aryan terlebih lurus mengalahkan pembaris.
Peringatan untuk diri sendiri. Selepas ini, jangan minta benda pelik-pelik kepadanya.
"Saya gurau sahaja tadi. Mana saya tahu awak betul-betul nak buat" balasku.
"Dah terlambat kalau nak menyesal. Jomlah. Kita masuk sekarang" kata Aryan lalu segera mengatur langkah menuju ke pintu masuk restoran ini.
Aku menarik nafas panjang lalu hembus. Rembat sahajalah.
Langkah Aryan segera aku ikuti.
"Aryan. Urmm.. biar saya bayar makanan yang saya makan ni ye. Awak tak perlulah belanja saya kali ini" pintaku sebaik selesai diambil pesanan.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...