Seminggu sudah berlalu dengan pantas sekali. Mungkin kerana setiap saat kami bersama sepanjang masa itu digunakan dengan baik tanpa sedikit pun pembaziran.
Sebelum ini, Harith meminta aku berehat selama seminggu sama sepertinya. Membawa maksud, selama dia bercuti dan duduk di rumah, aku juga turut ada di rumah.
Selama seminggu, perangai Harith memang lain dari normal. Dia layan aku baik seperti hilang sudah sisi psikonya. Dia betul-betul sudah jadi house husband dan langsung tidak membenarkan aku membuat apa-apa kerja rumah selain dari melayannya sahaja.
Harith agak emosional juga. Dia banyak kali bangkitkan isu belum bersedia untuk menjadi seorang ayah. Tapi, aku sebenarnya tidak ada lah risau sangat. Harith tu paranoid sahaja. Entah-entah apabila baby ini sudah lahir, aku yang dibuang.
Buat masa ini, semuanya baik sahaja. Tenang seperti sungai, walau aku sebenarnya agak takut pada ketenangan, namun aku harap segalanya akan kekal seperti ini. Aku harap, semuanya sudah berakhir.
Cukuplah aku sudah hampir meninggal dunia sebelum ini. Aku dah serik nak menghadap semua itu lagi.
Selepas seminggu aku berehat, dan Harith pula 2 minggu, tibalah masanya kami kembali bekerja.
Tapi, aku sebenarnya pelik pada sesuatu. Harith sudah mengambil cuti selama2 minggu, namun tiada sesiapa mencarinya? Dia kan penting dalam jabatan narkotik tu. Semua urusan atau penangkapan perlu bertemu dengan dia terlebih dulu untuk pengesahan.
Mana mungkin, Harith boleh selapang ini. Jangan kata suami aku sudah kena buang kerja? Bukan rasanya. Suami aku terlalu bagus untuk dibuang.
Mungkin, Harith ada uruskan kerjanya senyap-senyap. Mungkin ketika aku tidur atau ketika kami tidak bersama. Harith tu, dia jenis senyap-senyap sahaja. Jadi, aku doa segalanya dipermudahkan.
Sekarang ni, kita lupakan bahagian itu dan buka topik baru.
Aku ingin beritahu perkembangan baby dalam perut ini. Sekarang baru masuk bulan Februari. Kalau baby ni memang lahir pada waktunya, maka ada 3 bulan sahaja lagi.
Setakat ini aku dan Harith masih belum ada idea untuk menamakan bayi ini. Benda tu fikir nanti sahaja.
Mengenai projek aku yang berada di Muar itu, aku sudah diblack list untuk terlibat. Jadi, apa aku nak buat sekarang? Ingat ayah nak bagi kerja pada aku? Selagi aku masih mengandung, wassalam awal-awal.
“Zahra” panggil seorang wanita.
Segera aku menoleh ke arah suara wanita itu.
“Ye, puan” balasku kepada Puan Salina yang sudah berdiri di belakangku.
“Zahra okey? Ada rasa tak sedap badan atau apa-apa?” soalnya.
“Tak ada, puan. Zahra okey je. Lagipun, bukan ada kerja sangat Zahra ni”
Puan Salina tersenyum lega.
“Ayah mentua Zahra tu lah. Risau sangat dengan kesihatan menantu dia ni”
Aku tersenyum kecil. Ayah mesti terlalu risaukan aku memandangkan dia tiada di pejabat hari ini disebabkan urusan luar. Jadi, dia tak dapat pantau aku seperti biasa.
Tiba-tiba aku melihat Encik Raf menghampiri Puan Salina.
“Puan. Tiga orang pekerja baru tu sudah sampai. Saya sudah minta dia pergi ke bilik puan” kata Encik Raf kepada Puan Salina.
Memandangkan sudah masuk bulan kedua dalam setahun, memang akan ada pekerja baru diterima ke syarikat ini.
“Eh, ha’ahlah. Saya lupa hari ni ada pekerja baru masuk” balas Puan Salina sedikit terkejut.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...