Bab 4

178 15 1
                                    

"Finally. Untuk seketika waktu, tak perlu saya nak perah otak lagi" kataku sebaik keluar dari dewan.

Baru sahaja selesai menjawab ujian. Gembira betul. Terasa segala bebanan yang dipikul telah dicampak jauh-jauh.

"Macam mana last paper? Boleh jawab?" soal Aryan yang setia berjalan di sebelahku.

"Not really. Prof. Hamzi ni pun. Buat soalan macam dan last exam. Surrender awal saya bila tengok first question" kataku sambil menundukkan kepala.

Bila teringat balik soalan-soalan yang aku jawab tadi, yang aku confident untuk menjawab adalah nombor IC sahaja.

Selebihnya, hanya mampu tawakal sahaja.

"Jalan tengok hadapan, Fifilina. Tak nak awak langgar dinding pula" nasihat Aryan.

Aku mendonggak memandang ke arahnya lalu tersenyum.

Comel sahaja apabila Aryan caring seperti ini. Sudah macam abang-abang sahaja.

Walaupun kenyataannya, aku lebih tua 2 bulan darinya.

"Bagi awak mesti senang sahaja, kan?" soalku.

Aryan memandang aku sekilas lalu kembali melihat hadapan.

"Sama sahaja. Tak adalah senang sangat" balas Aryan senada.

Aryan ni sudahlah bijak orangnya. Tipulah kalau dia kata tak senang.

Tapi, kalau betul baginya tidak senang. Logiklah, aku terasa terlebih susah.

Aku melihat jam di telefonku. Sekarang sudah pukul 1.34 petang.

"Awak lapar ke?" soal Aryan tiba-tiba.

"Kenapa? Awak nak belanja saya makan ke?" soalku.

"Awak nak saya belanja awak makan ke?" soal Aryan balik.

"Urmm.. saya tak kisah" balasku sambil tersenyum.

Aryan tertawa kecil.

"Nak makan di mana?" soalnya.

"Entahlah. Awak yang nak belanja. Saya ikut sahaja" balasku.

"Macam mana dengan restaurant western sebelum ni?" cadang Aryan.

"Tak nak! Makanan di sana mahal lah" bantahku.

Penat asyik mengikis duit Aryan sahaja. Aku sudahlah tak pernah bagi apa-apa padanya kecuali semasa hari lahirnya. Itu pun hadiah tak melebihi RM100.

"Yang awak nak bantah ni kenapa? Yang bayarnya saya, bukan awak" balas Aryan.

"Sebab awak bayarlah saya tak nak" terangku.

"Jomlah. Saya teringin nak makan makanan di sana. Kalau awak serba salah sangat, jangan lah minta makanan mahal-mahal. Cukuplah air kosong sahaja" balas Aryan sambil tersenyum.

"Memang tak lah saya nak order air kosong sahaja. Okey, fine. Awak yang ajak saya, kan? Jadi, nasiblah kalau saya nak order makanan pelik-pelik pun" kataku.

"Suka hati awaklah. Jomlah kita pergi sekarang" ajak Aryan lalu kami segera mempercepatkan langkah menuju ke arah parking kereta.

----------

"Aryan" panggilku sebaik pelayan yang mengambil pesanan kami beredar.

Aryan mendonggakkan kepalanya.

"Lepasni dah start cuti sem. Awak balik rumah keluarga awaklah, kan?" soalku.

"Yeah. Kenapa?" soalnya.

"Nothing. Saya akan rindu awak" kataku lalu menundukkan kepala.

Aryan tersenyum.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now